2

23 2 0
                                    

Bising bunyi jam loceng di meja, matanya dibesarkan kemudian di pejam kembali. Bunyi bising itu masih kedengaran, memekak. Dari balik selimut tangan kanan aku hulur dan mengapai-gapai mencari punat jam loceng. Payahlah pulak, mana tidaknya kalau mencari tidak pakai mata mana nak jumpa. Tap! akhirnya, senyap pun. Aduh mengantuk sekali! Aku menguap kemudian mengeliat dan menguap lagi. Pintu biliknya kedengaran diketuk kuat bagaikan mahu roboh. Tidak aku pedulikan dan masih mengeliat lagi dikatil. Bunyi ketukan kedengaran lagi dan lebih kuat dari tadi. Itu tidak lain pasti kakak aku yang sorang tu. Ketukan dipintu aku biarkan, nak roboh atau nak terburaikan biarlah. Beberapa minit kemudian, bunyi ketukan pun reda. Aku bangun, duduk di katil. Aku merengus, senyap pun. Jam lapan pagi, aku merengus dan bingkas bangun dari katil. Tangan aku segera capai tuala dipenyidai. Tangan ini pantas memasang pancuran, aku kesejukkan tetapi masih terasa kesegaranya. Baju blause dan seluar jeans Levi's dicapai dan disarung ke tubuh. Longlai kaki menuju ke dapur, kelihatan mama dan Erna Nabilla sedang memasak sesuatu. Dia menghampiri mama dan kakaknya, aroma wangi masakan aku nikmati. Kemudian aku menguap lagi dan menuju ke meja makan.

"Siapa yang ketuk pintu bilik macam nak pecah?"

"Kakak la. Kau tu tidur macam kayu hanyut. Bangun pagi tu liat sangat macam dodol lebih tepung," kakakku mula berleter. Aku kerut dahi, bosan betul kena dengar suara kakak aku ni. Erna Nabilla, itulah kakak aku. Umurnya cuma beberapa tahun tua dari aku. Kakak aku seorang guru sekolah menengah elit di Damansara. Hari ni Sabtu jadi kakak tidak ke sekolah. Itu peluang dia untuk menyusahkan hidup aku pagi-pagi. Apa dia ingat aku tak solat Subuh. Tolong sikit! Aku tajam merenung wajah kakak.

"Tolong jangan berleter pagi hari. Kakak merosakkan hari saya tau tak!" suaraku lantang. Mama memandang aku, namun aku sengaja buat tak nampak akan renungan marah mama itu. Aku yang baru nak menyuap karipap meletak kembali kuih itu ke atas priring.

"Apa hal tu, makanlah?" suara Erna Nabilla meninggi.

"Panaslah. Ah! Lambat dah! Mama, nak pergi dah."

Aku mencapai beg Adidasku dan terus melangkah keluar. Helmet di almari kasut dan kunci motor aku capai dan berlalu keluar. Pintu pagar elektrik dibuka dengan alat kawalan jauh. Hidupkan enjin motor kesayanganku dan segera menunggang motor itu sebelum sempat kakak dan mama bersuara. Aku lega kerana tidak mendengar leteran kakak. Segera aku, menambahkan kelajuan motor kesayangan itu. Motor yang papa hadiahkan sebelum lelaki itu meninggal dunia dua tahun yang lalu.

Pintu gerbang Kolej Tun Bakti kini dihadapan. Pantas aku menunggang motor kesayangan aku ke ruangan meletakkan kenderaan. Aku mematikan enjin dan pantas menongkat motor Ducati 916 kesayanganku. Visor helmet aku tolak ke atas dan aku membuka helmet. Rambutku yang sedikit serabut pantas aku betulkan. Aku memerhati super bike kesayangan aku, aku puas hati hari ini. Motor berkuasa besar yang bisa mencapai kelajuan 257 atau 260 kilometer sejam dan mempunyai enam transmisi kelajuan aku pandang lagi.

"Lewat hari ni?" satu suara menegur menganggu konsentrasi aku, aku menoleh. Seorang pemuda mungkin tua dariku menegur. Aku merengus, turun dari motor dan berlalu. Kasar kan? Tapi aku tak ada masa nak berbual mesra dengan dia. Tetapi, aku sedikit kehairanan. Iyalah, bagaimana pemuda seperti itu boleh belajar di sini kerana setahu aku Kolej Tun Bakti dihuni oleh pelajar dari golongan yang berada dan yang berkemampuan. Lelaki itu bila dilihat melalui karekternya mungkin dari golongan pertengahan. Dari motor Honda C70 cabuk yang dipakai sehingga pada gaya berpakaian terutama sekali gaya rambutnya yang macam tak pernah bersikat. Takkan tak mampu beli sikat? Aku garu kepala, kenapa pulak aku yang susah hati memikirkan tentang mamat landak tu? Mamat landak? Well, gelaran yang bagus untuk dia. Aku jungkit bahu dan aku berlalu ke kelas.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now