7

5 0 0
                                    

                     Aku menanti kedatangan Korin dan Jai, manalah mereka berdua ni. Mereka ni kalau buat janji tak pernahnya tepat. Asyik aku aja jadi tunggul menunggu mereka, dah setengah jam aku menanti kedatangan mereka ni. Mereka ni naik bas atau jalan kaki dari Shah Alam ni. Kalau naik bas apasal tak sampai-sampai. Berapa banyak jam la aku kena tunggu ni..! Setahu aku yang selalu jem kat Sunway dan Subang Jaya je. Nak kata waktu lunch dah lepas waktu lunch... Ini yang buat aku geram... Apa kejadah diorang ni, lambatnya. Naik masak aku menunggu kat sini. Aduh!!!! Payah dapat kawan macam ni. Tolonglah!!!

"Oit! Sorry lambat!!! Bas lambat sikit la. Lenguh kaki berdiri...45 minit tu!" suara Korin.

"Korang ni memang tau. Dah naik masak aku menunggu kat sini. Lagi penat."

"Oiii! Perempuan, kami naik bas. Pengangkutan awam, kau naik motor. Kalau drebar bas tu bapak aku atau komponi tu aku yang punya dah lama aku suruh diorang ambik aku aja," suara Jai.

"Iyalah... Dah jangan nak memekak dan jangan nak membebel. Jom!!! Kita tengok show pukul 3 ajalah."

Mereka menaiki tangga bergerak menuju ke PUTRA LRT. Mereka membeli tiket untuk ke KLCC.

"Hey, kau tu kaya. Apa pasal tak nak bawa kereta?"

"Aku lebih selesa bawa motor. Kereta mudah tersangkut dalam jem. Kalau ikutkan hati, aku tunggu kau di KLCC je. Tetapi demi semangat setiakawan aku tunggu juga kat Pasar Budaya tu!"

"Ish! Pompuan ni kalau bab mengungkit serah sahaja pada dia. Mulut tu jaga la," suara Jai.

"Okaylah. Memandangkan kita kawan aku biarkan. Puas hati?" suaraku.

"Tak payah cakap banyak, marilah kita ke tempat yang nak dituju. Nanti lewat apa pun tak dapat." Korin bersuara dan ibu jarinya di tunjuk ke arah seberang jalan.

Aku dan Jai mengangguk cuma dan kami menyeberangi jalan yang sedikit sibuk, kaki aku meniti tangga bergerak untuk membeli tiket LRT Putra. Mataku memerhati sekeliling sekirannya ada wajah yang aku kenali, tetapi sebenarnya kalau boleh aku tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun. Hari ni hari kebebasan aku dari kakak. Kenderaan awam yang aku dan pengguna yang lain tunggu sudah didepan mata, aku melangkah masuk sebaik saja pintu itu terbuka. Hari ini aku bertiga berdiri, malas nak duduk. Lagi mudah berdiri dari duduk. Kami merenung sekeliling, aku dan mereka berdua berbual seperti tiada siapa disekeliling. Kami terus berbual, namun sesekali aku memandang sekeliling memehati tetapi penumpang di dalam gerabak itu tidak memperdulikan kami. Aku cuma tersenyum.

Aku menguap sedikit, rasa letih mencengkam seketika, aku mengeliat. Aku merenung sekeliling dan kami sudah berhenti di perhentian Dang Wangi. Aku lihat Jai dan Korin sibuk berbual berdua. Aku sengaja tidak campur didalam perbualan mereka. Aku perhati jadual perjalanan, ini bermakna tak lama lagi perhentian KLCC akan kami tempoh. Aku melihat wajah-wajah yang keluar serta masuk, pelbagai jenis manusia, kebanyakkannya orang tempatan.Aku turut memerhati orang yang turun naik dari tangga ketika pintu gerabak itu hampir tutup, aku terkejut. Tak sangka apa yang dilihat, pantas aku menghampiri pintu. Mungkinkah. Aku renung Jai dan Korin... mereka tak nampak apa yang aku nampak.

"Ni muka macam cencorot kena sembelih ni kenapa?" tanya Jai, tiba-tiba.

"Apa pula cencorot!" suara aku.

Jai ketawa kerana dapat mengusik aku, aku menarik muncung.

"Tu! Apa yang kau tengok, Fia?" tanya Korin, dia turut menghampiri dan melihat keluar.

Aku jungkitkan bahu dan mengecilkan mata. Entah, tapi rasanya apa yang aku tengok tu tak betul. Aku gelengkan kepala, nanti tak fasal aja kena ejek dek dua ekor ni. Pintu gerabak untuk PUTRA LRT terbuka. Kami bersama penumpang yang lain turun. Aku dan mereka berdua memijak tangga bergerak untuk ke tingkat atas. Kami masukkan tiket ke dalam slot pintu dan kami terus berjalan menuju ke pusat membeli belah di bangunan berkembar itu. aku membisu, kenapa aku teringat wajah yang aku nampak tadi.

"Jom kita pergi makan. Minah ni sah nak diet. Badan pun kerempeng nak diet lagi."

"Bila masa aku diet pandai je. Macam ni kau kata kerempeng, Jai. Mata kau ni memang rosak ler," suara Korin. Aku gelengkan kepala. Bau muffin dan roti menyusuk kalbu. Memang benar, aku pun terasa nak makan.

"Kita pergi Burger King aja la. Aku teringin nak rasa Burger King."

"Ala KFC la."

Korin dan Jai mula bertelagah, mereka mula dah. Tak boleh dibiar nanti panjang cerita. Aku berfikir sejenak.

"Dahlah, penat aku dengar."

"Tapi aku teringin Burger King," suara Jai.

"Okay, biar aku buat keputusan. Sorang beli KFC, sorang lagi beli Burger King. Tapau makan kat taman, dekat dengan air pancut tu. Waktu macam ni best lepak sana, tambahan tak hujan."

Korin dan Jai mengangguk, macam biasa akulah penyelesaian untuk masalah kalau mereka bertekak berdua.

"Kalau aku tak ada... macamana korang berdua ni?"

Korin segera peluk aku. Aku mengeluh dan kami menuju ke tempat yang sepatutnya dituju.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now