Lelaki Bertopeng

826 57 17
                                    

   Dalam kereta aku menyumpah seranah perempuan tu. Aku pulang saja dari cafe terus kemas baju. Haritu juga aku ajak Adam pulang ke Kuala Lumpur. Semak aku ada perempuan tu. Mana-mana Adam ada ... dia ada. Psiko gila.

" Sayang ... tak baik tau kata macam tu. Jangan la tuduh macam-macam." nasihat Adam sambil matanya fokus pada pemanduan.

" Abang tak rasa macam mana sayang rasa. Yang abang tahu ... abang tak habis-habis berkepit dengan dia, mau sayang tak marah" kata aku sambil memandang ke luar tingkap.

" Kalau ye pon janganlah sampai membenci dia. Jangan menyumpah seranah sangat. Nanti terpantul dengan anak kita macam mana? Orang tua-tua pesan waktu mengandung kena jaga mulut." pesan Adam. Aku menarik nafas dalam. Ada benar kata suaminya. Bila mengandung kita kena jaga percakapan dan perlakuan kita. Baiklah ... demi anak mama, mama bertahan ye. Aku melelapkan mata di bahu Adam sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur itu. Sampai sahaja di rumah, Adam mengejutkan aku dan anak-anak. Adam dan anak-anak menyambung lena akibat keletihan. Aku mengambil keputusan untuk masak memandangkan malam sudah menjelma. Aku masuk ke dalam bilik Kamilia dan melihat Kamilia sedang membaca buku.

" Eh Nadia, awalnya kau balik? Terkejut aku kau ni." kata Kamilia

" Hm kalau nak tahu, kat sana ada perempuan tu. Sebab tu aku balik awal. Penatlah aku tak habis-habis ikut Adam."

" Sabar eh. Aku tahu kau kuat. Ini semua dugaan tuhan." nasihat Kamilia sambil memegang tangan aku menyalurkan kekuatan. Aku tersenyum kelat. Aku kemudian meminta untuk mengundurkan diri untuk memasak tetapi dihalang oleh Kamilia. Dia menyuruh aku berehat memandangkan aku baru saja tiba disamping aku kan mengandung. Katanya lagi orang mengandung tak boleh buat kerja. Aku menggelengkan kepala dan tersenyum. Aku berasa sedikit lega kerana mempunyai kawan yang baik hati seperti Kamilia. Malam itu Kamilia memasak pelbagai hidangan lauk yang membuka selera aku. Kami makan sambil berbual-bual.

Keesokkan harinya Adam terpaksa masuk ke pejabat kerana mempunyai masalah berkaitan syarikat. Adam menelefon aku mengatakan bahawa malam ini dia pulang agak lewat jadi dia menyuruh aku mengunci semua pintu dan tingkap. Malam itu selepas menidurkan anak-anak aku dan Kamilia berborak-borak di ruang tamu. Kami berborak-borak tentang kisah lalu dan beberapa gosip hangat terkini.

Di luar rumah, terdapat sebuah kereta yang memerhatikan rumah Nadia dan Adam. Aini tersenyum. Dia sengaja mengambil peluang ini untuk menggugurkan kandungan Nadia. Dia berasa amat marah dan rasa tergugat dengan segala kata-kata Nadia.

" Ingat Nadia, Adam hak aku. Aku akan hapuskan segala halangan yang akan merosakkan plan aku." kata Aini di dalam kereta. Dia mengambil telefon lalu menghubungi seseorang.

" Dah boleh masuk. Ingat, jangan bunuh perempuan tu. Aku nak seksa dia cukup-cukup. Cuma takut-takutkan sikit dan pastikan anak dalam perut perempuan tu mati. Kemudian baru kau dapat duit kau. Faham? " arah Aini.

" Faham puan. Baiklah" kata lelaki itu. Aini meletakkan telefon lalu tersenyum sinis.

*********

Prang

Sedang seronok berbual tiba-tiba kami terdengar bunyi bising di bahagian dapur. Bunyi seperti tingkap pecah.

" Kau dengar tak apa aku dengar?" tanya aku kepada Kamilia.

" Dengar. Macam bunyi kaca atau tingkap pecah kat dapur" jawab Kamilia. Waktu ni aku memang rasa tak sedap hati. Telefon aku pula dekat bilik atas.

" Jom tengok, ada apa" ajak Kamilia. Aku mengangguk tanda setuju. Kami berdiri lalu berjalan perlahan-lahan ke dapur. Kami akan terkejut apabila melihat serpihan tingkap yang pecah di atas lantai. Aku menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi. Alangkah terkejutnya apabila ada seorang lelaki yang bertopeng hitam ada di depannya. Aku menjerit ketakutan. Lelaki itu menarik kuat rambutku sehinggakan aku dapat merasakan terdapat sebahagian rambutku tercabut. Kamilia pantas mengambil pasu lalu melemparkan ke kepala lelaki itu. Lelaki itu mengaduh kesakitan lalu melepaskan aku. Aku segera berlari ke arah Kamilia.

" Perempuan bodoh! Mari sini kau aku ajar cukup-cukup" kata lelaki itu sambil menarik tangan Kamilia lalu menumbuk muka Kamilia sehingga berdarah. Aku yang tak sanggup melihat Kamilia ditumbuk, terus berlari ke arah lelaki itu lalu menggigit tangan lelaki itu kuat.

" Sakit lah bodoh. Ambil ni" kata lelaki itu sambil menampar muka aku kuat. Kamilia yang lemah longlai menumbuk-numbuk muka lelaki itu namun apalah sangat kudrat perempuan jika nak dibandingkan dengan lelaki. Lelaki itu terus menampar kuat Kamilia sehingga Kamilia rebah. Aku mengesot kebelakang perlahan-lahan. Lelaki itu mula menapak ke arah aku perlahan-lahan. Dia mencengkam bajuku lalu dikoyakkan bajuku dan terus menumbuk ke arah perutku. Waktu itu perut aku mula sakit. Sakit bagai dihiris pisau. Aku rebah sambil memegang perutku yang sakit. Lelaki itu ingin menendang perut aku namun Kamilia menahannya.

" Perempuan ni, kau memang cel*ka. Meh sini aku kerjakan kau cukup-cukup" kata lelaki itu sambil mencengkam tudung Kamilia lalu merentapnya dengan kuat. Habis tudung Kamilia terkoyak. Lelaki itu juga mengoyakkan baju dan kain yang dipakai oleh Kamilia sehingga separuh bogel. Dia terus menumbuk-numbuk perut Kamilia dengan kuat dan tidak cukup dengan itu dia menendang perut Kamilia dengan kuat. Kamilia merintih kesakitan.

" Ka ... milia, a ... ku sa ... sakit." kata aku. Akibat terlalu sakit Kamilia pengsan. Aku mengeluarkan air mata melihat kesengsaraan Kamilia. Lelaki itu membuka seluarnya dan cuba untuk merogol Kamilia. Namun perbuatannya terhenti apabila mendengar suara Adam. Aku mengucapkan syukur kerana Adam sudah pulang. Lelaki itu terus meluru keluar dari arah dia masuk.

" Sayang, dah tidur ke. Kenapa biarkan televisyen ni buka ni?" tanya Adam. Ketika dia masuk tadi, dia hairan apabila televisyen terbuka tanpa ada penonton. Dia pergi ke bilik tidurnya namun Nadia tidak kelihatan. Dia pergi pula ke bilik anak-anaknya namun hanya anak-anaknya ada. Itupon sudah tidur. Dia rasa haus lalu bergerak ke dapur. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan dapur yang huru hara dengan Nadia dan Kamilia berlumuran darah. Adam terus menelefon pihak polis dan ambulans. Dia juga menelefon Alya dan Sofea untuk menjaga anak-anaknya sebentar.

" Sayang ... apa jadi ni, please jangan tinggalkan abang. Sayang ... tsk tsk ... bertahan ye. abang dah telefon ambulans" Adam memangku kepala Nadia di kakinya. Dia merasakan ada kes pecah rumah dan tidak boleh meninggalkan rumah kerana anak-anaknya masih ada di rumah dan risau akan keselamatan anak-anaknya.

" S ... sela ... selamatkan Ka ... kamilia dan a ... nak kita ye. Sa ... saya ... sayang ... ab ... abang." kata aku lalu jatuh di dalam pelukan Adam.

*********

Saya tahu anda geram hehe. Jangan lupa vote! Ni baru sikit tau. Belum sampai part yang KEBABOM lagi hehe. 

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now