Aku menanti sekiranya ada sebarang kenderaan yang akan lalu disini untuk aku pulang rumah. Rasanya dah terlalu lambat, kalau lambat lagi tentu kakak bising tak pun mama yang akan berleter sehingga ke malam. Tak larat nak layan nanti. Kalau aku naik motor kesayangan aku tu pasti dah lama sampai... Aghhh!!! Rasa macam nak jerit saja. Teksi ni pun buat hal juga ke? Mana pula teksi ke bas ke, kereta sapu ke??? Aku bakar bus stop ni karang, baru padan muka aku! Aku pandang kanan dan kiri. Pelik manalah kenderaan-kenderaan awam ni? Rasanya banyak. Aku lihat jam ditangan kananku. Hmm... kakak aku pula busy... Dia ni... waktu macam nilah busy pula. Aku pegang dahiku dan menggelengkan kepala. Aduh! Panasnya. Ni semua Erna Nabilla punya fasal, paksa aku pakai skirt macam ni lepas tu tak bagi aku tunggang motor, sekarang pula tak dapat ambil aku. Busylah konon. Siap dia, balik nanti aku gigit hidung dia. Aku menoleh bila mendengar bunyi deruan enjin, rasanya bunyi enjin motor berkuasa tinggi. Tentulah aku kenal bunyi macam tu, aku pun adakan? Sebuah motorsikal berkuasa besar berhenti didepanku. Aku tengok motorsikal itu, kalau tak salah aku ini motorsikal BMW K1300 S. Aku telan air liur, dia berhenti depan aku?
"Hello... nak tumpang?"
Aku kecilkan mata, siapa agaknya orang yang berani ajak aku naik motor dengan dia ni. Mujur aku pakai skirt, kalau tak siap kau aku belasah sampai lembik. Cubalah buka visor tu kalau nak sembang dengan orang, visor pula bercermin gelap. Dia nak apa dengan aku, takkan nak tanya arah kot. Sebab tadi dia ajak aku tumpang dia. Sah orang jahat ni! Alamak orang jahat!!! Mati aku!!! Kan, bagus kalau aku pakai seluar hari ni... Ya ALLAH! Aku pandang kiri kanan, tiada orang disini. Kalau ada pun mereka tak peduli akan aku. Matilah aku!!!
"Jangan cemas, sayalah!" suara orang itu dan membuka visor. Aku beliakkan mataku. Adam Lokman?
"Adam, apa awak buat kat sini? Eh! Sejak bila awak tukar motor pula ni? Selalu..." Aku berhenti bersuara bila aku dengar lelaki itu berdehem dan ketawa. Aku renung lelaki itu. Matanya!
"Awak bu... bukan Adam?"
Lelaki itu senyum dan gelengkan kepala.
"Awak salah orang, saya Azam. Kawan kakak awak?"
Aku telan air liur, malunya aku. Salah orang lagi. Mereka ni seiras sangat mesti aku tersalah teka, mujur aku tak keluarkan suara supersonic aku.
"Marilah saya hantar awak balik? Lagipun, saya memang nak lalu disitu?"
Boleh percaya ke dia ni?
"Tapi... saya. Saya tak kenal awak?"
Azam Lokman ketawa. Aku merengus, dia gelakkan aku. Nanti aku belasah baru tau!
"Sorry! Okey, awak tunggu sekejap?"
Tunggu sekejap? Apa maksud dia, tunggu sekejap? Dia nak dukung aku atau nak gendong aku dan letakkan aku atas motor tu. Kerja gila tu? Azam Lokman berlalu, dia memecut motornya. Ke mana pulak dia nak pergi, tak patut betul dia tinggalkan aku kat sini. Aku memandang dia terkulat-kulat. Teruk tul! Ish! Cancel jadi pakwe. Eh! Iya ke, dia ni pakwe aku ke? Aku ketawa kecil, aku pandang keliling. Mujur tak ada orang dengar, kalau tak malunya! Pasti ada yang kata aku gila... Aku garu kepala dan tengkukku, berapa lama nak tunggu ni?
Bunyi hon kereta kedengaran, badan aku bergerak sedikit kerana terkejut pantas aku menoleh. Sebuah BNW 7 series F01 hitam mendekati aku, siapa pula ni?
"Hai... marilah naik. Saya hantar awak balik," suara lelaki bernama Azam Lokman. Dia sanggup tukar motor berkuasa besarnya kerana aku tak mahu naik motorsikal. Aku menjengah ke dalam menjenguk mencari wajah Azam Lokman.