Erna Nabilla menarik nafas panjang dan melepaskannya segera. Enjin kereta Mitsubishi EVO 10 merah itu masih lagi hidup. Kedua tangan Erna Nabilla masih kejap distereng. Dia menarik nafas berkali-kali. Pantas tangannya mematikan enjin dan dia melangkah keluar dari kereta. Butang alarm ditekan, namun kakinya masih belum mahu berganjak. Matanya meliar memandang sekeliling, dia curiga. Erna Nabilla merengus dan berlalu dan mencari jalan keluar. Dia menolak pintu kelabu itu dan beberapa saat sahaja dia sudah berada di lobi KL Sentral. Jam ditangannya dilihat, kakinya melangkah ke arah Burger Kings yang ada di situ. Matanya melihat papan menu, Erna Nabilla membuat mimik muka kemudian melangkah beredar dari restoran makanan segera itu. Dia melangkah menuju ke tangga bergerak. Hari ini kelihatan sesak dengan orang. Dia turut dapat melihat beberapa pelancong asing dengan back pack mereka yang sebesar bukit dibelakang mereka. Dia sudah sampai ke paras satu, orang masih lagi ramai terutama yang menunggu untuk membeli tiket keretapi. Erna Nabilla menoleh, dia dapat melihat seorang pemuda mat saleh senyum memandangnya, dia hanya mengangguk membalas. Disisi pemuda mat saleh itu sebuah papan luncur air warna kelabu dengan corak-corak hipster yang cantik. Erna Nabilla mencebik, pasti pemuda ingin ke Cherating, Pahang untuk surf di sana. Dia menuju ke kaunter untuk membeli tiket, dia mahu ke KLCC dengan mengguna pengangkutan awam hari ini. Dia malas untuk memandu, sebenarnya bukan dia malas cuma masih belum confident untuk memandu sendirian.
Dia menarik nafas panjang dan lepaskan segera. Dia melangkah menuju ke ruangan menunggu menantikan kenderaan awam itu. Beg tangan miliknya dipeluk erat, matanya memandang sekeliling. Erna Nabilla terpandang dua lelaki Indonesia yang memandangnya tepat. Gadis itu cemas, beg tangan itu dipeluk bertambah erat. Erna Nabilla dapat merasakan tubuhnya menggigil. Hatinya beristighfar berkali-kali dan berharap kedua lelaki Indonesia itu bukanlah lelaki yang sama. Jantungnya berdetak kencang sekali, Erna Nabilla beredar menjauhi dari pandangan kedua lelaki itu dan berharap agar kenderaan itu segera tiba. Dia tidak sanggup lagi menahan ketakutannya, silap haribulan dia pasti akan menjerit disini dan sah-sah dia akan ke Tanjung Rambutan. Bunyi geselan besi kedengaran, Erna Nabilla menoleh beberapa saat lagi Putra LRT akan tiba dan berhenti di situ. Dia bersyukur namun ketakutannya masih berbaki. Dia memandang sekeliling kedua lelaki itu sudah beredar, tiada di situ. Erna Nabilla menghela nafas, lega. Kenderaan awam yang dia nantikan sudah pun berhenti dan pintu-pintunya terbuka. Setelah penumpang keluar, dia segera melangkah masuk. Dia sedikit terhimpit kerana asakkan orang ramai yang juga ingin masuk. Erna Nabilla berdiri hampir di muka pintu, gerabak itu sesak dan penumpang masih lagi masuk memenuhi ruang. Seseorang sudah pun menghimpit tubuhnya, Erna Nabilla menampar sedikit bahu lelaki itu. Lelaki itu menoleh, Erna Nabilla berharap lelaki itu tidak memarahinya.
"Erna?"
Terkebil-kebil matanya memandang lelaki dihadapannya. Adam Lokman dihadapannya. Mereka berpandangan namun segera Erna Nabilla melarikan anak matanya dari tatapan lelaki dihadapannya. Kemudian tubuh Adam ditolak dan kini Adam Lokman didalam pelukkan gadis itu. Erna Nabilla terkejut dan menjerit kecil. Pantas Adam mengalihkan tubuhnya namun ruangan sedikit sempit untuk lelaki itu berkalih tubuhnya.
"Sorry, nampaknya kita terpaksa berada didalam keadaan begini," suara Adam. Erna Nabila kini berada ditengah-tengah dan dikiri kanan kepalanya adalah tangan lelaki itu. Dia berada didalam kepungan Adam. Erna Nabilla dapat rasakan wajahnya panas, dia benci sekali perasaan itu. Dia memandang Adam, jarak wajah mereka sejengkal cuma. Inilah kali pertama dia bertemu lelaki itu setelah kejadiaan malam jahanam itu. Helaan nafas lelaki itu jelas dan sesekali terkena wajahnya. Erna Nabilla memerhati wajah lelaki itu, inilah kali pertama dia memerhati wajah lelaki itu dari dekat. Tetapi lelaki itu sedikit pun tidak memandang wajahnya namun dia dapat lihat bahawa lelaki itu berusaha sesungguhnya agar tubuh mereka tidak bersentuhan. Erna Nabilla melihat dahi Adam berkerut, dia pasti lelaki itu menahan kesakitan dari lagaan tubuh dengan penumpang yang lain.
"I'm sorry?"
Adam memandangnya dan mengerutkan dahi seakan-akan tertanya kenapa dia menuturkan ayat itu.
"Tak mengapa. Hairan, kenapa hari ni ramai sangat orang?"
"Kan, sudah gaji tambahan ini hari minggu."
Adam kelihatan berfikir sejenak.
"A'ah! Lupa pula." Erna Nabilla senyum dan tunduk mendengar jawapan naif Adam Lokman. Entah kenapa dia senang dengan kehadiran lelaki itu. Walaupun mereka didalam situasi begitu namun dia rasa cukup selamat, dia lega kerana dia dengan Adam Lokman bukan dengan lelaki lain yang tidak dikenalinya.
Kenderaan itu sudahpun berhenti dihentian Pasar Seni dari gerabak itu cuma tiga orang yang melangkah keluar, namun cukup untuk memberi ruang pada Adam agar berdiri dan menjarakkan tubuhnya dari gadis itu. Erna Nabilla tersedar, dia berdehem dan membawa beg tangannya rapat ke dada.
"Nak ke mana?" tanya Adam bila kenderaan awam itu bergerak semula.
"KLCC. Adam?"
"Desa Setapak, Wangsa Maju."
Erna Nabilla merenung wajah lelaki itu. Hatinya tertanya-tanya, kenapa lelaki itu mahu ke sana. Adam menoleh ke arahnya.
"Nak jumpa bapa saudara... dia call suruh jumpa. Azam tak dapat pergi sebab ada hal," jawab lelaki itu. Erna Nabilla mengangguk mengerti. Dia menghela nafas dan menjeling ke arah lelaki itu.
"Stesen berikutnya, KLCC... Next station KLCC..."
Erna Nabilla mendongak bagai mencari suara itu.
"Eh! Nampaknya sekejap lagi sampailah..." suara lelaki itu. Erna Nabilla mengangguk. Kenderaan itu mula memperlahankan kelajuannya. Beberapa minit pintu otomatik itu terbuka.
"Erna, jumpa lagi..."
Erna Nabilla menoleh dan mengangguk sebagai balasan. Dia berdiri disitu sehingga pintu itu tutup kembali dan Putra LRT berlalu menuju ke destinasi yang lain. Erna Nabilla senyum dan melangkah meniti tangga bergerak ke KLCC.