36

1 0 0
                                    

                        Erna Nabilla tak faham dengan kata-kata adiknya, dia cuba mengungkai apa yang baru adiknya bicara di corong telefon tadi. Aku menarik nafas dan bersandar di sofa, sesekali aku tersenyum. Erna Nabilla dapat lihat wajah adiknya merona. Aku tersentak bila kakakku mencuit pinggangku, dia membuat isyarat menunjuk ke satu arah. Mama muncul, dia duduk disofa itu. Mama kelihatan mahu keluar, dia membetulkan beg tangannya memastikan semuanya ada disitu.

"Mama nak ke mana?" ringan mulutku bertanya. Wanita itu memandangku.

"Bila kamu nak masuk pejabat," tanya wanita itu. Soalan yang aku beri, soalan pula yang aku terima. Aku cebikkan bibir.

"Lepas honeymoon, 'ma," suara Erna Nabilla. Aku menepuk peha kakakku.

"Honeymoon?"

"Mama, lepas ni adik akan kahwin dulu dari Erna. Boyfriend dia dah ajak kahwin dah!"

Aku tak senang duduk, kakak aku ni! Sah! Mama mesti percaya.

"Betul, Fia? Mama kena bincang dengan kakak kamu yang lain. Bila dia nak..."

"Mama, dengar sangatlah cakap kakak tu? Tipu je! Bulan depan orang masuk office, okey. Nanti Fia cakap dengan kak long. Mama jangan risau, okey?" suaraku. Kakakku yang seorang ni asyik ketawa kecil. Mama berlalu dan ini memberi kesempatan aku mengusik kakakku yang tadi asyik ketawakan aku. Mujur mama tak tanya dengan lebih lanjut kalau tak, entah aku pun kurang pasti. Mesti lagi kecoh.

"Jadi betullah kau nak main sorok-sorok dengan Azam?" tanya Erna Nabilla. Aku pandang ke arah lain dan tersengih. Pasti apa yang dah aku katakan tadi memeningkan kepala Azam. Biarlah dia kata aku tak matang, bagi aku dia mesti cari aku. Tambahan, aku mahu tahu sejauh mana dia sukakan aku. Azam perlu berusaha untuk dapatkan aku kalau dia benar-benar mahukan aku. Betul tak??? Dia mesti cari aku tambahan aku sudah mengatakan padanya aku tidak tinggal di rumah ni lagi dan aku juga tidak berkerja dengan syarikat family aku. Hey! Dia nakkan aku dia perlu berusaha untuk dapatkan aku betul tak?

Sudah dua bulan aku menetapkan syarat itu pada Azam, dia masih belum jumpa aku. Aku mengeluh, betulkah tindakkanku ni? Pastikah aku? Aku pernah kata, dia mesti bertemu dengan aku secara tidak sengaja sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga bulan untuk memastikan kami ada jodoh atau tidak? Tetapi, tempoh hampir tamat dan aku tak pernah jumpa dengan lelaki itu walaupun sekali. Aduh! Menyesal aku buat syarat macam tu? Adakah aku dengan Azam tak ada jodoh? Tapi rasanya tak salah aku buat begitu, aku hanya mahu memastikan jodoh itu betul dan Azam benar-benar mencintai. Jika dia kata, dia cintakan aku pasti dia berusaha. Aku turut ke tingkat bawah dan masuk ke dalam perut kereta. Kereta mula meluncur laju dan kemudian berhenti di lampu isyarat, aku terkejut bila cermin disisiku diketuk. Aku menoleh, cuak. Lelaki yang menaiki motor berkuasa besar memandangku. Dia membuka visornya, aku terkejut. Orang itu senyum dan mengenyit matanya, terpana aku seketika. Segera aku menekan minyak bila lampu isyarat bertukar hijau dan mulanya mahu mengejar tetapi lelaki itu meluncur laju dan menghilang dibalik kesibukkan kenderaan. Mujur aku memandu Mercedes SLK, kalau aku guna Ducati 916 memang sah-sah aku boleh kejar. Jantungku berdegup laju, aku pegang dadaku. Dia muncul didepanku... masih ada dua lagi peluang. Aku tersengih, huih! gatalnya...

"Mood baik hari ni?"

"Kak Ngah? Kerja beres, hati lega jadi mood pun baik."

Aku memandang Erna Nabilla, beberapa hari ni aku dapat lihat kakakku yang seorang itu muram saja. Walaupun pada dasarnya dia gembira tetapi aku tahu dia tak segembira itu. Kerap kali aku nampak dia tak ceria, sugul dan kadang kala termenung. Kenapa? Aku perlu siasat, terjah dan bongkar. Selama Erna Nabilla jadi kakak aku, dia tak pernah muram, sugul dan sedih begitu.

"Kak Ngah, ada apa yang menarik ke malam ni?" tanyaku ketika kakak-kakakku berada di dapur membantu mama mengemas.

"Kak Ngah kena outstation, kalau boleh nak minta kau jaga Syed Nazmi dan ambil Nuril dan Nazriah dari sekolah?"

"Kak Ngah dah lupa saya kerja di pinggir KL? Sampai di rumah hampir senja?" suaraku.

"Kamu ni, Fia? Kalau setakat itu, Erna ada. Don't worry..." suara mamaku yang dari tadi senyap. Aku pandang kakakku, dia mengangkat muka kemudian mengangguk.

"Fia, dengar kamu dah nak kahwin? Budak lelaki yang datang hari tu?" tanya Kak Ngah. Aku mencebikkan wajah, sekarang ni mereka dah ada bahan nak mengusik aku. Aku pandang wajah Erna Nabilla, dia berubah. Kakak aku kelihatan tidak senang duduk. Pelik?

"Saya naik dulu..." suara Erna Nabilla dan berlalu. Mama dan Kak Ngah terus berbual, aku mengekori kakakku ke biliknya tetapi dia tak benarkan aku masuk. Puas aku pujuk namun tak berjaya, aku kerut dahi, berdecit kemudian kembali ke ruang bawah.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now