29

4 0 0
                                    

                    Azam memandang padang itu, beberapa kanak-kanak kampung bermain di situ. Dia memerhati dengan penuh minat gelagat mereka bermain, dia tersenyum. Dia mengalih pandang ke arah bendang yang mulai kontang, ada beberapa ekor kerbau di situ. Ketika itu dia tenang, dia amat memerlukannya hari ini. Sepanjang minggu ini, jiwanya sedikit kacau bilau serta fikirannya tidak tenteram. Dia membetulkan duduknya. Azam menarik nafas panjang... dia melangkah perlahan-lahan pulang ke rumah neneknya. Dia sudah tiba dihalaman rumah itu, matanya dapat melihat wanita itu baru meletakkan sesuatu di pankin kemudian kembali ke dalam rumah. Azam berhenti melangkah, dia memandang rumah itu. Motor tua Tok Teh tiada disitu, barangkali atuknya ke pekan mencari barang. Matanya di hala ke langit, cuaca terang sekali. Dia mengeluh dan melangkah menghampiri pankin.

"Kenapa cucu Wan ni?" suara wanita itu setelah melihat cucunya pulang, dia melihat wajah cucunya redup sekali. Azam diam, tidak menjawab. Dia melabuhkan diri dipankin, dilihat wanita itu sedang mengupas buah-buah pinang. Tangan Azam mencapai sebiji buah pinang itu, dibeleknya kemudian diletak kembali ke dalam besen itu. Wajahnya ditundukkan, selipar yang dipakai menguis tanah. Wanita itu tidak mengerti dengan keadaan Azam yang selama hari ini ceria tetapi tidak hari itu.

"Cu, kenapa ni? Sakit?" tanya wanita itu lagi, namun tiada respon dari cucu sulungnya. Wanita itu berhenti mengupas, dia memandang wajah Azam. Dia tidak mengerti.

"Kamu bergaduh dengan adik kamu?"

"Tak?" ringkas, dia memandang rumah neneknya. Sengaja dia tidak memandang wajah itu, sekiranya dia memandang wajah itu pasti wanita itu boleh membaca apa yang terpahat diwajahnya.

"Kamu ada masalah besar ke? Selalunya kamu beritahu pada Wan atau Tok, tetapi kenapa tidak hari ni?"

Azam tunduk. Dia melihat neneknya mengupas kembali buah-buah pinang itu. Dia memerhati rumah tua itu, pandangannya mengalihkan pandangan ke kereta miliknya yang ada dilaman rumah.

"Wan, Am balik KL malam ni juga."

Wanita itu terkejut, tangan tuanya berhenti mengupas pinang-pinang itu. Wanita itu memandang cucunya yang sudah mulai bangun.

"Kamu kenapa, Am? Wan tak pernah tengok kau macam ni? Pagi tadi kamu kata nak cuti sampai Isnin, alih-alih nak balik malam ni?"

"Am, teringat ada kerja yang kena Am bereskan. Lagipun Adam tak tahu Am balik ke sini?" ujar lelaki itu dan beredar masuk ke dalam rumah. Wanita itu mengurut dadanya, dia tidak mengerti. Hatinya berdoa agar tiada yang buruk berlaku kepada kedua cucunya.

Erna Nabilla membetulkan cermin pandang belakang, alat penghawa dingin diperlahankan sejuk pula malam ini. Radio tidak memainkan lagu yang menarik, pantas tangannya menekan butang dan pantas sahaja radio itu membisu. Dia menyesal kerana tidak mengajak Fia Karrina bersama, kalau tidak pasti tidak sesunyi ini. Kereta miliknya tersentak, gadis itu terkejut. Dia memerhati meter di dashboard, normal. Dia memandang cermin pandang belakang, risau jika dia telah melanggar sesuatu. Tetapi tiada bukti yang dia melanggar apa-apa. Fia Karrina telan air liur. Kereta itu tersentak lagi dan semua lampu-lampu didashboard tidak berfungsi dan kereta itu mula berhenti. Erna Nabilla merengus. Dia memulas kunci kereta namun tiada bunyi yang dihasilkan, dia mencuba lagi dan masih sama. Gadis itu memandang sekeliling, gelap. Erna Nabilla merengus, keretanya buat hal pula. Dia menghentak stereng beberapa kali. Jam di tangan menunjukkan jam sebelas malam, sepatutnya dia balik awal dari reunion dinner tu. Ini semua salah teman-temannya yang lain memujuknya untuk tinggal, itupun dah kira awal dia pulang. Erna Nabilla memutar kunci keretanya sekali lagi, enjin itu tak berbunyi langsung. Telefon bimbit Motorola di capai, dia terkejut bila di skrin tertulis NO COVERAGE. Selama hari ni tak macam ni kenapa pula hari ni macam ni. Betul-betul malang hari ni... sudahlah kereta rosak, telefon pula begini. Dia menjerit kecil, dilihat jam ditangan hampir sebelah setengah malam. Dia memandang sekeliling, kawasan hutan dikiri jalan dan kawasan lapang di kanan jalan. Erna Nabilla telan air liur. Macamana dia boleh tak perasan masa dia lalu sini... Kalaulah dia tahu ini yang berlaku pasti dia tak lalu disini walaupun jalan ini merupakan jalan pintas, jarak dari tempat tadi ke rumahnya kurang satu jam. Setelah menarik picu, Erna Nabilla keluar untuk membuka hud keretanya. Dia ketawa kecil, apalah yang dia tahu mengenai kereta kalau pegang kapur dan pemadam tahulah dia. Gerimis tiba-tiba menyirami, dia mendongak.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now