Adam Lokman memandang gadis itu dari jauh. Dia tersenyum bila dilihat gadis itu memerhati risalah annual dinner itu. Dia berlalu dari situ dan menuju ke perpusatakaan. Buku-buku yang diperlukan dicari. Sesekali, dia terkenangkan gadis bernama Fia Karrina. Susah juga nak rapat dengan gadis itu. Tetapi, Fia Karrina memang mempunyai tarikannya tersendiri. Dari hujung rambut ke hujung kaki, Fia mempunyai kualiti tersendiri. Dia memang luar biasa dan bijak. Adam senyum sendiri. Dia ke kaunter untuk meminjam buku-buku itu. Dia lega kerana dia hanya mengambil dua paper saja kerana kedua paper itu terpaksa ditangguhkan kerana kejadian yang menimpa keluarganya. Adam berlalu ke arah motornya, selepas ni dia tak ada kuliah. Serasanya biarlah dia pulang saja. Lagipun kalau dia masih disini tentu akan bertembung dengan gadis itu, lagipun Fia telah minta agar dia tak diganggu.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu, kesunyian di rumah itu terasa. Kalau ada abangnya tentu tak sesunyi ini. Lama lagi baru abangnya akan balik, dia mengeluh. Buku-buku tadi diletak cermat di atas meja studynya. Telefon cordless di ruang tamu berbunyi.
"Hello..."
"Hai... dik!"
Adam tersenyum, lega dia mendengar suara abangnya.
"Bukankah sana malam? Tak tidur ke?"
"Saja nak tanya khabar?"
"Baru empat hari dah rindu?"
Kedengaran suara abangnya ketawa. Sebenarnya dia pun rindukan abangnya. Kalau lelaki tu ada, pasti riuh rumah ni dengan lawak bodoh.
"Rasa macam dah bertahun kat sini. Bosan... tak ada apa nak buat. Letih tapi tak boleh nak tidur?"
"Apalah abang ni? Sampai begitu sekali," suara Adam. Kedengaran bunyi tawa abangnya. Rindunya terubat sedikit.
"Abang, Adam rasa abang patut cari girlfriend."
"Merepek pula kau ni... "
"Ini Adam cakap betul, bukan main-main. Abang patutnya dah berkeluarga."
Bunyi ketawa kedengaran dihujung talian.
"Abang pun fikir macam tu juga tapi... Entahlah, abang rasa macam dah ada calonnya tapi..."
"Calon? Siapa? Adam kenal ke?"
"Mungkin... Nantilah hal itu kita bincang bila abang balik Malaysia. Abang pun bukan pasti sangat," jawap si abang.
Talian diputuskan, Adam tersenyum. Tentu cantik pilihan abangnya, dia mengeluh. Tapi kalau boleh dia mahu pilihan abangnya yang dia suka. Adam tersenyum dan berlalu ke dapur.
Adam membaringkan diri selepas selesai solat Isyak. Entah kenapa hari ni berat sekali matanya, dia menggesel beberapa kali matanya. Mulutnya kumat kamit membaca doa tidur dan Ayatul Kursi dan akhirnya dia terlelap. Namun, cuma sekejap saja matanya terpejam. Dia bingkas bangun. Fikirannya terganggu kerana dalam lelap tadi dia sempat bermimpi. Dahinya berkerut-kerut memikirkan mimpi tadi. Dia pun tak berapa pasti dengan mimpi singkatnya tadi. Adam baring semula di tilam empuk Dreamlandnya. Matanya terarah ke siling, dia tidak dapat tidur. Tangannya mencapai punat lampu meja. Biliknya cerah sedikit, dia bangun dan bersila ditilam. Dia cuba mengingatkan mimpinya. Dia terkejut.
"Fia Karrina?"
Dia bermimpi tentang gadis itu tapi kenapa? Kenapa boleh termimpi Fia Karrina. Jam di meja sisi katil di lihat, baru jam sebelas malam. Adam beristighfar dan menghela nafas. Tentu hanya mainan tidur atau kerana dia berfikir tentang gadis itu. Adam baring semula. Dia pejam mata, erat-erat dan bertenang. Matanya dibuka semula, wajah manis Fia Karrina terbayang bagaikan tayangan gambar di layar mata.