Aku mengeluarkan buku untuk mata pelajaran tersebut. Aku memandang ke arah papan putih tetapi matapelajaran Management itu bagaikan tidak masuk ke dalam otak, kenapa agaknya? Rasa kebosanan benar-benar kebosanan. Aku memandang ke kiri, kalau tak salah pelajar disebelah bernama Zuri. Dia dari kelas lain, lelaki disebelah kanan pula juga dari kelas lain. Seingat aku nama dia Nabil, Nabil bin apa aku tak tahu. Dari pandangannya Nabil ni rasa-rasanya dia ni 'lelaki patah'. Kenapalah Puan Huda tidak boleh menceriakan hari ni, tambahan hari ni hari Isnin dan mata pelajaran ini adalah matapelajaran yang terakhir sekali. Tolong!!!
"Okay, semua boleh bersurai. Kelas esok tolong baca bab 10 dan 12, ada oral test esok."
"Carry marks ke Puan?" ada satu suara bertanya, aku pun tak pasti suara siapa.
"Mungkin juga!"
Perempuan tu tak boleh ke bagi jawapan straight to the point. Kalau nak bagi orang memikir panjang, dialah orangnya. Aku bangun dan mengeliat kecil. Terasa kematu punggung ini duduk di bangku kayu hampir dua jam, masak aku. Aku merenung ke arah tangga ayam, kebanyakkan semua dah berlalu. Aku terpandang dengan pemuda yang menegurku pagi tadi, tak sangka pula lelaki itu juga ambil kelas ni? Repeat kot? Aku cebikkan bibir, ada aku kisah! Aku menguap sedikit. Perut terasa lapar secara tiba-tiba.
"Fia!!!"
Aku menoleh dan tersenyum, aku angkat kening tanda tanya. Dua orang teman aku mendekati. Mereka sahajalah teman aku dikala susah dan senang. Mujurlah ada diorang ni?
"Fia, aku tak sangka kau ambil kelas Management tu? Dulu kau yang beria-ia tak nak masuk kelas tu. Apa hal pula semester ni lain. Memanglah cakap kau semua tak boleh pakai," suara Jai.
"Aduh! Salam tak, hai pun tak... teruk betullah korang ni!" suara aku. Mereka ketawa kecil. Kami beriringan menuju ke cafe.
"Macamana?"
"Macamana apa?"
"Eh! Aku tanya kau ni fasal kelas tadi."
"Jai, Korin, aku tengah lapar ni! Aku makan korang berdua ni baru tau!"
"Oit! Cik Fia Karrina. Macamlah mampu kau makan kami berdua. Perasaan...konon awak tu harimau la?" suara seorang pemuda yang bertubuh besar dan memiliki tinggi hampir 5 kaki 10 inci. Aku tersenyum.
"Taklah, perut aku ni dah keroncong. Marilah kita pergi makan dulu. Lepas ni korang nak tanya tentang E=Mc² pun aku tak kisah?"
"Fia, bab loyar buruk serah saja..."
Aku dan mereka berdua beriringan ke cafe. Aku ketawa kecil dan memandang mereka, aku tahu mereka sahaja mengusik aku.
"Kau nak balik terus ke, Fia?" tanya Jai.
Aku mengangguk. Korin berdecit, aku tahu dia kecewa kerana aku terpaksa. Sebenarnya aku kena balik awal, malas aku nak dengar leteran mak nenek seorang tu kat rumah. Nanti bernanah telinga aku dibuatnya.
"Lewat dah ni... lagipun aku dah janji dengan mama aku."
"Janji dengan mama ke atau kau takut dengan Erna Nabilla?" suara Jai menduga. Aku memandang Jai dan menjeling.
"Samalah tu!" balas Korin.
Kami beriringan menuju ke tempat letak kenderaan. Aku lihat disebelah motor Ducati milikku, nampaknya motor mamat landak itu tiada disebelah. Balik agaknya mamat tu, pastinya dia balik lepas habis kelas tadi. Korin bersalam dengan aku sebaik saja enjin Ducati aku hidupkan.