Epilog (03)

2.6K 85 24
                                    

Epilog (03) NADIA ❤ HAZIM

Nadia memandang tanah merah di hadapannya. Lelaki ini sanggup mengorbankan dirinya untuk kelangsungan hidupnya. Dia memegang jantungnya. Berdegup kencang. Nadia menitiskan air mata di atas tanah merah itu. Lelaki di sebelahnya memeluknya cuba memberi kekuatan.

" Sayang ... dia lelaki yang baik. Dia cintakan sayang," kata lelaki di sebelahnya.

Nadia mengalirkan air mata sekali lagi.

" Tengku Adam Firash ... maafkan saya. Kerana saya nyawa awak ditarik ... maafkan saya," sebut Nadia

Flashback

Hazim membawa Nadia ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Hazim terus membawa Nadia ke bilik kecemasan. Hazim juga bersiap sedia untuk dibedah kerana jantungnya akan didermakan kepada Nadia. Biarlah dia berkorban demi pasangan hidupnya. Selepas Nadia kembali sihat, Nadia akan bersama disamping Adam. Dia sanggup berkorban demi isteri yang dicintainya. Nadia sudah dibawa masuk ke bilik pembedahan untuk mengembalikan nadi dan tekanan darahnya semula.

Hazim bersiap sedia di pintu bilik pembedahan. Dia sebelum itu menelefon Puan Salmiah.

" Assalamualaikum Hazim ... Macam mana dengan Nadia?" tanya Puan Salmiah risau.

" Waalaikumusalam mama. Nadia sekarang dalam bilik pembedahan. Mama ... saya nak ucap sesuatu. Saya sayang mama. Terima kasih kerana menjaga saya dari kecil. Selepas kematian mak ayah Hazim, mamalah yang menjaga saya. Mamalah yang mendidik saya sejak dari kecil lagi. Mama tak pernah kurang dalam mendidik kami semua menjadi cemerlang. Anak-anak didik mama semua berjaya. Hazim sayangkan mama. Terima kasih mama. Hazim harap mama dapat jaga diri baik-baik selepas ini sebab Hazim tak akan lagi dapat jaga mama. Nanti mama pergi dekat peguam Hazim dan mama claim duit yang Hazim wasiatkan dekat pertubuhan anak-anak yatim. Hazim ada dalam lima juta ringgit Malaysia. Harap cukuplah ya mama. Tolong jaga isteri Hazim dengan baik," kata Hazim.

Puan Salmiah menangis apabila anaknya berkata begitu. Apa yang terjadi?

" A ... apa yang terjadi nak? Biarlah mama tahu. Kenapa dengan kamu?" tanya Puan Salmiah.

" Nadia ada masalah jantung dan dia perlu dibedah dengan segera. Dia perlukan jantung yang sesuai. Jadi Hazim bercadang untuk menderma jantung Hazim kepadanya. Mama jangan risau ... keputusan ini Hazim sudah fikir masak-masak. Hazim cintakan Nadia jadi Hazim nak dia hidup bahagia walaupun Hazim tiada di sisinya. Hazim perlu lihat keadaan Nadia sekarang ... Hazim pergi dulu. Selamat tinggal ... Hazim sayang mama," kata Hazim sambil mengalirkan air mata. Air mata jantannya jatuh untuk kali ke berapa kerana hal ini.

Puan Salmiah menangis teresak-esak. Ya Allah kau selamatkanlah Nadia ya Allah. Sesungguhnya anak aku itu amat mencintainya.

Hazim segera masuk ke dewan pembedahan. Namun apa yang dikatakan oleh doktor menyebabkan dia terduduk.

" Jantung awak tidak sesuai. Kalau buat pun, pesakit tak akan hidup dengan lama," kata doktor yang terlibat. Hazim meraup rambutnya kasar. Sewaktu dia sedang berfikir itu, seseorang datang untuk memberi bantuan.

" Biar saya yang derma." Adam datang lalu tersenyum. Doktor itu mengangguk lalu memintanya untuk mengikutinya. Doktor itu mahu memeriksa terlebih dahulu sama ada sesuai atau tidak.

" Adam ... kau biar betul. Apa jadi dengan Nadia nanti?" tanya Hazim.

Adam tersenyum.

" Cinta tak semestinya dimiliki. Aku tahu kau boleh jaga dia dengan baik. Tolong bagitau dekat dia yang aku cintakan dia. Tolong jaga dia baik-baik ya. Aku tahu aku boleh harapkan kau. Aku tahu kau cintakan dia dan dia pun cintakan kau. Cuma dia sukar untuk memilih kerana ada aku. Aku harap kau jaga dia ya. Terima kasih untuk selama ni sebab jaga dia. Aku hargai sangat," kata Adam sebelum mengikut langkah doktor itu.

Selepas pemeriksaan, jantung Adam sesuai dengan Nadia. Adam pergi ke arah Nadia lalu memegang tangannya. Dia mencium sekali tangan putih itu.

" Harap sayang dapat maafkan abang. Abang minta maaf dan abang cintakan sayang," ucap Adam sebelum menukarkan bajunya.

Pembedahan berjalan dengan lancar dan Adam menghembuskan nafasnya yang terakhir.

End Flashback

" Betul katanya, cinta tak semestinya dimiliki. Mari balik sayang?" kata Hazim sambil tersenyum. Dia akan menjaga Nadia dengan baik.

.

.

.

" Werk ... werk ... " Nadia memuntahkan segala isinya. Hazim di belakang Nadia menepuk-nepuk perlahan belakang Nadia. Hazim mengajak Nadia untuk pergi ke hospital kerana risau akan kesihatannya.

" Jom pergi hospital ya?" ajak Hazim. Nadia mengangguk lalu tersenyum.

Tiba sahaja di hospital, Nadia masuk ke bilik doktor dan Hazim tunggunya di luar. Selepas 20 minit, jururawat yang ada menyuruh Hazim untuk masuk.

" Ada apa ya dengan isteri saya?" tanya Hazim.

" Tahniah Dr. Hazim dan Dr. Nadia ... kamu bakal jadi ibu dan ayah. Dr. Nadia mengandung empat bulan. Perutnya agak kecil mungkin belum tiba tumbesaran pesat oleh bayi. Nanti datanglah untuk check jantina," kata doktor di hadapannya itu. Hazim dan Nadia mengucapkan syukur. Sudah berkali-kali Hazim menitipkan pesan yang Nadia masih boleh lagi mengandung namun Nadia membantahnya. Dia tidak mahu mengharap dan tidak disangka baginya mereka akan mempunyai zuriat!

" Terima kasih sayang ... abang gembira sangat," kata Hazim sambil tersenyum. Nadia mengangguk lalu mengalirkan air mata.

" Terima kasih kerana selalu nasihat sayang untuk tidak berputus asa. Terima kasih kerana memberi kekuatan kepada sayang. Sayang bersyukur sangat," kata Nadia.

Lima bulan pergi begitu sahaja. Alhamdulilah Nadia selamat melahirkan bayi kembar. Satu lelaki dan satu perempuan. Hazim mengucapkan syukur dan berasa amat gembira.

" Syed Hafiz Adam bin Syed Hazim dan Sharipah Nur Balqis Adriana Binti Syed Hazim ... terima kasih kerana lahir di dunia ini. Terima kasih kerana melengkapi cinta kami."

******** 

Vote dan tinggalkan komen!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now