18

3 0 0
                                    

                   Hari ini merupakan hari baru. Aku rasa hari ni dada aku terasa lapang mungkin kerana apa yang telah aku luahkan pada kakak aku semalam. Telefon bimbit aku berdering, nama Korin tertera di skrin. Segera aku angkat, suara Korin berlainan sekali. Suaranya serak dan diselangi batuk, rupanya dia nak beritahu aku yang dia tak dapat hari ni. Demam! Kenapa dia demam pulak hari ni! Aku turun ke tingkat bawah, terkejut aku tengok kakak sulung dan suaminya di meja makan. Amboi jauhnya nak bersarapan, ini tentu ada hal nak dicakapkan dengan mama.

"Hai! Kak Long, abang long pun ada?" tanyaku.

Abang iparku hanya mengangguk. Aku duduk dihadapan mereka dan menjamah sedikit makanan.

"Kak Long, Fazril dan Fatin tak ke mari ke?" tanyaku.

"Cuti sekolah nanti mereka datang le. Kau pun bukan nak pergi rumah Kak Long. Bukan jauh sangat!"

"Busylah! Nantilah..." jawapku.

"Student pun busy ke?" tanya Wan Zafran abang iparku, aku angguk je sebagai jawapan. Dia mencebik.

"Lewat dah. Okey bye semua!"

Aku terpandang motor Adam Lokman, segera jantung aku berdegup laju. Aku tarik nafas panjang. Tension betul macam ni? Aku melangkah masuk untuk ke dewan kuliah. Hari ni aku ada presentation jadi aku nak bersedia awal. Satu deheman kedengaran, aku menoleh. Adam Lokman!

"Hai!"

"Leave me alone!"

Aku menarik nafas dan berlalu. Aku tak mahu dekat dengannya nanti aku yang tak selesa pula. Aku sekarang ni tak pasti apa perasaan aku padanya dan entah bagaimana untuk aku susun atur perasaan dan hati aku ni. Kalau boleh aku tak mahu tenggelam dengan perasaan aku sendiri cukuplah sekali, itu pun sudah cukup pedih.

"Fia, awak marahkan saya ke? Saya ada buat silap dengan awak?"

Langkah kuperlahankan dan aku segera menoleh. Dia memandang wajahku, pandangnya menyentuh perasaanku.

"Saya tak mahu ada kena mengena dengan awak, Adam! So, stop everything that you doing now!"

"What the..! Saya hanya nak ber... Fia!" suara Adam. Aku berlalu tanpa mendengar penjelasan lelaki itu. Aku sebenarnya tak mahu apa-apa dari insan bergelar lelaki. Bukan aku anti pada mereka tetapi mungkin sekarang bukan masanya aku dengan mereka. Bila? Nantilah... Biar aku selesa dengan diri aku sendiri baru aku consider atau apa saja.

"Syarifah Nurul Khairiah mana? Minah tu pun asyik memonteng je? Muka kau kenapa? Letih semacam saja?"

"Korin demam. Aku pergi rumah dia pagi tadi. Kau dah siap dah presentation kita?" aku mengubah topik.

"Time ni la nak demam. Beres... Nah! semua maklumatnya. Kau ni okey ke?"

Aku mengangguk, aku menyusun segala maklumat yang ada dan mengkajinya.

Aku dan Jai beriringan keluar dari dewan kuliah. Lega selepas selesai presentation tadi. Mujur Puan Latifah aku tak memberi banyak masalah dan pastinya aku dan kumpulan aku dapat A. Aku renung sekeliling, kelibat mamat landak itu tak kelihatan. Dia pun dah bosan agaknya, biarlah aku pun malas nak fikir panjang. Aku nak kena kuat semangat, kalau tak tenggelam aku dengan study aku sekali. Oh please! Kekadang seronok juga ada orang ikut-ikut ni, terasa macam popular pula. Eh! merepek pula. Jai berhenti di papan kenyataan, mata aku terpandang sesuatu. Annual dinner? Argh! Annual dinner... tahun lepas aku tak pergi. Nampaknya tahun ni pun macam tak juga kot? Tapi... entahlah?

"Ralit tengok risalah annual dinner tu? Kau nak pergi ke?" tanya Jai.

"Entah. Tapi rasanya tak kot! Alah... lambat lagi nak buat keputusan, ada lima bulan lagi."

Jai mencebik, jam ditangan kanannya diperhatikan.

"Aku nak ke rumah Korin kejap lagi. Fia, kau nak ikut tak?"

"Nope... letih. Aku nak balik."

Kami berlalu ke cafe, kelibat mamat landak itu tak kelihatan. Well, nampaknya dia menepati janjinya agar tak menganggu aku. Lega.... tenteram perasaan aku. Aku hela nafas.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now