15

3 0 0
                                    

               Adam baru selesai mencuci motornya, dia sebenarnya bukan tak gunakan motor BMW K 1300R yang lebih hebat dan canggih tetapi dia lebih senang dengan motor kapcai ni. Dulu abahnya guna motor ini masa mula-mula kerja sehingga dia berjaya bergelar Tan Sri. Dia mahu begitu, biar orang lihat dia sengkek.

"Adam, abang hairan kenapa kau tak nak bawa kereta ke kolej?"

"Saja, lagipun Adam selesa dengannya. Sekurangnya, kenangan abah ada dengan Adam."

"Habis, BNW E89 tu?" tanya abangnya lagi.

"Pergi 'cucuk langit' baru la bawak," suaranya dan mengekek. Abangnya cuma tersengih dan menggelengkan kepala. Adam Lokman memandang abangnya, lelaki itu duduk dikerusi sambil membaca akhbar hari ini. Dia memandang abangnya itu dan mengeluh. Lelaki itu yang menyaranya selepas kematian kedua ibu bapanya. Dia terhutang budi dengan lelaki itu. Memanglah, itu tanggungjawabnya sebagai abang tetapi dia pun bersalah juga. Abangnya terlalu sibuk menjaganya sehingga dia tak berkesempatan memilih teman hidup. Adam Lokman mengeluh, walaupun mereka hanya beza beberapa minit saja tetapi abangnya memikul tanggungjawab seperti seorang bapa menjaga anaknya. Setiap kali Adam Lokman memikirkan hal itu, dia benar-benar terharu. Seharusnya pasangan kembar macam mereka tentu tak banyak beza tetapi bagi mereka itulah perbezaannya. Adam Lokman mengeluh. Bunyi hon motor posmen mengejutkannya, Adam Lokman segera mendekati pintu pagar dan mendapatkan surat itu. Dia melangkah masuk, surat ditangannya dibelek.

"Nah! Ada surat dari kementerian. Macam penting je,"

Surat itu bertukar tangan. Adam Lokman memandang abangnya, dia melihat reaksi wajah abangnya. Sesekali dia melihat dahi abangnya berkerut, teruk sangat kerutnya sampai kening hampir bertaut. "Apa yang berkerut-kerut dahi baca surat tu. Serius ke?" tanya si adik dan mendekati si abang.

Am memandang adiknya, dia mengeluh.

"Abang kena kursus dua bulan di Venice?"

"Venice, Italy? Dua bulan? Lamanya, jauh pula tu." suara Adam.

Si abang mengangguk, surat itu diserah ke tangan adiknya. Adam Lokman membaca surat itu dan berdecit.

"Venice... Apa salahnya buat kat Malaysia?"

"Kalaulah abang boleh tukar, dah lama abang tukar."

Adam Lokman senyum dan matanya melihat surat yang abangnya terima tadi.

"Dua bulan, menyampahnya. Lama sangat. Kenapa mesti di luar negara?" suara Azam Lokman dan berlalu ke bilik. Adam Lokman tersenyum dan memandang surat itu. Dia pun tak pasti kenapa ke luar negara tetapi macam biasa bila sesuatu perubahan didalam sistem akan berlaku, pihak pentadbir akan mencari contoh untuk mereka melakar sistem baru sebagai penambahbaikan.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now