6

4 0 0
                                    

                       Aku agak awal hari ini. Sambil meletakkan motor kesayanganku itu, aku menoleh. Nampaknya mamat rambut landak itu belum muncul, nampaknya dia lambat hari ni. Aku melangkah ke arah lif, hari ni aku ada kelas EDU. Aku menekan butang lif, telefon bimbitku bergetar.

"Hello, hmm...aku nak naik lif ni. Tunggu ajalah aku kat kelas, okay!" suaraku. Klik! Talian mati, aku dengar bunyi deheman segera aku menoleh. Wajah tu tersenyum, aku merengus.

"Awal awak hari ni? Hmm...lawa T-shirt awak ni. Awak minat kumpulan ni ke?" tanya lelaki itu bertubi-tubi. Kami melangkah masuk ke dalam lif sebaik saja pintu lif itu terbuka. Aku mengomel sendirian, kalau ikutkan hati mahu saja aku sumbatkan kaki aku ke mulutnya. Aku berdecit.

"Saya tak sangka awak pun masuk kelas MGT. Tapi saya ingatkan awak tak ambik subjek tu. Oh lupa pulak, saya..." suaranya. Aku renung nombor lif ni, seakan begitu lambat bergerak.

"Boleh tak kau diam! Saya tak berminat nak kenal dengan kau, mamat landak!"

Aku dapat lihat dia memegang rambutnya, dia ketawa kecil. Gila agaknya mamat ni? Kasihan, muda-muda dah gila. Aku tidak memperdulikan dirinya, tak kuasa aku nak pandang wajahnya, kalau dipandang entah apalagi soalan yang keluar. Dia ni nak ke mana sebenarnya? Takkan dia ikut aku, kalau dia ikut aku untuk tujuan jahat nampaknya adalah orang nak merasa sepakan maut aku. Ting! Pintu lif terbuka. Aku segera melangkah dan dia turut melangkah sama. Aku berhenti dan menoleh, ini dah kira melampau.

"Awak ikut saya ke? Kenapa awak ikut saya? Nak rasa sepakan maut saya ke???" suaraku separuh menjerit, orang yang lalu lalang di situ menoleh memandangku. Dia tersenyum, aku dapat lihat wajahnya merona.

"Taklah, saya nak hantar kertas kerja saya ni. Jangan marah..." ujarnya dan melintasi diriku. Aku telan air liur, malunya... aku kerling, mereka semua ketawakan aku. Segera aku berlari menuju ke kelasku.

"Kenapa pulak ni? Termengah-mengah macam kena kejar anjing gila?" tanya Korin. Jai turut mengangguk.

"Malu! Malu! Malu!"

Jai memandang Korin, mereka menjungkitkan bahu. Mahu tak mahu terpaksa aku menceritakan padanya mengenai apa yang dah terjadi tadi. Mereka bantai ketawa je, mereka berdua ni memang nak kena dengan aku. Korin mengeluh.

"Kau pun Fia, main sergah je! Memang padan pun kau!"

"Janganlah perli aku saja. Korang memang suka buli aku tau!"

Korin ingin berkata sesuatu namun terhenti bila pensyarah masuk ke dalam bilik itu. Bilik yang tadi bagai tongkang pecah senyap sekali. Korin menoleh ke arah temannya. Pensyarah baru sahaja buka mulut bila seseorang mengetuk pintu. Semua mata tertumpu di pintu kelas. Aku terkejut...

"Aku rasakan lelaki tu nak jumpa kau?" Jai bersuara. Aku merengus.

"Adam!!!" bisik Korin menusuk masuk ke cuping telinga kiri aku. Aku telan air liur dan memandang tepat ke pensyarah, aku harap pensyarah tidak benarkan aku keluar. Berkali-kali aku doa agar aku tidak perlu bercakap atau apa saja dengan lelaki itu. Lelaki itu mendekati pensyarah dan berbual seketika, aku lihat pensyarah mengangguk.

Pensyarah menoleh ke arahku dan dia menyuruh aku keluar kerana koordinator ingin bertemu dengan aku. Aku pandang wajah mamat landak, benci aku dengan senyumannya itu. Kenapalah Encik Safuan suruh dia cari aku..? Macam tahu-tahu pulak orang tua tu yang aku bencinya. Aku mengeluh dan kami beriringan..

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now