41

3 0 0
                                    

                      Erna Nabilla duduk dikerusi yang paling belakang dan berhampiran tingkap, duduk dan meletakkan fail-failnya di atas peha. Erna Nabilla mengerling sekeliling, hanya dia sahaja gadis Asia di dalam bas itu. Hampir setahun dia di Herriot-Watt dan dia sudah lali dengan keadaan itu. Erna Nabilla memerhati jalan-jalan menuju ke kampus dari atas Lothian Bus. Dari pusat bandar ke kampus mengambil masa hampir satu jam. Dia lega pengajian linguistik yang diambil untuk kursus Sarjana tidaklah terlalu membebankan. Pada mula agak kekok kerana hanya dia pelajar Melayu yang mengambil pengajian tersebut di Heriot-Watt Universiti. Dia melangkah masuk ke School of Management & Languages, fakulti ini berada di Department of Languages & Intercultural Studies. Beberapa temannya muncul dan mengekori ke dewan kuliah. Mereka begitu baik sekali dan tidak melayannya sebagai orang asing. Dia gembira disitu, kenangan-kenangan di Malaysia ditinggalkan sebaik saja kakinya mencecah kaki di Edinburgh. Dia tekun memerhati pensyarah dihadapan memberi ceramah dan teori mengenai pelajarannya hari itu. Erna Nabilla mengerling orang di sebelah, lelaki berbangsa Korea turut menyalin nota. Dia senyum, menarik nafas panjang dan melepaskannya segera dan menyambung salin nota dan juga mengambil butir kata-kata pensyarah.

"So, did you finish the assignment?"

Erna Nabilla menoleh dan mencebik mukanya. Seorang gadis barangkali muda darinya muncul disisi. Gadis berbangsa Scotland membetulkan rambutnya yang tersangkut di jaket, disisinya muncul seorang pemuda berbangsa Irish tetapi dibesarkan di Leicestershire, England diikuti dengan seorang lagi gadis yang merupakan anak jati Edinburgh. Gadis itu sibuk membetulkan skaf Aaron Pebblenya dari benang bulu Merino yang ditiup angin.

"Are you going to finish it today?"

Erna Nabilla berdecit dan menghela nafas. Dia memeluk erat fail di dalam pelukkan, maklumlah tak tahan sejuk walaupun memakai mitten di kedua tangannya.

"I don't think so... a bit hard the topic was. Maybe I will postpone it a bit... a day or two."

"Good for you... so do you need a study group for the test?"

Erna Nabilla berfikir sekejap dan memandang wajah teman-temannya. Anggukkan yang diberikan mengembirakan ketiga-tiga temannya.

"We'll come to you house at eight and then we have dinner at one Pakistani restaurant near you house."

"Well, I think I can cook something for you? Maybe my hometown dish!"

"Great, so eight pm then. Okay, see you..."

Mereka bertiga begitu teruja mendengarnya. Mereka minta diri untuk pulang ke destinasi masing-masing. Erna Nabilla memandang mereka yang berlalu meninggalkannya. Dia merangka apa yang perlu dia masak untuk mereka. Dia mengeluh... Erna Nabilla membuat mimik muka, dia sudah dapat ide yang bagus untuk memasak sesuatu. Tetapi, sebelum itu dia mahu ke St Margaret Loch. Dia perlu melihat angsa-angsa yang sering ada disitu, setiap petang selepas kuliah dia akan ke sana untuk memberi makanan kepada angsa-angsa tersebut. Entah, sebagai penghilang stress fikirnya. Perjalanan dengan teksi tidaklah lama cuma mengambil masa hampir dua puluh enam minit. Teksi yang dia naiki berhenti dan dia turun kemudian melangkah menuruni tangga batu menghampiri tasik itu di bahagian selatan boleh lihat Arthur's Seat. Tak pasti kenapa dipanggil begitu kerana kata mereka ianya tak ada kena mengena dengan King Arthur. Entahlah! Roti-roti dan bijiran yang ada di dalam begnya dikeluarkan. Beberapa ekor angsa sudah pun mendekatinya seperti mereka sudah mengenalinya. Mungkin juga, hampir setahun dia disitu dan itu rutinnya setiap petang sebelum pulang ke rumah. Dia tenang di sini... dia akan berjalan di sekitar taman itu dan mengenangkan segalanya, dari hal keluarganya dan tentang pelajarannya. Ada pemuzik jalanan disitu, Erna Nabilla berhenti untuk mendengar kemudian berlalu. Dia membetulkan kotnya, cuaca sedikit sejuk memandangkan dua bulan lagi akan mencecah bulan Disember. Dia mahu melihat monumen yang dibina pada 1816 khas untuk Perang Napolionic yang terletak di Calton Hill di bahagian timur bandar Edinburgh. Ciri-ciri Yunani jelas kelihatan., walaupun sudah setahun dilihat monument itu, dia tak pernah jemu. Erna Nabilla meniti tangga untuk kembali ke St Margaret Loch. Dia harus pulang, nanti tak sempat untuk dia bertemu dengan teman sekuliahnya. Jam sudah lima petang, tinggal empat puluh lima minit sebelum matahari terbenam. Rambutnya yang dilepaskan menari-nari mengikut rentak langkahnya. Walaupun dia memakai kot dan juga sweater serta mitten dari benang bulu kambing dia masih kesejukkan. Hari ini cuaca sedikit sejuk, kalau tak salah lebih kurang 10°C dan seakan-akan mahu hujan Langkah dilajukan namun kemudian terhenti, dia tak dapat bergerak. Wajah di hadapannya diperhatikan, dia tak terkata seakan tidak percaya apa yang dia lihat. Mereka bertentangan mata agak lama, orang dihadapannya seakan ingin menghampiri. Namun, dia hanya berlalu melepasi orang itu.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now