Aku melihat ke semua motor di situ, tiada motor Adam. Lelaki itu tak hadir lagi ke? Aku mengeluh, sebenarnya seronok juga bila terasa getaran di hati. Tetapi getaran yang masih terasa sehingga hari ini ialah tika aku berjumpa dengan kawan kakak tempohari. Biar betul! Lelaki itu pun kelihatan seperti mengambil kesempatan memandang aku. Takut juga dengan cara dia memandang aku hari itu, bagaikan mahu ditelannya aku hidup-hidup.
"Aduh! Orang panggil pun dah tak dengar?" suara Korin. Aku menoleh.
"Apa yang sedang kau fikirkan, Fia? Jarang kau begini?"
Aku mengeluh, macamana nak cakap dengan mereka ini tanpa menimbulkan syak atau gosip.
"Aku terfikirkan sesuatu. Nah! Disket kerja kita, aku tak sempat nak printkan."
Korin berdecit.
"Aku tahu dari raut muka kau tu aku dah boleh membacanya."
Aku batuk kecil.
"Amboi dah jadi Nujum Pak Belalang ke? Hebat? Okay kalau kau boleh baca sila tafsirkan?" suaraku kepada Korin.
"Kau berfikir fasal Adam, kan? Kau nak pastikan Adam yang datang ke rumah kau semalam? Serta kau sedang fikir kenapa Adam masih tak tiba lagi?"
Jai menepuk tangan, aku terkedu.
"Kelu lidah kau?" Jai menambah.
"Aku hanya nak tahu macamana dia kenal dengan kakak aku. Pelik."
"Aku rasa mereka kembar. Tapi..." suara Jai.
"Kenapa?" tanya aku, hairan juga dengan kenyataan Jai.
"Hemm... to be continue, lecturer dah masuk."
Aku merengus marah dan memaling muka memandang papan putih. Hari ni mood untuk belajar sedikit kurang. Dalam kepala aku ni, macam-macam teori keluar mengenai Adam, kakak aku dan juga aku sendiri. Aku rasa teori-teori dalam otak aku ni lebih hebat dari E=Mc²atau teori Newton tentang graviti. Aku mengeluh, payah macam ni. Tak mengapa nanti aku jumpa Adam akan aku tanya fasal ini. Tapi... Ish! Kenapa aku yang pening memikirkan hal ni? Agh!!! Hari ni seratus peratus konsentrasi aku tidak ditumpukan pada papan putih, seandainya aku ditanya oleh pensyarah pasti aku tak dapat jawap pertanyaannya. Hairan juga, apa dah berlaku takkan kerana kehadiran Adam ke rumah aku dan kerana dia kawan kakak terus aku jadi tonggong macam ni? Aku tepuk dahi... Ceh! Macamlah cara tu boleh keluarkan semua masalah dalam otak aku ni.... Sakit kena tepuk adalah. Hari aku hari ni semuannya serba tak kena. Geramnya aku. Kenapa aku masih fikir hal itu, apa kena mengena dengan aku. Siapa lelaki itu pada aku.
Aku berfikir dan masih berfikir. Sebenar aku pun hairan, sebab aku ni jenis yang jarang berfikir tetapi hari ni aku berfikir tahap melampau. Aduh naik pening kepala ni!
"Kenapa dengan dia ni?" tanya Jai pada Korin. Korin hanya menjungkitkan bahu.
"Kau fikir tentang apa? Aku tak pernah tengok kau sebegini teruk. Tadi dalam kelas pun kau macam ni?" tanya Korin. Jai mengangguk mengiyakan kata-kata Korin.
"La, orang tanya tak jawab plak. Fia???" tanya Jai.
Aku berhenti berjalan dan menoleh ke arah mereka. Aku terkejut dan mereka menoleh ke arah yang aku pandang. Mereka terkedu.
"Azam Lokman?" suara Korin dan Jai serentak.
Lelaki itu tersenyum, Jai bersalaman dengan lelaki itu. Korin yang perasan dengan perubahan wajah aku segera mencuit pinggangku. Aku tersentak dan mengerling marah ke arah gadis itu.