Aku menunggu kedua teman baikku di cafe, bab menunggu memang aku malas betul. Diorang berdua ni nak kena cekik dengan akulah. Tak apa, sabar je.
"Awalnya. Ni kenapa rajin sangat ni?"
"Jai, awal kepala paip kau. Lagi satu jam kelas tau! Lepas tu aku ada MGT bodoh tu!"
"Eh! Lagi satu jam je kan? Alah, jem aku bukan aku buat pasal."
Aku mendengus.
"Amacam seminar kau. Glamour gila kau, buat kat Kementerian Pendidikan pula tu! Fuh!"
"Apa nak glamour. Biasa je. Alah...macamlah kau tak pernah pergi seminar?"
"Pernah tapi cikai punya, belum pernah buat kat hotel atau kat mana-mana kementerian," suara Korin. Aku dan Jai mengangguk cuma. Biasalah tu... aku pun sebenarnya kira bernasib baik, tambahan si mamat landak yang cadang nama aku. Kalau tak, tak merasa juga. Aku renung jam, lagi dua minit nak cukup masa, aku bangun dan mereka mengikuti aku. Kami menuju ke arah lif untuk naik ke kelas, pintu lif terbuka. Aku terpandang dia. Hari ni bukan hari corporate, kenapa dia beriya pakai baju kemeja lengan panjang dan tali leher. Kaca mata??? Ini bukan mamat landak! Tapi lelaki yang ada masa seminar tu. Apa dia buat kat sini? Jai menyinggung lengan aku, aku faham apa yang dia nak sampaikan. Aku gelengkan kepala, tak mahu memandang lelaki itu. Bukan apa nanti dia terperasaan aku, bukan aku perasaan atau apa tetapi ialah nanti dia perasaan aku nak mengorat dia. Lantaklah aku pun bukan kisah sangat dengan mamat tu. Nampaknya dia berhenti di tingkat tiga.
"Bukan ke dia ada..."
"Jangan menyibuk hal oranglah," suaraku memintas kata-kata Jai, ini kerana aku tak mahu ada banyak perbincangan mengenai topik mamat landak. Nanti memanjang-manjang cerita dia nanti, Jai ni kalau dapat bergosip kalah wartawan gosip. Melodi pun boleh tutup kedai, samalah dengan si Korin tapi mujur minah tu tak perasaan. Kalau tak payah nak menempis soalan yang bagai peluru berpandu tu nanti. Pintu terbuka, aku lihat mamat landak sedang menunggu. Dia menoleh ke arahku.
"Bila pulak dia..."
"Apa yang kau nak merepek ni, Jai."
Dia menghampiri aku.
"Hai, saya nak serahkan nota ni. Tadi Puan Huda suruh saya serahkan buku dan nota ini kepada awak."
"Okay."
Dia tersenyum. Apa hal dia ni, senyum kat aku. Nak kena lempang ke?
"Nanti saya tak masuk kelas sebab ada hal, kalau Puan Huda tanya cakap je saya balik kampung,"
"Kenapa tak cakap tadi dengan dia?"
"Sudah, tapi manalah tahu kalau dia lupa. Bye!"
Adam si mamat landak berlalu. Aku terpaku disitu dan melangkah masuk ke dalam kelas.
"Jangan lupa ye... Bye!" Jai mengejek aku. Aku menderam dan memukul lembut bahu lelaki itu.
"Wah dah pandai sekarang!" komen Korin.
"Siapa berbye-bye segala. Fuhhh!"
Korin mengangguk setuju. Aku menggelengkan kepala, dah agak dah. Hish! Mamat landak ni, sempat lagi.
"Jangan nak ejek aku, sumpah jadi tikus baru tau!"
Jai ketawa besar.
"Ingat orang takutlah tu..! Banyak bagus nak sumpah-sumpah orang. Tolong sikit! Kau ingat kau tu fairy godmother?" suara Jai, Korin ketawa besar. Aku menjeling dan mencebik. Aku mengeluarkan buku dan pen kerana pensyarah sudah pun melangkah masuk. Kekadang terfikir juga aku mengenai mamat landak tu dan juga mamat yang berkaca mata tu. Aku mengeluh dan meneruskan pelajarannya.
"Aku tengok mamat landak kau tu ada hati dengan kau?" suara Korin. Dia menghabiskan air tebu di dalam cawan kertas itu. Aku tenung wajahnya, betulkah ayat yang keluar dari mulut Korin ni.
"Aku pun sama. Iyalah contohnya macam pagi tadi. Punya ramai orang dekat situ, kau juga yang dia cari," Jai pula menyokong.
"Apa yang aku dengar ni? Betul ke apa yang aku dengar ni? Korang sokong aku atau tak?"
"Ini bukan sebab sokong atau tak, Cik Fia Karrina. Tapi benda ni dah terbukti."
"Bukti? Aku tak nampak sebarang bukti pun?"
"Jangan butakan mata kau. Kau pun tahu tentang hal ni. Kalau tak kau takkan blushing tahap melampau?"
Aku pegang pipiku. Blushing? Aku blushing, tak mungkin. Wajah mamat landak tu muncul dan diikuti dengan mamat landak yang pakai kot tu.
"Dah jangan nak berangan banyak sangat. Tak menjadi projek kita Kalau salah seorang asyik berangan. Nanti cerita kita pun tak habis. Sudahlah jom!"
Aku menoleh ke arah Jai dan mengangkat kening.
"Kita nak ke mana?" tanya aku.
"Macam biasa la, pergi makan di McDonald aku mengidam Big Mac."
Aku mengerut dahi.
"Kita baru je lepak dekat cafe ni, dah nak ke McD pulak. Mengidam pulak tu? Kau ni bunting dinosour ke?" suaraku.
"Tak kiralah bunting apa. Aku nak Big Mac juga. Jom! Kita naik cab, aku bayar!"
Aku pandang Korin dan dia menggelengkan kepala.