31

2 0 0
                                    

                    Erna Nabilla turun ke ruang makan, aku melihat kakakku itu duduk di kerusi makan. Dia sedikit lesu, wajahnya masih pucat.

"Mama, nak makan?"

"Nak makan apa sayang, tadi kak long datang bawa bubur jagung dengan puding."

"Sup?" ringkas suaranya.

"Sup ikan semalam adalah. Kalau nak makan, mama boleh panaskan?"

Erna Nabilla cuma menganggukkan kepala, dia menampung kepalanya yang masih terasa berat. Erna Nabilla batuk kecil. Aku menghampiri kakakku dan menuang air ke dalam gelas yang ku letak dihadapannya. Erna Nabilla memicit dahinya yang masih rasa berdenyut. Sesekali terdengar bunyi dia mengerang. Aku memandang kakakku, kasihan melihat keadaannya. Sup yang sudah dipanaskan aku masukkan ke dalam mangkuk dan menghidang dihadapannya. Erna Nabilla cuma melihat sup yang terhidang panas dihadapannya. Lambat-lambat dia mencapai sudu dan menjamahnya. Aku cuma memerhati dan berharap agar kakakku segera sembuh. Kedengaran telefon berbunyi di ruangan depan.

"Handphone kakak berdering, please jawabkan untuk kakak."

"Okey!"

Aku melihat diskrin, nama Adam tertera disitu. Hairan juga, kenapa dia telefon kakakku.

"Hello?"

Tiada suara balasan. Mungkin bukan Adam Lokman. Aku masih mendengar tetapi masih tiada suara kedengaran. Telefon kakak rosak ke? Aku mahu beredar menuju ke arah kakakku didapur, rasanya biar kakak yang jawab mungkin orang itu akan bersuara.

"Fia!" Langkahku terhenti. Adam... akhirnya dia bersuara. Dia cam suaraku, tak sangka.

"Iya..." ringkas saja.

Aku dengar bunyi nafasnya turun naik. Pelik?

"Erna, sihat?"

"Sihat, dia tengah makan. Nak bercakap dengan Erna?"

Tiada jawapan dari lelaki itu. Mungkin dia sedang berfikir mahu atau tidak bercakap dengan kakakku.

"Tak mengapa, sampaikan salam saya pada dia."

"Okey..."

"Fia..." suara Adam tetapi suaranya mati disitu. Apa agaknya yang dia mahu tanya padaku.

"Saya nak awak jadi teman saya untuk annual dinner, setuju?"

"Saya tak pasti nak pergi atau tak... tapi..."

"Saya harap awak sudi pergi dengan saya?" tanyanya.

Kakakku muncul, aku segera menyerahkan telefon bimbit itu ke tangannya. Dia bertanya siapa pemanggil itu, namun aku hanya membisu. Aku menoleh sebelum meniti tangga ke bilikku, aku dapat lihat kakakku berbual didalam talian. Aku lihat kakakku sedikit emosi dan sesekali dia mengesat air matanya. Aku meniti tangga, pintu bilikku buka. Aku naik ke tilam, cinta menyusahkan dan membebankan. Benar kata orang, cinta ni adalah pembohongan. Cinta tak bererti, betulkah? Aku ni sedang bercinta ke? Siapa? Adam atau Azam. Aku menuju ke arah cermin meja. Aku berdiri di depan cermin itu. Wajah itu terbias disitu, aku terkejut. Aku menoleh ke belakang, tiada siapa. Aku pandang cermin itu lagi, wajah itu masih terbias disitu. Lantas aku beristighfar dan wajah itu menghilang. Jelas sekali, itulah jawapanku. Aku tenang kembali. Aku menoleh bila pintu bilik terbuka, kakakku muncul. Wajah pucatnya seperti ingin bertanyakan sesuatu. Kami kemudian duduk dikatil.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now