Jai yang berada di kedai buku melaung memanggil namaku. Nampak saja mamat ni, aku lihat dia keseorangan. Korin tak datang lagi ke? Perempuan ni selalu saja nak poteng. Mujur pandai!
"Baru sampai ke? Nak ke mana?"
"Library, Korin mana? Bukannya dia tak tahu, satu jam lagi ada kelas?"
"Alah... minah tu tiga minit kelas nak start baru nak muncul."
Aku merengus, aku faham sangat apa yang Jai katakan. Korin ni sejak masuk semester baru dia rajinlah pulak datang lewat. Bila ditanya banyak pula alasannya, putar belit kata dia kalah ahli politik. Aku dan Jai beriringan menuju ke library, dia enggan masuk dan dia mahu menanti aku diluar. Setelah aku memperbaharui tarikh buku yang aku mahu pinjam, aku melangkah keluar. Aku ternampak sesuatu yang tak mungkin aku nampak. Jai berbual dengan Adam.
"Well... well... well... satu suasana yang susah nak cari di waktu-waktu yang lain? Kau berbual dengan Adam a.k.a Mamat Landak," suaraku. Jai memandang ke arah Adam yang sudah pun menghilang diri dibalik orang ramai. Jai mengeluh dan mengangguk.
"Apa mamat landak tu nak? Macam tak percaya dia berbual dengan kau, Jai?"
"Aku pun tak percaya dia datang bercakap dengan aku. Rasa macam mimpi je tadi!"
Aku buat mimik muka dan menepuk dahi. Kami beredar untuk ke kelas. Hari ni cuaca mendung sedikit, nak hujan agaknya. Tetapi sekarang ni cuaca bukan boleh diramal, kalau nak hujan cuaca yang panas terik pun turun hujannya. Kuasa ALLAH... rahmat darinya. Kata orang, manusia cuma merancang namun Dia yang tentukan. Aku pandang ke langit dan mengeluh. Macam tu agaknya juga untuk hubungan manusia dan takdir manusia. Termasuk juga aku!
"Kau dah ada ide untuk projek Puan Fifi?" tanya Jai, aku yang mengelamun kembali ke alam realiti.
"Ide dah ada tapi nak laksanakan tu payah sikit. Aku nak bincang dengan Puan Fifi. Aku nak confirm kat dia fasal ide aku ni, nanti penat-penat aku buat dia kasi C je... Oh no! Aku tak mahu! Aku mahu A je, paling teruk pun A –."
"Fuh! Dalam tu...!"
Aku tersengih dan kami meniti tangga ke kelas, nak tunggu lif sampai esok belum tentu dapat naik. Aku tarik nafas letihnya naik tangga ni. Tingkat empat tapi rasa macam naik tingkat lapan. Semput aku sekejap! Kena start jogging balik ni untuk dapat stamina balik... Aku dan Jai menuju ke kelas, kami bertembung dengan Korin. Eh! Bila masa minah ni naik sini. Sah dia naik lif... bertuah betul budak ni! Aduh! Semput aku!
"Nah! Boyfriend kau bagi aku ni tadi!"
"Boyfriend???"
Aku kurang mengerti. Aku ada boyfriend ke? Siapa? Aku tengok muka Korin, dia kelihatan boring dengan gelagat aku. Dia menghulurkan sebuah buku kepada aku. Buku tebal warna merah itu bertukar tangan, aku terkejut. Dah lama aku cari buku ni, kat library tak pernah nak jumpa. Kat OPAC ada tapi kat rak tak ada... Wow! Boyfriend...! Adam? Wajah aku terasa panas tiba-tiba. Gatal!
"Mamat landak bagi kat kau ke, Korin?"
Korin angguk, dia sengih. Budak ni sengih ada makna ni. Jai pun ikut mengangguk.
"Amboi... sudah pandai sekarang mamat landak kau tu! Sudah passing passing buku nampak, lepas ni ada harapan passing passing hati!"
"Lepas tu, kita makan nasi minyak le!" sambung Korin. Jai dan Korin ketawa terbahak-bahak. Aku kecilkan mata dan merengus.