Nikah?

1.1K 55 27
                                    

Seminggu lagi majlis pernikahan antara Adam dan Kamilia akan berlangsung. Ramai orang sudah mula menyiapkan persiapan. Alya dan Sofea turut hadir bagi sama-sama membantu Nadia.

" Kau buat keputusan yang betul ka Nadia?" tanya Alya teragak-agak.

Nadia tersenyum dan mengangguk.

" Ya aku dah fikir masak-masak dan aku yakin dengan keputusan aku. Aku tahu Kamilia boleh jaga Adam dengan baik dan beri layanan yang baik kepadanya. Lagipon aku bolehlah terima Kamilia dari Aini tu." kata Nadia sambil menyiapkan hantaran untuk suaminya.

" We macam mana dengan kes anak kau dekat hospital tu? Dah jumpa pelakunya?" tanya Sofea. Nadia terdiam lalu mengeluh.

" Rakaman CCTV pada haritu dah diambil oleh seseorang. Jadi tiada rakaman bukti. Dan tiada saksi yang melihat semua tu. " kata Nadia agak terkilan dengan apa yang berlaku namun dia sudah redha dengan ketentuan Allah.

" Kau tak rasa si Aini tu yang buat? Kau kan selalu cerita yang si Aini tu suka cari pasal dengan kau?" tanya Sofea.

" Memang aku syak dia yang buat tapi aku takde bukti. Betul la juga si Aini tu cakap ... tak semestinya dia ada tahi lalat di tangan kiri bermakna dia yang buat. Manusia ni ada berbilion orang dan bukan dia sorang ja yang ada tahi lalat. Tak sangka dia ada akal juga." kata Nadia tersenyum kelat.

" Tapi aku rasa dia tu pelik lah." Alya mula mengesyaki sesuatu tentang Aini.

" Dah lah korang janganlah merepek. Kau nak tahu apa yang kelakar pasal dia?" tanya Nadia. Mereka mula menunjukkan minat lalu mengangguk.

" Kisah dia macam ni ...

Flashback.

Selepas Adam menerima permintaan Nadia, Nadia bersorak kegembiraan dan memberitahu kepada Kamilia. Selepas puas dipujuk Kamilia akhirnya bersetuju dengan syarat dia tak akan paksa Adam untuk tidur sebilik dengannya. Adam berhak tidur dengan Nadia bila-bila masa sahaja. Nadia bersetuju dan bergembira. Dia terus menelefon pihak-pihak tertentu untuk merangka majlis pernikahan itu. Dia juga memberitahu perkara ini kepada ayah Adam, mama dan papanya. Pada mulanya mereka berasa hairan dan mencegah pernikahan ini namun Nadia tetap berkeras dengan keputusannya. Biarlah Kamilia yang melahirkan anak untuk Adam.

Pada malam itu, Aini datang berseorangan. Memang la berseorangan ... mana dia ada sesiapa.

" Assalamualaikum abang Adam ... eh ada majlis apa ni? Siap pasang khemah?" tanya Aini.

" Oh minggu depan majlis pernikahan abang Adam dengan Kamilia. Aini jemputlah datang menyaksikan majlis pernikahan ini. Aini kan sayang sangat dekat abang Adam." kata Nadia tersenyum sinis. Padan muka kau! Abang Adam akan bernikah lagi sorang hahaha.

" A ... apa? Bernikah lagi? Gila ke?" tanya Aini dengan mulut ternganga.

" Ye betul tak salah lagi. Pekak ke? Pergi korek telinga tu. Dengar baik-baik. ABANG ADAM AKAN BERNIKAH MINGGU DEPAN." kata Nadia dengan menyebut perkataan satu persatu.

Aini yang berang terus keluar dari rumah. Nadia tersenyum sinis melihat perlakuan Aini. Padan muka!

End Flashback

"Mesti dia frust menonggeng! Hahahaha. Gila gamaknya. Cuba nak goda suami orang? Takde akal kot" kutuk Alya sambil menahan perut.

" Takpe nanti aku bagi layanan yang mantap punya. Aku bagi dia duk sebelah Adam. Hahaha biar dia rasa aura tu." kata Nadia sambil ketawa terbahak-bahak. Dia kemudian ternampak Adam keluar dari rumah.

" Abang? Nak pergi mana?" tanya Nadia.

" Nak pergi pejabat" kata Adam sambil melambai-lambai tangan kepada isterinya. Nadia tersenyum. Alhamdulillah dia dikurniakan suami yang sangat baik.

" Kau betul ke ni. Kau tak rasa sakit hati ke bila berkongsi suami?" tanya Alya lagi.

" Ha ah, masih sempat kalau kau nak batalkan" kata Sofea menyokong kenyataan Alya.

" Hm, aku yakin lah dengan keputusan aku. Kau pon tahu Adam memang minat kanak-kanak. Aku dah ... mandul jadi dah tak boleh tunaikan keinginan Adam" kata Nadia sedikit perlahan. Alya dan Sofea memeluk Nadia memberi kekuatan.

" Walau apa pon terjadi, kami tetap di belakang kau. Kalau ada masalah, boleh jumpa kami okay" kata Alya dan Sofea. Nadia mengangguk sambil tersenyum. Di samping mendapat suami yang baik dia juga mendapat kawan-kawan yang sangat prihatin.

Seminggu berlalu dengan cepat. Hari ini merupakan majlis pernikahan Adam dan Kamilia. Nadia menjemput ramai orang untuk memeriahkan lagi majlis pernikahan. Nadia menghias sedikit mukanya dan memakai baju berwarna putih. Adam pula segak dengan sepersalinan baju melayu berwarna hitam. Nadia tersenyum lalu membetulkan sampin. Adam memeluk Nadia dari depan.

" Sayang betul tekad dengan keputusan yang sayang buat ni? Kalau nak batalkan abang boleh ja. Selepas akad, menyesal pon dah tak guna." tanya Adam sekali lagi. Dia tahu Nadia buat begini untuknya namun dia perlu juga menjaga hatinya.

" Ish apa abang cakap ni. Sayang dah fikir masak-masak dah. Lagipon Kamilia mampu membahagiakan abang lah. Nanti lahirkan anak banyak-banyak tau. Lagilah meriah nanti" kata Nadia menahan sebak. Bukan menyesal atas pernikahan ini namun sebak kerana dia sudah disahkan mandul. Sebenarnya bukanlah 100% Nadia didiagnosis mandul cuma kebarangkalian untuk mengandung semula hanyalah 5% jadi Nadia berputus asa kerana baginya 5% adalah sangat sedikit.

" Sayang ... sayang okay tak ni?" tanya Adam mematikan lamunan Nadia. Nadia tersenyum manis.

" Kacak suami saya harini. Macam pengantin baru sungguh. Ni kalau sayang bagi green light bagi cukup kuota, petik ja jari mesti berduyun datang." puji Nadia sambil membetulkan songkok di kepala Adam.

" Pengantin lelaki dah sedia ka?" tanya Awie merangkap pengapit Adam. Nadia menepuk-nepuk bahu Adam menyuruhnya bersedia. Adam menghembuskan nafas lalu bergerak. Kalau ini yang Nadia mahukan dia akan ikut. Dia sudah bertanya banyak kali namun dia tetap dengan keputusannya.

Adam duduk di hadapan tok kadi. Kamilia juga sudah tiba dengan pakaian yang ditaja oleh Nadia. Sangat cantik Kamilia pada hari ini. Anak-anaknya juga tidak bangkang dengan keputusannya. Mungkin kerana mereka sudah terbiasa dengan kehadiran Kamilia yang selalu mengajar mereka mengaji Al-Quran?

" Dah sedia?" tanya tok kadi. Adam lambat-lambat mengangguk. Nadia duduk di antara Sofea dan Alya serta mama papanya. Tengku Airil juga hadir.

" Tengku Adam Firash Bin Tengku Airil ..." panggil tok kadi. Adam menarik nafas besar lalu mengangguk.

" Ya saya" kata Adam.

" Aku nikahkan engkau dengan Seri Kamilia Binti Abdul Hadi dengan mas kahwin sebanyak RM1000 tunai ... " ucap tok kadi lancar. Dia tiba-tiba terimbau kembali kenangan di mana pertama kali dia melafazkan akad nikah dengan Nadia. Ketika itu dia sangatlah membenci Nadia. Kali kedua pula selepas mereka bercerai dan momen itu sangatlah indah. Ini merupakan lafaz akad yang ke empat baginya. Adam mengambil nafas lalu menghembusnya.

" Aku terima nikahnya Seri Kamilia Binti – 

*************

Jangan lupa vote

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now