44

7 1 0
                                    

               Malam melabuhkan tirainya, beberapa orang masih lagi memasak untuk majlis esok. Erna Nabilla baru selesai solat Isyak, dia mengeliat kecil. Keletihan masih bersarang tetapi matanya masih lagi segar dan enggan tidur. Dia melangkah ke ruang tamu, melihat dari jendela dan dia dapat melihat beberapa orang yang datang tadi masih berbual di laman rumah. Di renung ke langit, malam itu langit terang dan berjuta bintang bertaburan di langit. Dia mencari adiknya, dari tadi tidak nampak wajahnya. Dia mengeluh, waktu begini tentu adik bongsunya sudah tidur. Lagipun, sejak siang tadi Fia Karrina tak berhenti membantu. Dia merenung lagi langit malam, tenang sekali. Rambutnya yang mula melurut dibetulkan, dia mengeluh. Dari dulu lagi, dia tenang disini. Kepalanya dilentokkan di tiang jendela, dia mengeluh. Erna Nabilla berpaling bila suara deheman kedengaran.

"Kenapa tak tidur lagi?"

"Tak mengantuk? Sibuk seharian ni, Erna tengok tak rehat?"

Lelaki itu sudah disisinya, dia membiarkan saja. Lelaki itu senyum, dia berpaling. Erna Nabilla merenung wajah lelaki itu, dia terkejut dan mula menjauh.

"Erna, maaf kalau Adam..."

"Fia kata, Adam..." Erna Nabilla mula menjauh.

"Adam kembali kerana Erna.. bila Adam tahu Erna ke mari, apa yang Adam tahu Adam nak jumpa Erna. Maaf kalau Adam menganggu?"

Erna Nabilla tak bersuara, dia memandang lelaki itu. Dia telan air liur tidak tahu apa yang harus dikatakan. Kakinya pun tidak mahu berganjak, dia jadi kaku disitu.

"Adam nak Erna dengar apa yang perlu Adam katakan. Erna, Adam ikhlas. Dulu, Adam ingat Adam sukakan Fia tetapi itu bukan sesuatu yang hakiki. Adam cuba lagi tetapi perasaan pada Fia jadi kabur tetapi bila kejadian malam itu..."

"Cukup, Adam."

"Tidak... biar Adam habiskan apa yang perlu Adam nyatakan. Adam perlu beritahu."

"Erna tak mahu dengar!"

"Perlu! Erna perlu dengar!!!" suara Adam sedikit meninggi, dia memandang keluar mujur tiada yang mendengarnya.

"Malam itu, Adam cuba melupakan Fia kerana Adam tahu Azam cintakan Fia lebih dari segalanya. Malam itu takdir membawa Adam kepada Erna dan segalanya bermula malam itu." Adam mengeluh dan cuba mendekati wanita itu namun Erna Nabilla mulai mahu melangkah. Adam pantas meragut tangan kiri gadis itu, Erna Nabilla menjerit kecil. Adam menekup bibir gadis itu dengan tangan kirinya, manakala tangan kanannya memeluk pinggang gadis itu. Dia mendekatikan wajahnya kepada gadis itu, dia juga dapat rasakan tubuh itu menggeletar.

"Maaf... tetapi Adam mahu Erna dengar apa yang ingin Adam katakan, please!" suara Adam separuh merayu. Dia dapat lihat wajah gadis itu benar-benar merona. Tangan kanannya masih memeluk pinggang gadis itu dan merapatkan tubuh itu mendekatinya. Erna Nabilla sedikit pun tidak melawan, dia hanya dapat rasakan tubuh itu longlai dan masih menggeletar.

"Sedikit demi sedikit Adam mula mencintai Erna, Adam cuba tolak perasaan itu kerana rasakan hanya ada Fia tetapi lama kelamaan ia jadi semakin nyata dan benar. Benar, Adam cintakan Erna!" sambungnya lagi, separuh berbisik. Wajah gadis itu merona nafasnya turun naik tak sekata. Adam dapat melihat air mata gadis itu sudah mengalir membasahi pipi, dia dipagut rasa bersalah meletak keadaan Erna Nabilla sebegini. Dia renung mata gadis dihadapannya, ada sinar yang dia cuba dia tafsirkan. Pantas, Erna Nabilla menolak tangan lelaki itu dari menekup mulutnya dan Erna Nabilla pantas menolak tubuh Adam, dia mula melangkah pergi. Erna Nabilla telan air liur, namun dia berhenti melangkah. Adam mengeluh dan menepuk dahinya. Dia ketawa kecil, rambutnya dilurut ke belakang. Adam memalingkan tubuhnya dan dia mula melangkah.

"Erna, dapat rasakan perasaan itu. Tetapi, Erna perlu sedikit masa..."

Langkahnya terhenti, dahinya dikerutkan. Adam menoleh dan memandang wajah wanita itu. Erna Nabilla tunduk, dia tidak berganjak. Adam melangkah perlahan-lahan mendekati seolah-olah risau gadis itu akan melarikan diri. Erna Nabilla masih tunduk, diam membisu. Dua jari Adam mencapai dagu gadis itu dan didonggakkan memandangnya. Erna Nabilla memejamkan matanya, malu barangkali. Adam cuba membaca apa yang tersirat di wajah itu.

"Masa? Erna boleh ambil seberapa banyak masa yang Erna mahukan. Penting sekali, Erna harus tahu betapa Adam cintakan Erna." Matanya dibuka dan tepat memandang Adam. Mata Erna Nabilla masih memandang wajah lelaki itu, mencari kebenaran dimata lelaki itu. Adam senyum menggoda, Erna Nabilla merasakan dadanya bergetar kencang.

"Sungguh?" tanyanya, dia dapat lihat wajah lelaki itu turut merona. Mereka berdepan dan lelaki itu mendekatkan wajahnya. Adam menolak anak-anak rambut yang menutup dahi gadis itu. Kemudian, tangannya mengulas pipi Erna Nabilla, dia dapat lihat gadis itu menahan malunya.

"Ha'ah... sungguh..!"

Erna Nabila memalingkan wajah serta ketawa kecil begitu juga Adam.

Aku dan kakak melangkah seiring, ramai orang yang mahu melihat kami. Aku mengerling ke wajah kakak, dia berseri-seri. Aku dapat lihat wajah Adam turut berseri, dia gembira sekali terutama bila melihat kehadiran kakak. Adam kelihatan tampan bergaya dengan baju Melayu kuning air dan samping dan keris yang terselit dipinggang dan Erna Nabilla pula memakai baju gaun lurus mengikut tubuh dari Venice lace dan kain layah hingga ke pinggang dengan warna yang sama betul-betul melengkapkan seri mereka berdua. Kakak hanya tersenyum sahaja dan solekkan diwajahnya menambah seri pengantin. Aku mengekori kakak yang sudah bersedia untuk menjemput suaminya. Ramai tetamu yang datang, mama pun kelihatan sibuk. Dia juga kelihatan tidak sabar menunggu kedatangan menantunya. Aku mencari wajah Azam, dia turut menjadi pengapit adiknya seperti aku menjadi pengapit kakakku. Dia pun kelihatan cukup tampan, aku rasa ada beberapa tetamu membandingkan wajah Adam dan Azam. Mereka berdua sama tampan namun hari ni Adam lebih terserlah kerana hari ni hari bahagia dia. Kedua mempelai sudah disatukan dan mereka beriringan masuk, kakak tunduk sahaja. Jadi pengantin perlu ada malunya, itu kata Mak Teh dan Wan Su. Aku cuma mengangguk, mendengar. Aku mengerling ke arah kakak. Aku doakan kegembiraan kakakku, dia berhak. Persandinganku itu perlu tangguh dahulu. Biar kakak dulu. Aku? Coming soon... pasti...

TAMAT

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now