Adam beriringan melangkah masuk ke dalam lobi KLIA, disitu dia dapat lihat beberapa lagi orang yang turut mengikuti rombongan untuk ke Itali itu. Setelah selesai check in, Am mendekati beberapa temannya untuk bertanyakan sesuatu, diseluk poketnya untuk memastikan segalannya ada didalam poket. Dia memandang adiknya kembarnya.
"Nanti cakap pada Wan dan tok yang Am pergi kursus kat luar negara. Jaga Wan dan tok masa abang tak ada?"
Adam mengangguk. Kedengaran pengumuman untuk berlepas kedengaran. Adam bersalaman dengan abangnya dan mereka berpelukkan.
"Ingat jangan ponteng kelas..?"
"Kalau nak pakai kereta abang, pakailah. Tapi jangan lupa isi minyak."
"Banyak betul pesanan penaja. Tahu.. ingat. Okey,jangan risau!"
"Abang tahu kau ingat. Tapi tanggungjawab seorang abang ialah menjaga adiknya."
Adam ketawa kecil dan mengangguk. Mereka berdua berpelukkan sebelum lelaki itu melangkah pergi. Adam mengeluh melihat abangnya dan melambai ke arah abangnya yang sudah melangkah ke tangga bergerak untuk ke arah imigresen.
Adam melangkah keluar dari bangunan itu. Dia memandang sekeliling, ramai orang keluar masuk dari bangunan itu. Adam mencapai kunci kereta BMW F01 milik abangnya dari poket seluar dan melangkah lemah ke arah lapangan letak kereta. Dia memandang kereta itu, sudah lama dia tidak memandu kereta abangnya. Dia masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjinnya. Dia bersandar di ruangan pemandu, angin dingin dari alat penghawa dingin menerjah wajahnya. Dua bulan abangnya tiada disisi, pasti dia akan merindui lelaki itu. Adam memandu kereta itu pulang ke rumah, dia memandu tenang. Dia membrek, membebaskan klac dan menarik brek tangan. Dia bersandar, dia sudah sampai dirumah. Malas sekali dia mahu keluar dari perut kereta, enjin kereta dimatikan. Dia melangkah masuk ke dalam rumahnya, terasa sunyi kerana abangnya tiada dirumah. Dia mengeluh, alat penghawa dingin dikuatkan kerana kepanasan. Adam bangun dari sofa, dia melintasi potret keluarga di dinding ruang tamu. Sliding door di tolak, dia memandang langit jelas kelihatan awan hitam berkumpul. Adam pasti hujan akan turun sebentar lagi. Dia memerhati lagi awan hitam itu. Dia menguap dan berlalu ke dapur. Walaupun abangnya sentiasa kerja luar negara, entah kenapa hari ini dia rasa begitu sepi.
Aku memerhati sekeliling, wajah Adam tak kelihatan. Sejak kejadian hari itu, wajah Adam menganggu aku. Puas aku cuba untuk tidak mengingati lelaki itu tetapi tak dapat. Aku mengeluh, ini bisa jadi masalah. Aku perhati jam, sebentar lagi aku ada kelas MGT dan entah kenapa hari itu aku amat berharap wajah Adam dapat aku pandang. Ya ALLAH, aku dah angau ke? Oh Tidak!!! Aku tepuk dahiku sendiri, mulut aku berkumat kamit tapi aku pun tak pasti apa yang aku kumat kamitkan. Ni dah tak waras ni!!! Jai dan Korin yang entah dari mana muncul dan duduk dihadapan aku.
"Fia, kau ni aku tengok dah lain sangat? Kenapa?" tanya Jai tiba-tiba. Pantas aku mengangkat wajahku dan memandang Jai yang sudah pun dihadapan aku. Aku terkejut dengan kata-kata lelaki itu. Aku pandang Korin dia mengangguk, mengiyakan kata-kata Jai. Aku dah lain? Lain yang macamana? Aku rasa aku masih macam dulu? Rasanyalah.
"Kau dah banyak menung. Kau pun dah tak berapa ganas... Kau pun dah tak naik bike kesayangan kau sangat!"
"Mama aku tak gemar aku naik bike tu? So, aku kena ikut cakap dia juga?" jelas aku.
Korin dan Jai berpandangan sesama sendiri.
"Jarang kau dengar cakap mama kau jika berkaitan dengan bike kesayangan kau tu!" suara Jai. Aku terkedu.