8

5 0 0
                                    

              Hari ini aku dan mamat landak itu akan ke seminar bersama-sama. Bosan aku bila memikirkan bahawa aku akan bersama lelaki itu nanti. Aku harap dia takkan menempek dengan aku pula. Malangnya nasib aku, mujur aku cakap kat pensyarah aku tu yang aku nak ke sana naik kenderaan sendiri. Tak nak aku tumpang kereta Encik Safuan, sebab aku dengar mamat landak tu tumpang sekali. Tolonglah. Aku memutar minyak agar lebih laju. aku bernasib baik kerana aku sudah kenal semua jalan menuju ke tempat seminar. Aku sudah pun tiba ke tempat yang nak di tuju dah pun sampai, aku mencari dimana aku harus meletakkan motor kesayangan aku ini. Helmet visor aku tanggalkan dari kepalaku, jam ditangan aku lihat nampaknya masih awal. Aku perhati sekeliling, aku harap mereka-mereka tidak pelik melihat aku tambahan aku naik motor tu! Tetapi tadi rasanya ada juga mata-mata liar yang memerhati, segera aku mencari tandas perempuan. Aku kena salin pakaian, bosanlah kena berbaju kurung. Maklumlah, ini upacara official,lagipun Cik Sulina dah warning aku semalam agar aku berpakaian formal. Aku selesai menukar baju dan pantas melangkah keluar dari tandas wanita. Mana Encik Safuan, Cik Sulina dan mamat landak tu? Takkan aku kena April Fool. Eh! April Fool ke hapa ni dah nak masuk Jun dah ni. Hmm...janji jam lapan pagi ini dah nak masuk jam sembilan pagi dah ni. Biasalah janji Melayu, kata pukul lapan tetapi pukul lapan setengah belum tentu lagi. Aku mengeluh dan berdecit. Aku memandang ke arah tingkat dua dan aku ternampak mamat landak tu tetapi kenapa lain betul penampilannya? Dia menoleh ke arah aku, tetapi wajahnya tiada reaksi. Takkan tak kenal atau buat-buat tak kenal. Melampau la tu! Karang aku naik syieh baru tahu! Aku memandang mencari wajah Encik Safuan dan Cik Sulina, aku berpaling lagi pada dia. Aik dah hilang, teruk betul!

"Lama dah tunggu, maaf jem teruk tadi. Kena cari jalan alternative. Kenapa macam terkejut?" tanya Cik Sulina. Aku terkebil-kebil dan menggeleng, aku melihat mamat landak melangkah bersama Encik Safuan. Wajahnya tersenyum cuma. Apa sebenarnya yang tengah berlaku ni? aku dialam fantasi ke? Tolonglah! Aku waras lagi...

"Hmm...saya dah daftar nama. Jom masuk, nah! pas masuk untuk setiap orang.

Aku toleh ke arah mamat landak, dia memakai kemeja warna peach dan slack biru tua dan tali leher hitam. Aku mengerutkan dahi, mustahil tadi dia. Muka sama, bentuk badan lebih kurang. Apa hal dengan aku ni, aku masih memikirkan perkara itu. Ha! Takkan kot! Tolonglah... jangan ler. Tak mahu!!!!

"Fia, kenapa awak tu? Mengelamun apa lagi? Tak nak masuk nanti tak ada tempat?" suara Cik Sulina, dia melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka aku. Aku senyum kelat dan segera mengekorinya.

Jam menunjukkan waktu tengahari. Sejuk sangat dalam dewan tu, dah naik beku kaki serta tangan aku terasa macam duduk kat Kutub Selatan. Aku mencari tandas wanita, punyalah jauh tandas wanitanya. Ceruk Tuk Kun jauhnya, macam tak bagi orang masuk tandas saja. Selepas selesai berhajat, aku mendekati cermin di sinki. Alah, macam tak biasal pula, tomboy pun nak juga bercermin. Dibuatnya muka comot atau tahi mata bertempek tak pasal je, malu! Kira okay dah tu, dah tak payah nak bersolek sakan. Aku mengeluh. Aku melangkah keluar. Aku terkejut bila bertembung dengan mamat landak? Eh! Dia bukan mamat landaklah. Mamat landak tak pakai suit dan kaca mata. Suit lelaki itu pun macam mahal je, dia memandang aku dan beredar ke tandas lelaki. Terpaku aku disitu sehingga lelaki itu hilang dibalik pintu. Minyak wanginya dapat aku hidu, menusuk kalbu. Macam kenal je bau ni... aku buang jauh-jauh apa yang aku fikirkan sekarang. Ish! Aku ni.... jangan nak mula merepek. Aku bagaikan tersedar, pantas aku memandang sekeliling kemudian mengeluh. Aku berlalu ke arah dewan, rasanya seminit dua lagi sesi kedua akan bermula. Aku mencari tempat duduk aku tadi. Aku menoleh, mamat landak itu turut mencari tempat duduk dan dia memilih tempat duduk yang lebih jauh daripada kami semua. Berlagak, menyampah. Aku menoleh ke arah pentas, ramai orang dari Kementerian Pendidikan Malaysia hadir kebanyakkan mereka sudah berusia antara tiga puluh hingga lima puluh tahun, biasalah orang kerja kerajaan. Aku gigit bibir, aku menoleh. Mata aku terpandang mamat landak lagi. Bukan mamat landak, lagipun rambut dia tidak terpacak tak macam rambut mamat landak pun. Dia kelihatan seperti orang penting, mungkinkah dia pun orang dari Kementerian Pendidikan? Aku tak pasti, tak payah nak tanya. Aku lihat lelaki itu bersalaman dengan beberapa orang yang juga memakai jaket dan suit sepertinya. Dia berkerja disini agaknya? Mungkin kalau aku nampak di name tagnya mungkin aku akan tahu dia dari mana atau apa namanya. Nampaknya apa yang orang kata tu memang betul, memang ada tujuh orang yang sama muka dalam dunia ni dan contohnya dah ada didepan mata aku. Si mamat landak dan kembarnya, tapi memang sama muka diorang berdua. Tapi mungkinkah mereka berdua dah bertemu muka. Hmm...apasal pula aku yang berlebih ni?

Cik Sulina menghampiri aku, pinggannya masih lagi kosong. Pensyarah aku ni diet kot?

"Nanti awak balik macamana Fia?" tanya wanita itu.

"Saya naik motor, cik. Cik nak tumpang ke?"

Cik Sulina gelengkan kepala, kami beriringan mencari ruang kosong agar kami boleh duduk dan menjamah makanan. Perempuan ni nak naik motor... sorry ler. Nanti terkoyak pula baju dia yang lawa ni. Lagipun mau pengsan dia ni kalau naik sekali dengan aku. Aku mula menjamah bila terkeluar satu pertanyaan dari mulut Cik Sulina.

"Macamana dengan seminar ni?"

Aku jungkitkan bahu sambil memamah makanan. Cik Sulina membisu, dia menumpu perhatian kepada makanan didalam pinggannya. Encik Safuan muncul.

"Kita balik awal, Cik Sulina?"

"Saya tak kisah sangat," suara Cik Sulina, lembut.

Lembut betul suara Cik Sulina tapi waktu kelas suara macam singa berjuang. Iyalah, barangkali kerana kami bukan dikelas jadi dia tidak perlu terjerit-jerit. Aku meneruskan suapan aku, mata aku memandang mamat landak yang sedang mencapai gelas minuman. Dia menoleh ke arahku dan sempat menguntumkan senyuman. Bertuah betul dia ni, sempat lagi.

Aku sudah menukar baju, baju kurung tadi aku lipat dan masuk kembali ke dalam beg. Bebas... maksud aku lega sikit aku sudah menukar pakaian yang ala-ala formal itu kepada pakaian kesukaan aku. Jeans dan kemeja T. Aku sisir rambut dengan jari, mudah sahaja tambahan rambut aku pendek saja. Siap dan aku melangkah keluar dari tandas perempuan. Aku lihat jam ditangan, masa yang sesuai untuk pulang ke rumah. Waktu begini agak sesak tetapi apa nak risaukan bukankah aku naik motor. Dari tempat aku berdiri, sudah terpandang motor kesayangan aku itu. Pantas tangan aku capai kunci motor di dalam beg dan aku menuju ke arah motor kesayanganku. Ada bunyi deheman di belakangku, aku segera menoleh. Mamat landak? Terkejut aku. Tapi... eh! Dia bukan mamat landak. Kembar dialah. Aku buat selamba saja dan terus melangkah ke arah motor aku. Tangan aku masih mencari kunci tetapi masih tidak jumpa. Biar betul takkan hilang? Seingat aku, aku sudah masukkan kunci itu didalam beg. Mungkinkah ada didalam poket seluar? Tangan aku seluk ke poket seluar, kiri dan kanan. Tiada dan entah macamana telefon bimbit aku terjatuh. Aku merengus dan segera mencapainya.

"Awak okay?" suara lelaki kedengaran di sisi aku. Pantas aku menegak badanku semula, hairan suaranya pun hampir serupa dengan mamat landak. Aku renungnya dia cuma senyum, aku terpegun. Aku mengangguk, menunjuk telefon bimbit aku yang selamat dan berlalu. Tidak mahu membuang masa di situ, nanti terwujud sesi perkenalan pula. Aku jumpa juga kunci motor, lega. Aku sudah pun diatas motor, mata nakalku memandang sekeliling mencari lelaki tadi tetapi dia tiada dimana-mana. Aku seram sejuk seketika. 

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now