Hari ini aku hanya menghabiskan masa dirumah, aku termenung di ruang tamu. Aku tidak pasti apa yang harus aku lakukan. Aku berdecit, aku rasa dah macam-macam mimik muka yang sudah aku buat... Kalau ler mama perasaan...
"Kau kenapa, Fia?" Tak habis lagi ayat, mama sudah pun bersuara. Nampaknya, mama sudah perasan. Aku menoleh, mama duduk disebelah aku. Perlukah aku berterus terang dengan wanita itu. Fahamkah dia nanti jika aku memberitahunya? Aku membisu cuma, tunduk.
"Apa yang kau rahsiakan sangat? Ceritalah pada mama... Fia, mama tak pernah tengok Fia macam ni. Berat sangat ke beban masalah tu? Hal study atau hal peribadi?" tanya mama lagi. aku nak beritahunya namun tak tahu apa yang perlu aku katakan dan ayat apa yang perlu aku gunakan.
"Mama, biar Erna cakap dengan dia."
Erna Nabilla duduk disisiku. Kakak aku cuma membisu, aku menoleh kearahnya. Apa yang dia cuba lakukan? Dia ni nak cakap dengan aku atau nak membisu saja atau saja nak menyakitkan hati aku? Aku mengeluh dan memandang wajah kakakku.
"Kakak kalau tak nak cakap apa-apa jangan dekat orang la?"
"Dekat orang? Orang mana?" suaranya.
Aku menarik nafas, ternyata sekali wanita itu mempermainkan aku. Lantas, aku berlalu menuju ke buaian. Dia masih mengekori dan memandang wajahku. Dia masih buat poker face... ni yang hangin ni!
"Hey! Orang ada masalah tau tak?"
"Masalah orang lain kakak tak nak dengar tapi kakak nak dengar masalah kau?"
Aku memandang wajah kakakku tepat, she's so annoying. Aku bangun dari buaian dan menuju ke bilikku. Sebelum sempat aku menutup pintu bilik, dia menerjah masuk.
"Boleh tak kalau, Fia nak bersendirian? Atau itu pun nakkan kebenaran kakak?" ujarku. Dia berdehem, wajah kakakku sedikit berubah namun wajahnya tenang kembali. Dia ketawa kecil, cukup menjengkelkan.
"Let me guess? Fasal Adam ataupun Azam Lokman?"
Aku duduk di birai katil dan merebahkan diri ke atas katil itu. Tekaan kakakku 100% benar sekali. Erna Nabilla turut rebah disisi.
"Kau suka kedua-dua mereka dan mereka berdua sukakan kau? Kau tak boleh nak pilih dan barangkali salah seorang mahu Fia pilih lawan mereka."
Tepat sekali tekaannya, aku anggukkan kepala. Erna Nabilla ketawa kecil.
"Jadi?"
Jadi? Dia tanya aku, aku pun tak ada jawapannya. Aku merengus. Aku memaling wajah ke arah lain.
"Jadi, adik kakak pilih siapa? Siapa dihati sekarang ni?"
"Tak tahu?" ringkas jawapanku.
Erna Nabilla mengemaskan duduknya diatas katilku. Aku memandang wajahnya, wajahnya serius seperti berfikir. Dia mencapai tangan kananku, aku terpaksa bangun dan berteleku dihadapan kakakku itu. Diletakkan tanganku ke dada kiriku. Aku renung wajahnya, dia ni ingat ni seperti iklan Fair & Lovely ke?
"Pejam mata, selam hati kau. Pejam... sehingga kau nampak wajahnya. Jadi, wajah siapa yang kau dapat lihat?"
Aku fikir sekejap dan memejamkan mata. Erna Nabilla aku menarik nafas dan concentrated. Agak lama juga aku menyelami hati aku. Aku membuka mataku.
"Azam???"
Wajah kakakku sedikit berlainan tetapi dia tersenyum. Dia mencapai tangan kananku lagi dan meletakkannya di dahiku. Aku turunkan tangan, kakakku marah dan meletakkannya kembali.
"Buat macam tadi..."
"Adam?"
Erna Nabilla gelengkan kepala.
"Houstan, we have a problem!" ujarnya dan aku tak faham. Erna Nabilla memandang aku, dia mengangkat keningnya. Aku masih tak faham.
"Kau suka keduanya? Mana boleh jadi macam tu dik?"
Aku tunduk dan memandang ke arah lain. Soalan itu memang aku tak ada jawapannya. Aku hanya mampu mengeluh. Jari kakakku mengalihkan wajahku mengadapnya. Dia memandang tepat wajahku dan menjelajahinya. Mataku terkedip dengan perbuatannya. Dia tersenyum, sinis sedikit.
"Tapi, kakak dah ada jawapannya. Memang kau tak tahu tetapi didahi tu dah tertulis. Seakan-akan di cop di situ..."
"Meaning?" tanyaku, wajahnya aku pandang tepat. Kakakku senyum dan dia berlalu. Aku mengeluh, aku dah agak dia takkan beritahu. Entah-entah sengaja dia tipu, mungkin untuk menyedapkan hatiku ni.