16

2 0 0
                                    

                        Aku meniti tangga, sebenarnya kata-kata Adam Lokman tempohari terasa di minda. Aku ni tak cukup perempuan ke? Rasanya semua sifat perempuan tu ada kat diri aku. Mengeluh saja yang mampu aku lakukan. Lepas tu macam nak minta maaf dengan Azam Lokman. Aku mengeluh lagi. Kusut sungguh! Ada susuk tubuh berdiri disebelahku, aku biarkan saja. Satu deheman kedengaran, tak boleh aku senang ni tentu si Jai. Aku menoleh, terkejut aku rupanya si mamat landak. Aku renung muka dia, dia senyum. Dia ada lesung pipit rupanya, baru perasaan. Baru aku teringat, mamat yang lagi satu pun ada lesung pipit. Aku berdehem, boleh tak kalau dalam sejam aku tak berangan. Aku pandang wajah lelaki itu, kening aku angkat.

"Nak apa?"

"Awak ni tak penat ke asyik marah-marah setiap kali jumpa saya?"

Aku terkedu dengan kata-kata lelaki itu.

"Saya... saya... Ehem! Apa maksud awak?" tanyaku nada suara masih kasar.

Adam Lokman tersenyum dan menarik nafas panjang. Kami beriringan menuju ke lif.

"Taklah, awak macam tak suka jumpa saya? Apa yang dah saya lakukan pada awak, Fia?"

Adam Lokman menyebut namaku. Aku terkedu, selalunya ada saja jawapan yang akan aku luahkan. Tapi tidak hari ni? Aku kehilangan kata-kata. Aku berdecit.

"Saya... saya..."

"Awak ni perempuan, perempuan perlu bersopan santun. Ada masa yang perempuan boleh kasar atau bertegas tetapi tidaklah selalu."

Aku renung wajahnya. Tiba-tiba, wajah mamat landak ni berubah jadi sesuatu yang menyenangkan untuk aku lihat. Aku kerut dahi, wajahnya bersinar-sinar dan kelihatan cukup ikhlas. Aku telan air liur. Apa yang sudah berlaku ni. Aku telan air liur lagi.

"Lagi satu, dari pandangan saya awak ni gadis yang cantik..."

"What!! How dare you!!"

Aku mahu beredar.

"Fia Karina... tunggu!" ujarnya.

Langkahku terhenti dan segera menoleh ke arah lelaki itu. Dia mendekati, aku tak sangka dia tahu nama penuhku. Aku renung wajahnya, hilang rasa marah. Kenapa agaknya?

"Saya ikhlas mengatakan awak gadis yang cantik. Bayangkan kalau awak berambut panjang melebihi bahu atau bertudung dan berbaju kurung atau berskirt. Saya pasti ramai yang terpikat dengan awak, saya pun mungkin akan terpikat dengan awak," bicara lelaki itu. Aku mengerling memandang wajahnya. Lelaki itu tersenyum, mataku alih ke arahnya. Wajah aku panas, berapi-api panasnya dan aku tak pasti kalau wajah aku merah. Bagaikan ada sesuatu kejutan di dada aku. Aku tersentak.

Lelaki itu cuba memikat aku? Aku menggelengkan kepala dan memandangnya. Pantas aku merengus dan beredar dari situ. Aku menoleh, lelaki itu sudah pun menghilang. Aku berhenti melangkah, mata aku mencari kelibatnya tetapi tiada disekeliling. Aku terfikir dengan apa yang dia katakan. Benarkah? Mungkinkah?

"Cik Fia, sejak bila penyakit termenung hinggap pada kau?"

Aku menoleh, Korin dan Jai yang muncul entah dari mana mendekati. Bahu aku mereka sentuh dan aku bagai tersedar. Aku menjungkitkan bahu. Kami beriringan menuju ke cafe.

"Lepas ni kau ada kelas MGT atau tak?" Pertanyaan Korin terbiar sepi. Fikiran aku melayang-layang. Korin merengus.

"Fia... kau dengar tak aku cakap apa?" suara Korin sedikit menjerit. Aku menjelingnya. Aku gelengkan kepala tetapi kemudian mengangguk. Korin memandang Jai dan mereka menggelengkan kepala.

"Kau ni yang mana satu jawapan ni?"

"Ha'ah! Kau ni kenapa?" tanya Jai.

Mereka memandang aku dan memerhati wajahku.

"Aduhai! Sampai berkerut-kerut dahi tu! Apalah yang dasyat sangat tu!" suara Korin antara dengar dengan tak ditelingaku.

"Itulah pasal, aku tengok dia pun lain macam. Korin, aku rasa dia ni tak dengar apapun yang kita cakap ni... Kita ni cam angin berlalu jer."

Aku berdecit, sebenarnya aku terganggu sedikit dengan kata-kata mamat landak itu. Kata-katanya sama dengan kakak aku semalam. Letih betul memikirkannya. Aku bangun dan berlalu.

"Kan, dah cakap... dia tak dengar dan tak nampak kita kat sini. Kurang asam garam!"

Motorsikal berkuasa tinggi aku pakir di porch. Aku dapat lihat kereta Peugeot 207 Sedan dan Audi A5 Coupe milik kakak-kakak aku di laman serta digaraj. Tapi aku rasa mereka datang sendirian tanpa suami dan anak-anak. Pastinya ada sesuatu yang mereka ingin bincangkan dengan mama.. selalunya begitu kalau ada benda yang ingin mereka bincangkan terutama hal office pastinya mereka akan datang untuk mendapat persetujuan atau pendapat mama. Aku melangkah masuk, ruang tamu kelihatan kosong. Pelik, selalunya kalau mereka datang berbincang atau apa saja pasti mereka berbincang di ruang tamu. Aku gigit bibir, barangkali di bilik bacaan. Aku memandang sesekeliling, senyap. Aku mendengar, aku dengar sayup-sayup suara sedang berbincang. Aku pasti mereka semua di bilik bacaan. Aku garu kepala. Kaki melangkah meniti tangga menuju ke bilik. Tombol pintu aku putar, mata aku sudah nampak katil. Helmet aku letak di meja begitu juga dengan jaket. Alat penghawa dingin aku tekan sehingga hampir maksimum. Hawa yang keluar dari alat tersebut dingin dan menyegarkan. Aku duduk di kerusi meja solek dan aku terpandang almari baju, aku mengalihkan badan. Aku tengok almari aku. Nak buka atau tak? Almari tu dah lama tak aku buka... Lama sangat... aku tak pasti baju kat dalam tu masih boleh dipakai lagi. Iyalah... dah lama sangat sampai aku tidak tahu berapa banyak baju yang aku ada. Entah kenapa hari ini, hati aku bagai digembur-gembur rasa nak buka almari ni. Almari saja pun, tapi almari ni lain sikit.Aku bingkas bangun dan menghela nafas. Aku telan air liur, dah rasa macam crita seram pulak. Suspen tiba-tiba. Kunci pintu almari itu aku putar dan pelahan-lahan aku buka pintu almari itu. Aku lihat semua baju-baju di situ, kesemuanya masih kelihatan baru. Selalunya aku pakai baju-baju ni pagi Syawal je, lepas tu... kembali pada jeans, kemeja T saja. Aku lihat tiap-tiap satu baju yang tersangkut kemas. Ia tersusun rapi. Aku capai salah satu baju itu, aku gayakan di hadapan cermin. Aku tak tahu kenapa, tapi kali ni aku rasa lain sangat. Aku pandang cermin tu! Tak percaya pulak. Aku segera menukar baju dan memakai baju kebaya tua ha rengan itu, tak aku sangka baju itu masih muat ditubuhku. Aku bergaya dihadapan cermin, tiba-tiba pintu bilik aku terkuak. Aku menoleh.

"Kak Ngah!!! Eh! Kak Long?" suaraku, sudah terlambat mereka dah nampak aku dengan baju kurung ni. Kak long terus meluru ke arah aku dan memelukku. Impak dari tubuh kak long membuat tubuh aku terdorong kebelakang. Kak Long aku ni dia sedar tak, badan dia tu besar mana. Mujur tak terlentang aku ke belakang. Kakak kedua hanya melihat aku dari muka pintu, dia memeluk tubuh dan tersenyum. Aku terkedu. Kak Long melepaskan pelukannya.

"Lega kak long tengok kau pakai baju kebaya ni, dik!"

"Cantik!" ringkas kata-kata Kak Ngah.

Aku tak tahu apa nak dikatakan lagi... aku terperangkap. Lupa nakberitahu inilah kakak sulung aku. Azrina Khalidah, dia baru 35 tahun dan sudahberkahwin. Sudah dua anaknya, suaminya Wan Zafran kerja di Putrajaya. Kakak akuyang sorang lagi masih merenung aku. Tentu dia pelik? Aku mengeluh. Segera akumenyuruh mereka keluar dari bilik aku... Ini ada harapan jadi berita ni,habislah aku! Ikutkan hati ni, aku tak mahu keluar bilik. Aku renung cermin,memang lain bila aku memakai baju kebaya tua ha rengan. Aku berdecit, itu barukakak sulung dan kakak kedua aku yang tengok belum lagi mama tengok aku tadi,mahu agaknya dia menangis meraung. Mulalah drama nanti dengan cucuran air mata.Itu lagi pening aku nanti. Aku geleng kepala dan segera menyalin pakaian

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now