39

1 0 0
                                    

                     Aku melangkah masuk ke dalam restoran makanan segera itu, aku mencari wajah lelaki itu. Dia melambai... segera aku mendekatinya.

"Kenapa, sayang? Tadi macam cemas je? Sayang pun tahu kita tak boleh berjumpa selalu?"

"Orang tahu? Tapi, urgent!" suara aku. Lelaki itu kerutkan dahi... Lantas, aku tanpa disuruh menceritakan segalanya kepada lelaki itu. Aku dapat lihat lelaki itu cukup tenang dengan setiap kata yang aku lafazkan ketika aku menceritakan hal sebenarnya. Aku selesai bercerita dan memandang wajahnya untuk mencari jawapan yang bakal dia katakan. Azam mencapai tanganku, hangat sekali sentuhannya.

"Apa juga keadaannya cinta abang tetap pada sayang. Ingat tu!"

"Tapi, kakak... She'll hate me!"

"No, she wouldn't. Diakan kakak, sayang. Abang pasti dia takkan membenci sayang kerana ini," bicara lelaki itu. Aku masih ragu-ragu, mungkinkah lelaki itu berbicara demikian hanya untuk menyedapkan hatiku.

"Percayalah pada abang..."

Aku membisu dan memandang tangannya yang masih mengenggam tangan kananku. Aku pejam mata dan mengharap apa yang Azam katakan adalah benar. Kenapa mesti begini?

Hari yang ditunggu sudah tiba. Namun, Erna Nabilla tidak mahu sesiapa menghantarnya ke lapangan terbang. Dia hanya menyewa teksi Limo untuk ke sana. Puas mama dan kakak-kakak yang lain memujuk untuk menghantarnya namun dia tetap menolak. Aku mahu menemaninya didalam teksi pun tidak dibenarkan. Puas aku beri alasan, kakak tetap menolak segala usulku. Dia memeluk aku dan menggusap wajahku, aku dapat lihat air matanya. Aku pandang wajah kakak, wajah itu sedih sekali namun bibirnya mengukirkan senyuman. Dia memeluk aku lagi, erat. Aku menangis namun Erna Nabilla menghalang aku dari menangis katanya nanti dia berat hati mahu pergi kalau nampak sesiapa diantara kami menangis. Dia mengusap wajahku lagi dan mengharap agar aku jaga diri dan juga keluarga.

"Fia, ingat... kakak sentiasa sayangkan Fia. Fia, adik kakak selamanya," suara Erna Nabilla, tersenyum. Namun air matanya mengalir laju.

"Kakak..."

Teksi Limo membunyikan hon, Erna Nabilla menoleh dan mengangguk. Dia masuk ke dalam perut teksi. Hanya sekali lambaian dan kereta warna biru itu meluncur pergi meninggalkan laman rumah. Mama menangis dan memeluk Azrina Khalidah, kakak sulungku. Aku kesat air mata yang masih berbaki, tidak boleh begini. Aku meminta izin pada mama untuk ke lapangan terbang. Mama agak keberatan namun membenarkan kemudian, segera aku menelefon Azam agar menemui aku di KLIA. Setahu aku penerbangan kakakku jam sebelas lima puluh malam, tetapi kenapa begitu awal kakakku bertolak. Jam sudah menunjukkan sembilan malam sebaik aku tiba di KLIA, aku memerhati sekeliling nampaknya Azam belum tiba lagi. Kesesakkan jalan raya agaknya, aku mencari kakakku tetapi tidak ku ketemui. Aku melihat papan digital yang menunjukkan masa berlepas dan ketibaan. Malang sekali aku tak pasti flight apa yang kakak naik. Terdapat dua pesawat yang berlepas ke Edinburgh malam ini, pesawat Emirates dan KLM. Keduanya akan bertolak tengah malam nanti. Ke mana agaknya kakakku pergi, mustahil dia sudah masuk ke dalam balai berlepas kerana belum masa untuk check in lagi? Aku mencari lagi, melilau mataku mencari. Tetapi bagaimana nak mencari orang di dalam bangunan besar ini.. Aku garu kepala dan masih mencari, aku hela nafas. Kemudian segera aku capai telefon bimbit dan menekan nombor telefon bimbit kakakku.

"Kakak, di mana?" suaraku.

"Ada di KLIA, kakak depan The Coffee Bean. Teringin pula makan kat sini. Kenapa tanya?" suaranya. Aku ke papan penunjuk untuk mencari The Coffee Bean & Tea Leaf, dimana kakak berada. Aku dah jumpa.

"Saja tanya... Bye!" suaraku.

Azam muncul sebaik saja aku ingin mencari kakakku. Kami segera menghampir restoran makanan segera. Erna Nabila terkejut dengan kehadiran kami, dia segera menghirup kopinya dan bingkas bangun. Aku segera menahannya, dia memandang wajahku dan terus berlalu. Kami mengekorinya dan kakakku menghentikan langkahnya.

"Sudah kakak katakan, kakak tak mahu sesiapa menghantar kakak. Pulanglah..!" suara Erna Nabilla, tinggi.

"Apa salahnya kalau kami menghantar kau, Erna?"

"Kalau aku nampak wajah-wajah yang aku kenali pasti aku berat untuk pergi. Pulanglah, please?"

Erna Nabilla beredar. Aku mengeluh dan memandang tunangku. Kami berlalu dan mengekori wanita itu. Erna Nabilla duduk di kerusi menunggu begitu juga kami, sepanjang waktu itu kami membisu tetapi sekali sekala aku mengerling ke arah kakakku. Aku tahu dia sedih dan tak selesa tambahan dengan kehadiran Azam. Aku melihat jam ditangan... beberapa minit lagi kaunter check in akan dibuka. Erna Nabilla bangun dari kerusi, kami turut bangun. Dia mendaftar masuk segala beg dan kotak untuk dimasukkan ke dalam perut kapal terbang nanti. Masih ada dua jam lagi sebelum penerbangannya. Aku membantunya untuk membuat check in begitu juga Azam.

"Fia, go home, please!" suaranya, merayu dan memandang wajah aku tepat. Dia marah, aku mengerti. Dia pandang wajah aku lagi, matanya sedikit berkaca. Dia merengus dan memalingkan wajahnya. Dia mahu berlalu pergi.

"Kakak, biar saya belanja kakak makan?" ujarku pantas.

Dia memalingkan wajahnya memandangku. Aku pandang wajahnya dan berharap agar dia bersetuju. Dia mengangguk setuju, aku mendekatinya, aku menggenggam tangannya dan kami berjalan beriringan. Azam hanya mengekori kami, agak jauh.

"Saya sayang kakak..." suaraku separa berbisik dan memeluk lengannya.

"I know!"

Erna Nabilla perhatikan jam di tangannya, dia mengeluh. Sudah jam sebelas malam, tinggal lima puluh minit saja untuk aku bersamanya. Kakakku bangun dari kerusinya dan dia berlalu.

"Wait!" ujarku.

"Kakak harus pergi, dik. Beberapa minit lagi kakak akan berlepas."

"Tapi, saya tak mahu kakak pergi. I'm sorry," pintaku.

Dia mencubit pipi kiriku, aku mengaduh kecil. Dia ketawa kecil dan memandangku dengan penuh kasih sayang. Aku telan air liur bila dia membetul-betulkan rambutku. Pedih sekali melihat perlakuannya itu.

"Sorry for what, sayang? Okay, Azam jaga adik aku. This is an order!"

"Erna, sorry for everything. Aku tak tahu kau cintakan aku."

Erna Nabilla terkejut dengan kata-kata Azam, dia memandang Fia Karrina. Air mata yang mengalir dikesatnya segera. Pengumuman untuk ke Edingburh kedengaran.

"Penting sekarang, kau cintakan Fia."

"Please don't go, kakak. I'm sorry..."

"Ini untuk masa depan kakak, dik. I need to go... jangan tahan kakak. Jangan menangis, nanti kakak tak sampai hati. Fia, kakak akan kembali. I promise..."

Genggaman kami terlerai, bibirnya terukir senyuman tetapi matanya mengalirkan air jernih. Dia sudah berlalu ke balai berlepas, aku ditenangkan oleh Azam. Aku kecewa tetapi aku bangga kerana kakak aku tidak berdendam dengan aku. Wanita itu berkorban untuk aku. Dia korbankan cintanya untukku. Saat ini kedengaran lagu kegemaranku bermain-main di telingaku.

Ku tinggalkan memori bersamamu

Ku undur diri bersama

Harapan...
Tidak kesampaian

Cinta kita ku bawa harapan ku pendam rahsia

Ku dikejauhan mendoakan

Agar kau bahgia tiada lagi duka...

Daku rela mengundur diri

Ku pasti dikaukan fahami...


Harapan – Fazli Zainal

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now