14

3 0 0
                                    

            Aku bangun dari tidur sedikit awal, azan masih lagi belum berkumandang. Jam aku perhatikan, lagi sepuluh minit pukul enam sepuluh pagi. Aku mengeliat, bangun dan duduk ditilam kemudian termenung di atas katil. Aku mengusap wajah dan mengeliat sedikit.. Aku menggeselkan mata dan mula turun dari katil. Aku mengemas katil dan mencapai tuala mandi dan berlalu ke kamar mandi. Tepat pada masa, sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kamar mandi, kedengaran azan di surau berdekatan. Pantas, telekung dan sejadah dicapai selepas aku berpakaian. Aku menyarung baju t-shirt jogging bersama seluar panjang. Sebenarnya aku sendiri tak pasti, tetapi terasa ada sesuatu yang menganggu fikiran aku. Dari semalam lagi fikiran aku tidak keruan. Masalahnya sekarang, aku sendiri tidak tahu apa masalahnya. Bukan mengenai pelajaran sudah tentunya kerana aku tidak punyai masalah dengan pelajaran aku. Masalah dengan kawan-kawan, barangkali tidak walaupun berapa kerat sangatlah kawan aku. Fasal Erna Nabilla, dia memang masalah dari dulu cuma dia bukanlah masalah yang perlu aku fikirkan sampai naik cair otak aku ni memikirkannya. Apa agaknya yang buat aku jadi begini? Aku sudah selesai memakai telekung dan sudahpun membentang sejadah. Punyalah ralit memikirkan hal yang tak ada hujung pangkal sampai aku tidak sedar aku sudah pun memakai telekung. Aku gelengkan kepala cuba menghentikan fikiran aku agar berhenti berfikir hal-hal yang tak ada penghujungan. Sahaja aku solat fardu Subuh kerana Allah Taala, akhirnya aku mengungkapkan kata-kata itu. Aku menghela nafas, tenang.

Amin... Aku mengakhirkan doaku, wajahku usap. Aku termenung, memandang permukaan sejadah yang memaparkan gambaran ukiran Islam. Aku memejamkan mata. Telekung aku tanggalkan dari tubuh dan aku lipat, kemas. Sejadah aku lipat dan sangkut di penyangkut. Aku menuju ke meja solek dan menyikat rambut. Aku perhati rambutku, ianya mula panjang. Elok juga, dah lama sangat rambut aku ni tidak panjang. Biarlah ia merasa panjang. Aku pandang wajahku lagi, ada jerawat di kening. Kecewa. Jam menunjukkan enam lima puluh lima pagi, aku melangkah keluar dari bilik. Kasut jogging yang sudahku ambil dari rak kasut dan aku turun ke tingkat bawah. Aku menuju ke dapur, gelap. Mama lambat hari ni? Tak apalah, mama masih solat lagi, barangkali. Aku capai kunci rumah dan alat kawalan jauh.

Aku sudah pun balik dari jogging. Peluh yang menitis segera aku lap dengan tuala ditengkukku. Lenguh seluruh tubuhku terutama bahagian betis, tapi badan rasa sedikit lega. Aku dapat lihat mama sibuk menyiram pokok bunga dan membaja bunga matahari kesukaannya. Aku dapat lihat Erna Nabilla sibuk mengelap sliding door. Sebelum aku melangkah masuk, aku membuat senaman kecil, karang tak pasal cramp sana sini. Kakakku masih sibuk mengelap cermin tingkap dan bingkai-bingkainya, aku menoleh ke arah mama yang sibuk berbual dengan bunganya, apa yang mama bualkan tak pula aku pasti. Kajian saintifik mengatakan bunga-bunga akan lebih segar jika tuannya berbual dan memanjakannya. Betul agaknya, sebab bunga-bunga yang mama tanam semuanya luar biasa segar. Gemuk dan besar lebih dari biasa sehinggakan pernah sebuah stesen televisyen buat liputan untuk bunga-bunga mama. Aku jungkitkan bahu dan cebikkan bibir. Aku pantas melangkah masuk, peluh sudah membasah tubuhku. Difikiranku cuma satu, nak mandi dan salin pakaian. Rimas kerana melekit.

"Kasut tu buka la dulu. Ingat ni Amerika ke?"

Aku berhenti melangkah dan memandang kakiku yang masih berkasut sukan Nike.

"Hah! Lupa..! Sorry!!!"

Erna Nabilla merengus. Aku tersengih kerang dan membuka kasut jogging dan melangkah, naik ke tingkat atas.

Selalunya hari Sabtu begini, kakak aku yang seorang ni akan keluar tetapi hari ni tak pula. Hairan juga aku, dia seperti biasa sibuk mengemas dan membuat yang sepatutnya dibuat oleh semua orang perempuan apabila di rumah kecuali aku. Aku cuma tukang tengok je. Kakak aku dah ada, nanti aku tolong dia yang membebel. Ada saja yang aku buat tak kena dimatanya. Aku salah pegang batang penyapu pun dileternya sampai ke petang, kalah mama. So, aku lepas tangan kepada dia je. Bior ler... Kakak aku yang seorang ni memang tak boleh duduk dia. Ada saja yang dia lakukan, lepas satu satu. Tadi, semua meja dilap, lepas tu pemegang tangga. Alih-alih semua bingkai gambar dikesatnya. Sekarang ni, aku tengok dia keluarkan kotak mengait pulak. Aku duduk berdepan dengan kakak aku, aku tengok laju je tangan dia mengait benang dengan menggunakan dua batang buluh tu. Kagum sekali aku melihatnya. Ish...kalau aku le, takkan aku nak buat. Macam susah je.

PASTIKAN DATANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now