23

2 0 0
                                    

        Aku melangkah keluar bila ada suara salam kedengaran. Korin dan Jai aku jemput masuk, agak banyak buku yang mereka berdua bawa. Mama muncul dan mereka berdua menyalami mama.

"Kami dibilik bacaan, okey. Mama suruh kakak buat puding... please!"

"Kamu ni... tengoklah," suara mamaku. Aku senyum dan berlalu ke bilik bacaan. Beberapa botol minuman aku bawa dan serahkan kepada mereka. Kami pusing pening untuk membuat kertas kerja itu. Aku baringkan diri di sofa yang ada di bilik bacaan itu. Jai menguap. Korin mendekatinya. Aku lihat ada kelainan di antara mereka berdua. Aku kerut dahi dan gelengkan kepala.

"Aduh! Kenapa tak dapat lagi isi untuk assignment ni. Baru tiga je isi... agh!" suara Jai separuh merengek. Pintu bilik bacaan diketuk, kakakku menjengah.

"Ini kenapa macam orang frust je ni..?"

Dia melangkah masuk dan ada dulang ditangannya. Aku senyum, dia buat puding macam yang aku minta pada mama tadi.

"Kak, tolong kami bagi isi untuk kertas kerja kami ni?"

"Apa pula minta kat akak... buatlah sendiri."

"Kami tak ada ide untuk isi kertas kerja ni. Buntu pula tiba-tiba," jelasku dan mengambil satu mangkuk puding itu. Erna Nabilla memerhati semua maklumat yang ada di situ dan diperhatikannya. Erna Nabilla kerutkan dahi, dia seperti memikirkan sesuatu dan memandang adiknya.

"Dalam buku ini mungkin kamu boleh gunakan untuk buat kertas kerja. Apa bendanya, sorry kakak takkan beritahu korang. Carilah sendiri... yea!"

Mereka berdecit, Erna Nabilla ketawa dan berlalu. Saja kakak aku ni nak menyusahkan kami, aku garu kepalaku yang dah naik gatal. Aku capai buku yang kakak aku tengok. Aku nak tahu apa yang dia tengok tadi. Mungkin dia sudah memberi jawapan. Tapi, caranya teruk sekali. Kalau tak dapat siap dia.

Puan Hannis membaca assignment yang kami buat, dia kelihatan berpuas hati dengan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Aku rasa bangga namun tidak begitu berpuas hati.

"Fia, saya rasa kertas kerja awak kali ni amat baik. Banyak juga maklumat yang terkandung dalam sini, bagus. Kalau selalu awak buat macam ni, dean list awak tiap tahun."

Aku buat mimik muka, macamlah aku ni selalu fail. Paling teruk pun aku dapat 3.2 untuk CGPA aku setiap semester. Memanglah tak dapat dean list tapi tak pernah aku drop.

"Jom lepas ni aku belajar korang makan."

Korin dan Jai tersenyum.

Dari tempat aku berdiri aku ternampak Adam, dia kelihatan tampan pula hari ni. Kenapa ye? Dari cara dia berpakaian mengingatkan aku kepada lelaki yang memakai kot tu. Hmm... aku teringat lelaki tu, kenapa agaknya. Lagipun memang dah lama aku tak jumpa lelaki itu. Aku mengeluh, aku melintas di hadapan mamat landak. Dia tidak memandang aku seperti selalu kecewa tetapi apa nak buat, aku yang menyuruh dia buat begitu dulu. So, rasakan! Kami berlalu menuju ke cafe untuk belanja mereka makan. Amboi! Mereka ni pantang orang belanja, diorang sakan minta makanan yang boleh dianggap mahal juga. Sabor je ler!

Adam Lokman merenung sekeliling, beberapa orang sudah pun keluar dari ruangan balai berlepas. Mana pula abangnya, mustahil tak muncul-muncul. Akhirnya, setelah dua bulan di rantau orang abangnya pulang. Dia tak sabar nak tunggu abangnya pulang, tentu ada yang menarik hendak diceritakan. Tetapi, yang lebih menarik dia mahu tahu mengenai pilihan hati abangnya yang pernah abangnya bicarakan tempohari. Dia mengeluh, kenapa abangnya lambat pula. Dia memanjangkan leher, akhirnya kelibat abangnya dapat lihat. Dia melambai dan abangnya juga turut membalas. Lelaki itu melangkah dan mendekatinya. Mereka berpelukkan bila lelaki menghampiri kembarnya.

"Aduh! Abang rindunya. Eh! abang tak makan ke kat sana?" suara Adam Lokman dan menolak troli yang berisi bagasi abangnya.

"Tak seleralah makanan mereka. Lepas ni abang nak makan banyak-banyak. Abang cuti satu minggu, jadi hujung minggu ni kita balik kampung. Okey?"

"Set! Jom, abang dah makan belum?" tanya Adam Lokman.

"Dah," balas si abang.

Mereka beriringan menuju ke kereta. Adam Lokman memasukkan bagasi ke dalam tempat letak barang.

"Kelas okey? Bila final?"

"Bulan depan final. Lepas tu, I'm free... Tapi kena cari kerja pula lepas tu! Kelas okey, jangan bimbang," suara Adam Lokman dan memandu tenang.

"Nak kerja di tempat abang tak?"

"Boleh ke?"

Si abang ketawa.

"Apa pula tak bolehnya... Nanti kasi resume kat abang..."

Adam Lokman senyum dan mengangguk.

Adam Lokman membetulkan rambutnya yang basah selepas mandi tadi. Dia melihat abangnya yang baru selesai solat keluar dari biliknya. Lelaki itu kelihatan berkain pelikat dan berbaju Melayu. Dia ke dapur dan menuangkan air ke dalam mug.

"Abang, hari tu abang kata dah ada calon siapa dia?"

"Calon? Calon apa? Calon pilihanraya?"

Adam Lokman merengus, bab abang dia buat lawak bodoh ni yang dia malas nak layan.

"Calon kakak ipar saya la sapa lagi?"

Si abang ketawa, Adam Lokman mendekati abangnya.

"Well... hmm... dia ni muda dari kita. Cantik, dia adik kawan abang. Dia juga satu kolej dengan Adam."

"Satu kolej dengan Adam? Siapa?"

"Tapi, abang tak pasti. Lagipun, abang rasa dia tentu dah ada..."

Adam Lokman berdecit.

"Iyalah, siapa dia. Nanti boleh Adam cuba rapatkan dia dengan abang."

"Nama dia Fia Karrina..."

Adam Lokman terkejut.

"Oh! Itu classmate Adam. Kebetulan Adam memang nak kenalkan dia pada abang."

Si abang merenung adiknya, tak percaya.

"Are you sure is the same Fia Karrina."

Adam Lokman mengangguk, dia mengeluh lega. Tak sangka orang yang dia ingin abangnya miliki sudah bertahta dihati abangnya. Betul-betul mereka ni kembar sehinggakan citarasa pun hampir sama. Tetapi disamping itu, dia turut rasa cemburu. Adam Lokman segera padamkan perasaan itu dihatinya, lagipun memang dia yang mahu abangnya bersama gadis itu.

"Abang, lapar tak? Nak saya masak atau apa-apa?" suara Adam Lokman.

"Tak apalah, abang kenyang. Kau masak untuk diri kau sendiri sajalah?"

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now