Jari-jemari aku mendail nombor itu dan ia berdering, aku telan air liur. Suara lelaki mengangkatnya, aku menarik nafas sebelum bersuara.
"Hello, boleh kita berjumpa?"
"Oh! Tentu sekali, sekarang?" suara didalam talian. Aku renung jam didinding.
"Sekarang... ya... sekarang!"
"Nak jemput ke?"
"Eh! Jangan nanti apa pula kata kakak. Kita jumpa di San Francisco, di Bangsar sejam dari sekarang."
"Ok, jumpa disana."
Aku capai baju blaus dan skirt labuh. Pintu bilikku terkuak, Erna Nabilla muncul. Dia memerhatikan aku yang sedang bersiap.
"Keluar? Adam?"
Aku tak menjawab, pertanyaan itu. Aku tak tahu macamana nak menjawab persoalan itu. Aku sibuk menyeterika skirt labuh itu yang sedikit berkedut. Erna Nabilla berdehem.
"Kenapa diam? Takut kakak marah?"
Hanya gelengan kepala sebagai jawapan. Aku beredar ke meja solek dan memilih subang yang sesuai dengan baju itu dan juga sepit rambut. Kakak mendekatiku dan menyikat rambutku.
"Kalau pun kau keluar dengan Adam atau Azam, kakak tak marah. Kau berhak memilih pasangan kau. Lagipun, mereka berdua kawan kau dan juga kawan kakak."
Aku tunduk, pandang aku pusing mengadap kakak. Tangan kanannya aku pegang dan mencapai sikat yang dipegangnya. Kakak aku tersenyum, mesra sekali. Aku bangun dan segera memeluknya.
"Thanks, kak."
Lelaki itu sudah menantiku dia memandang sekeliling mencari kelibatku. Sesekali dia memanjangkan tengkuknya mencari aku, dicelah-celah orang ramai dan sesekali dia memerhati jam tangannya. Pasti dia sudah lama tiba. Aku menghela nafas sebelum melangkah keluar dari kereta. Dia senyum memandangku.
"Maaf lewat..." ujarku. Dia cuma senyum, kami melangkah masuk ke dalam restoran itu.
"Ada apa yang perlu kita bicarakan?" tanyanya tenang walaupun ada sedikit kerutan di dahi. Aku renung wajahnya lelaki bernama Azam, dia berterus terang. Aku yang jadi teragak-agak untuk menjawab. Dia senyum, sedikit mengoda.
"Saya..."
Dia berdehem dan mendepankan sedikit tubuhnya dan dadanya terkena meja. Aku segera memandang wajahnya kerna tindakkannya. Wajahnya serius sekali.
"Fia, saya sukakan Fia. Mungkin lebih dari itu, saya cintakan... awak!"
"Suka... cinta?" aku terkedu. Tak terkata, macamana nak aku membalas. Aku menghela nafas, terasa cepat sangat perkara ini berlaku. Kedua tangan yang aku letakkan dimeja terasa longlai dan jatuh sendiri menimpa peha. Lelaki itu tersentak seakan dia tersedar dari sesuatu. Dia menggaru dahinya seolah-olah kesal dengan caranya tadi.
"Maafkan saya, tetapi saya tak boleh nak bendung perasaan ini lagi. Saya terpaksa beritahu Fia. Saya tahu Fia tak suka saya... saya tahu dihati Fia ada Adam. Memang tak adil perbuatan saya ini..." kata lelaki itu terhenti disitu. Aku telan air liur. Aku ada Adam? Apa ni?
"Jangan sambung... stop!!!" suaraku, apabila aku lihat dia seperti mahu menyambung kata-kata. Aku menghela nafas, Azam mengeluh.
"Kenapa Azam kata saya suka Adam?"
"Sebab... sebab saya amat pasti Adam sukakan Fia? Dan pastinya Fia..." Suaranya tidak menjawab pertanyaanku. Kebenaran yang baru dilafazkan lelaki itu membuat aku hilang kata-kata. Seperti yang dijangkakan, Adam sukakan aku. Patutlah dia makin berubah... patutlah dia mahu aku jadi temannya pada annual dinner itu. Patutlah... patutlah... Adam... Aku ingin sangat bersuara. Ingin sangat aku untuk memintas kata-katanya dan menidakkannya sekaligus.
"Maaflah... Saya... saya dah menyusahkan Fia. Tetapi, saya rasa Fia dan Adam memang secocok. Sepatutnya Fia dengan dia."
Aku membisu dan mengeluh. Kenapa? Kenapa jadi begini? Aku menoleh dan kelibat Adam muncul disitu.
"Abang Am? Kenapa... Fia pun disini. Abang?" tanya Adam, wajah lelaki itu juga kelihatan keliru. Dia menghampiri kami, dahinya kerut. Perlahan-lahan dia menarik kerusi dan duduk di sisi si abang. Pandangan silih berganti kepada aku dan abangnya.
"Adam... adik, abang serahkan hak Adam pada Adam. Okey! Fia, selamat malam..." suara Azam dan bangun. Dia menepuk bahu adiknya berkali-kali dan beredar. Aku terkejut, apa yang dah berlaku sebenarnya. Dia baru saja melafazkan cintanya padaku dan kemudian dia menyerahkan aku pada adiknya. What the hell.. apa semua ni? Aku keliru... aku pandang Adam. Wajah lelaki itu juga keliru seperti tidak mengerti. Aku merengus dan bangun kemudian berlalu ke kereta tanpa menoleh ke arah Adam. Aku menekan alarm kereta. Pantas, aku masuk ke dalam perut kereta, menghidupkan enjin kereta untuk kembali ke rumah.
"Usu..." suara Fazril dan Syarifah Nuril yang menghampiriku. Mereka hairan melihat wajahku yang sugul sedikit. Namun, seperti kebiasaan mereka pantas mencapai tanganku dan bersalam.
"Kak Ngah bila datang, kak long..." suaraku dan bersalam dengan mereka semua. Kesemua anak saudaraku mula bersalam denganku termasuk Syed Nazmi, anak kecil itu mahu aku mendukungnya. Kakakku muncul dari dapur.
"Jom naik bilik Usu boleh main games..." suaraku. Mereka berlari, berlumba-lumba ditangga menuju ke bilikku. Erna Nabilla turut sama mengekori kami. Aku menyerahkan Syed Nazmi kepada Fatin dan Syarifah Nazriah.
"Kenapa, monyok? Kata keluar? Kau keluar dengan siapa? Azam atau Adam?"
Banyak pula pertanyaan kakak ni, macam polis pencen. Aku picit dahi aku, pening.
"Pergi date pun sampai pening-pening?"
"Mereka ni gila, kak!"
Erna Nabilla terkejut, aku menyimpan begku di dalam almari. Aku ke kamar mandi untuk mencuci wajah. Aku mengelap wajah dengan tuala muka dan kembali ke katil. Tubuh yang terasa amat letih ni segera aku baringkan atas katil, tanganku masih memicit dahi. Erna Nabilla menghampiri, ditangannya ada sebotol kecil minyak Cap Kapak dan dihulur padaku. Aku cuma gelengkan kepala. Kakakku merengus dan dia mula menyapu minyak itu ke dahiku dan memicit lembut.
"Siapa?" tanyanya
"Adam dan Azam... mereka ingat saya ini patung ke atau anak kucing yang boleh main passing passing. Mereka ni ingat saya batten dalam lumba lari 4 x 100 agaknya?"
"Dik, kakak tak faham. Terang pada kakak satu persatu, okey!"
"Susah susah kakak saja yang bercinta dengan Azam. Saya tak mahu. Saya tak mahu Adam ataupun Azam! Okey!!!"
Wajah Erna Nabila kelihatan terganggu dengan kata-kata si adik walaupun dia tahu adiknya cuma bergurau kerana geram dengan keadaan yang dia hadapi.
"Masalahnya Azam tak cintakan kakak," bisik Erna Nabilla.
"Hah! Apa kakak cakap?" suara aku dan memandang kakak.
"Nothing... bertenang okey. Sabarlah. Kau dah ada keputusannya so pegang keputusan tu. Bertenang... hal sebegini kita perlu banyak bersabar."
"Sabar... hmm... sabar."
Erna Nabila memelukku, dia turut mengeluh bersama aku.