38

1 0 0
                                    

                 Aku selesai didandan oleh Kak Long, pintu bilik terbuka beberapa teman lamaku menjengah mereka bersalam dan mengucapkan tahniah. Beberapa minit kemudian, aku lihat Korin muncul. Gadis itu berkebaya labuh, sesuai dengan tubuh tinggi lampainya. Jai turut muncul, dia cuma menjengah dari muka pintu barangkali segan dengan tetamu yang ada dibilik aku. Korin menghampiri aku dan memeluk aku dan mencium kedua pipi aku.

"Tahniah, tak sangka... Nampaknya, kau dulu dari aku. Fia, kau dan Azam... memang secocok!" ujar Korin dan mengangkat dua ibu jarinya, aku mencebikkan bibir dan menjeling. Erna Nabilla muncul dibilikku dengan beberapa sepupu perempuan untuk mengambil bungkusan yang akan diedarkan pada tetamu. Aku kerling ke arah Erna Nabilla. Gadis itu cuba berlagak tenang dan gembira. Kemudian, dia melangkah keluar dari bilik bersama sepupu perempuan yang lain. Syarifah Nuril dan Fatin muncul... kemudian diikuti dengan anak saudaraku yang lain. Erna Nabilla kembali ke bilikku dengan mendukung Syed Nazmi yang mahu aku mendukungnya. Kak Ngah muncul dan mendukung Syed Nazmi kemudian mereka keluar, entah ke mana. Erna Nabilla dipaksa mama untuk duduk di sisi aku. Tapi aku tahu, saat ini dia kalau boleh tidak mahu di situ. Sepanjang masa, Erna Nabilla tersenyum paksa bila beberapa kawanku menegurnya. Kasihan pula aku melihat kakakku yang seorang ini. Naik keras dia duduk mematung di situ. Selesai perbincangan kedua keluarga, aku dapat lihat ibu saudara serta nenek Azam Lokman muncul dibilikku. Erna Nabilla bangun dan berdiri di tepi katil. Si nenek memeluk dan mencium kedua pipi aku kemudian diikuti dengan ibu saudaranya yang menyarung cincin ke jari manis. Wanita itu aku salam dan dia mencium kedua pipiku. Korin yang ada disisiku, senyum meleret begitu juga dengan mama. Aku pandang wajah kakakku, dia kelihatan tunduk dan kelihatan bersusah payah menahan perasaannya. Kami berpandangan dan air matanya gugur, dia menangis dan berlalu keluar dari bilik. Aku mengeluh, seakan-akan aku ingin mengejar dan memujuknya. Tetapi aku terhalang dan aku hanya boleh senyum kerana tidak mahu kedua wanita tadi menyangka yang bukan-bukan.

Erna Nabilla menahan tangisnya, dia meniti tangga turun dan menuju ke arah dapur. Ada mata yang perasaan akan perubahan wajah itu tetapi cuma mengekori dengan lirikan mata. Erna Nabilla sudah pun keluar melalui pintu belakang, dia mencari tempat yang sesuai dan akhirnya duduk di tepi longkang kecil. Dia menarik kedua lututnya ke dada dan menangis. Biarlah air matanya menodai pipinya ketika itu. Dia hanya mahu menangis, itu sahaja.

"Kenapa menangis?"

Suara itu membuat dia mendongak, didalam kekelabuan itu dia nampak wajah itu.

"Azam?"

Orang itu senyum.

"Adam."

Dia terkejut dan memalingkan wajahnya. Air matanya jatuh lagi tanpa ditahan. Dia dapat merasakan dua pasang jari memegang dagunya dan menolehkan wajahnya menghadap wajah lelaki itu. Erna Nabilla tidak mahu memandang wajah dihadapannya, dia tundukkan mata memandang tanah.

"Kenapa menangis?" tanya lelaki itu lagi dan dengan beraninya lelaki itu mengusap air mata yang jatuh ke pipinya. Erna Nabilla tersentak, terasa panas wajah dan badannya. Namun, pertanyaan itu tidak dijawab.

"Tak suka majlis ni atau tak suka Fia bertunang dengan abang aku?" tanya lelaki itu, nada suaranya masih lembut. Erna Nabilla melarikan wajahnya. Adam mengeluh dan duduk di sisi gadis itu, bahu mereka berlaga. Erna Nabilla tersentak, dia memegang dadanya. Jantungnya berdetak sedikit luar biasa, dia telan air liur. Namun, hari ini dia hanya kebisuan, Adam mengeluh lagi dan membetulkan duduknya. Erna Nabilla benar-benar tidak selesa, dia bingkas bangun. Namun tangan kirinya sempat diragut dan dipegang kemas lelaki itu, dia berhenti namun tidak menoleh. Jantungnya bagai terhenti, terasa seakan darahnya tersirap dari badan. Tika itu, dia dipagut satu rasa yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now