20

4 1 0
                                    

                          Hampir sebulan mamat landak tak menganggu aku, malahan kalau kami bertembung dia hanya berlalu saja. Aku sendiri hairan. Rindu pula dengan usikkan bodoh lelaki itu, aku terkedu kenapa jadi begitu? Korin dan Jai juga pernah tertanya dek perubahan mamat landak tu. Mungkin dia mengalah? Atau dia dah ada benda lain nak kacau selain aku. Entah? Dari tempat aku berdiri, aku hanya melihat lelaki itu berlalu.

"Kau nampak lain?" suara Korin sebaik saja kami keluar dari kelas. Aku pandang muka kedua teman baik aku. Keliru? Mereka nampak aku lain? Lain macamana agaknya? Apa yang lain? Aku angkat kening tanda aku bertanya.

"Dulu kau berjeans dan t-shirt sampai beberapa kali kena warning sebab kau tak pakai baju korporat masa hari korporat."

"And your point is...?" tanya aku.

"Sekarang kau dah pandai pakai baju blause, bercelana panjang. Hari ni pula kau pakai skrit panjang,"

"Oh! Semalam... mama aku kemas bilik aku and terjumpa skirt ni. Dia paksa aku pakai so... nak jaga hati dia aku pakailah and tadi my sister yang hantar aku ke mari?" terangku, naif. Ini semua hal mamalah. Ini kalau mamat landak yang dulu, entahlah. Sabar je lah. Terpaksa pula aku ubah imej pula hari ni.

"Kan, manis pakai macam ni? Kau pakai macam ni nampak sesuai, it suit you well. Kau patut ubah imej, no more imej tomboy."

"Kau rasa aku ubah imej aku ke?" tanya aku. Korin dan Jai mengangguk. Tetapi, hari ni respon yang aku terima agak baik. Ramai juga yang suka aku pakai begini. Well, nanti aku akan try ubah sedikit demi sedikit imej aku. Tak perlu mendadak, nanti orang kata aku tebiat pula. Elok juga lagipun aku dah dewasa.

"Termenung lagi budak ni... Jom ke kelas..." suara Korin. Aku tersengih cuma dan mengikut mereka ke kelas. Mula tu agak kekok juga dah lama tak berskirt ni. Hampir tiga tahun dah aku tak pakai skirt, dah hari ni aku mula pakai kembali. Aku renung sekeliling, aku terpandang wajah Adam. Dia renung aku dan tersenyum. Aku cuma jeling dan berlalu.

"Aduh nak meletup otak aku!!!" suara Korin. Aku merengus. Kelas Statistik tadi begitu memeningkan. Latihan tadi memang memeningkan bak kata Korin. Aku hampir kantoi tadi ketika menjawab soalan latihan namun kerana pertolongan Jai dan Korin berjaya juga.

"Esok, kita kena start buat assignment Puan Hannis. Korang datang rumah akulah ye!" suaraku memberi cadangan.

"Okay juga. Oh ya! Aku ada jumpa artikel dan sebuah buku yang mungkin sesuai untuk assignment tu."

Aku pandang Korin dan menunjukkan tanda bagus. Aku pandang jam ditangan.

"Hey, aku dah janji dengan Erna untuk jemput aku balik. Maklumlah hari ni aku pakai skrit so..."

Jai dan Korin mencebik, mereka mengekori aku ke tempat perhentian bas. Seperti yang aku kata, kereta Mitsubishi EVO 10 warna merah kakak aku sudah pun menanti disitu.

"Cepatnya kakak kau datang."

"Macamlah kau tak kenal Erna Nabilla, dia ni punctual. Tak boleh lambat seminit pun. So, jangan lupa esok datang rumah aku. Datang awal sikit," suaraku. Kedua teman baikku mengangguk. Aku mendekati kereta kakakku dan masuk ke dalam perut kereta.

"Lambatlah? Hmm... teman kakak ke Giant. Malam ni Kak Long dan Kak Ngah datang nak makan di rumah dengan family mereka."

Aku angkat kening, kalau mereka datang meriah rumah tu. Mesti kecoh dengan budak-budak tu! Aku memandang cara kakak aku memandu, dia memandu tenang. Kami tidak berbual pun sepanjang perjalanan, lagipun tiada perkara yang hendak aku bicarakan dengan kakak ketiga aku ni. Pasaraya Giant sudah didepan mata. Sebenarnya agak kekok juga pakai skirt ni, tak pernah lagi aku keluar ke mana-mana pakai skirt. Langkah aku pun berhati-hati dah rasa macam itik je aku berjalan. Tension, tapi pada masa yang sama seronok juga. Bangga pun ada, tapi belum lagi rasa riak. Tak baik riak! Kami melangkah masuk, kakak menyuruh aku membawa kereta sorong. Teruk betul, aku pula yang kena menyorong. Ada beberapa pemuda yang ada disitu, memandangku. Bangga juga bila sesekali lelaki memandang aku. Terasa diri aku ni cantik. Aku menahan senyum, bangga.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now