30

4 0 0
                                    

                       Ruang di dewan kuliah sudah hampir kosong. Aku dapat melihat semua pelajar sudah melangkah keluar. Aku dapat lihat Adam masih menulis notanya. Aku bersandar dikerusi, pagi tadi Kak Long dan mama sibuk memaksa aku agar berterima kasih kepada Adam yang sudah menyelamatkan Erna Nabila semalam. Aku mengeluh, aku berkira-kira untuk berjumpa dengan Adam. Aku memandangnya lagi, lelaki itu tidak berganjak. Mustahil dia menanti aku... pandai pula timing dia ni. Aku garu tengkuk aku yang mula rasa gatal-gatal kemudian rasa gatal itu beralih pula ke dahi dan telinga kananku. Mulutku kumat-kamit, kononnya menyusun ayat. Jam tangan aku perhatikan, karang tunggu lama-lama balik pula si Adam ni. Pantas aku bangun dan menoleh ke arah lelaki itu. Aku mendekati Adam yang sedang membaca sesuatu, aku berfikir apa yang patut aku ucapkan setelah dia menyelamatkan kakakku semalam. Mungkin hanya ungkapan terima kasih, entahlah. Tak mengapa... bila aku dah dihadapannya, tahulah aku apa yang perlu aku katakan. Rasanyalah! Aku berdehem...

"Assalamualaikum," ujarku. Adam mendongak, dia memandang gadis dihadapannya.

"Waalaikumusalam... Fia!" ucapnya dan tersenyum. Bab dia senyum ni yang lemah ni. Tetapi sesekali aku tengok senyumannya macam... macam dia tu!

"Adam... saya... well... hmm... sebenarnya..."

Adam memandang aku, dia bagaikan menanti apa yang mahu aku katakan. Aku berdehem dan menghela nafas.

"Awak... awak... Okay! Awak dah selamatkan kakak saya. Saya dan... hmmm... dan keluarga..."

"Apa dia?" ujar Adam. Aku telan air liur dan sekali lagi menghela nafas.

"Okay... saya dan keluarga nak ucapkan terima... terima kasih."

Adam tersenyum dan mengangguk.

"Dia okay? Awak?"

"Saya... okey..."

Adam mengangguk lagi dan aku turut membalas. Aku minta diri dan beredar dari situ, nanti keras lidah aku kelu berjuta bahas selagi aku di hadapan Adam. Aku teringat hal semalam... aku terkejut bila Adam muncul dan memapah kakak. Wajah kakakku trauma sekali, bajunya koyak rabak. Jaket kulit milik Adam dibahunya. Kakak dibawa masuk dan kemudian dia memeluk mama. Aku dapat lihat ditangan Adam tika itu beberapa bungkus ubat dari klinik berhampiran. Mama tak putus-putus bertanya, dia risau keadaan kakak tika itu. Namun, kakak membisu sejuta bahasa, malam itu dia hanya menangis dan memeluk erat mama. Mama dan aku memandang Adam, lelaki itu kelihatan serba salah namun akhirnya dia terpaksa ceritakan jua apa yang telah berlaku terhadap kakak. Mama turut menangis dan aku membesarkan mata bagaikan tidak percaya. Kakak masih dipelukkan ibu Iyalah sesiapa saja pasti trauma atas apa yang dah berlaku. Mujur Adam lalu di situ.

Pagi tadi kakak masih belum bangun, umi kata badan kakak agak panas. Dia masih terkejut akan kejadian semalam. Aku kalau boleh mahu pulang awal hari ni. Aku mahu lihat kakak aku. Fikiran aku cuma memikirkan kakak, wajah Erna Nabilla semalam masih bermain dilayar mata. Dia berlainan sekali dari biasa. Wajah itu lemah, ketakutan, kesejukkan, sedih dan kecewa.

"Fia..." laungan namaku kedengaran.

Aku menoleh, Korin berlari anak mendekatiku. Dia bertanya kenapa wajah aku kelihatan risau. Aku ceritakan apa yang telah berlaku kepada keluargaku semalam. Korin juga terkejut.

"Aku tak dapat teruskan aktiviti biasa hari ni, aku kena pulang. Lagipun rasanya Kak Ngah aku jemput aku hari ni."

"Aku faham, kalau Jai tanya nanti aku storylah kat dia."

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now