Suprise Lagi?

1K 67 90
                                    


" Uwekk" Aku memuntahkan segala isi yang ada di dalam perutku. Tak tahu kenapa perutku rasa memulas dan pening-pening kepala sedikit. Aku membasuh mulut dan membilas sekilas mukaku.

" Sayang okay ke? Nak pergi klinik?" tanya Adam risau.

" Sokay, migrain ja ni. Biasalah serabut sikit dua tiga hari ni" kata aku sambil memicit-micit kepalaku.

" Betul ni?" tanya Adam sekali lagi. Ya Allah ... dia ni. Lagi aku tak kata ok, lagi tu dia risau. Sayang sungguh aku.

" Ye abang, sayang okay la. Abang bukan tak kenal sayang, migrain ja ni. Abang pergi lah tempat kerja" kata aku sambil mengambil minyak angin lalu menyapu di bahagian leher.

" Ke sayang mengandung?" tanya Adam tersengih.

" Ish abang ni, jauh berfikir. Bulan lepas sayang migrain pon abang cakap sayang mengandung. Sampai telefon personal assistance abang belikan barang bayi. Haih cepat sangat. Sayang migrain ja" kata aku cuba menjelaskan keadaan sebenar.

" Hahaha ye la. Abang pergi kerja dulu okay? Jaga anak-anak dengan baik" nasihat Adam kepadaku.

" Amboi bukan main nasihat, selama ni sapa jaga mereka? Abang? hm ... abang tu sibuk je memanjang sampai takdak masa nak sambut anak-anak. Waktu dulu Ariff dan Arisa tu abang takde, waktu Safia abang outstation dekat luar negara ... Haris tu lagi la sibuk urus syarikat." sindir aku. Asyik Alya dan Sofea ja sambut anak-anak aku.

" Ala sayang, maaf lah. Abang pon tak jangka. Abang teringin nak sambut baby sendiri. Jadi jom la" kata Adam mengajak aku tiba-tiba. Aku berkerut dahi. Pergi mana pula

" Pergi mana pula" tanya aku kehairanan.

" Buat anak" jawab Adam menerus. Adam tersengih.

Aku ternganga. Aku ambil bantal lalu memukul Adam berkali-kali. Adam menepis lalu lari ke bawah. Aku mengejar Adam sambil membawa bantal. Adam berlari sekeliling rumah. Habis barang-barang bersepah jatuh. Adam berlari ke arah dapur lalu keluar ke ruang taman di belakang rumah. Anak-anak aku turun mungkin kerana mendengar jeritan daripada aku dan Adam. Anak-anak berlari mengejar Adam bersama-sama. Aku ketawa sehinggalah sampai satu sudut Adam dikepung oleh aku dan anak-anak. Adam berjalan ke belakang setapak demi setapak. Malangnya dibelakangnya terdapat kolam renang mini. Riak muka Adam nampak terkejut. Kalau di depan ada sekumpulan 'raksasa' dan dibelakang ada kolam berisi air sejuk!

Aku tersengih. " 1 ... 2 ... 3! " aku memberi arahan kepada anak-anak untuk menyerang. Adam terkejut dengan serangan mengejut lalu terjatuh ke dalam kolam. Habis basah baju Adam. Kami ketawakan Adam tidak henti-henti. Tiba-tiba aku rasa kakiku ditarik oleh seseorang. Aku menjerit sekuat hati dan

BLUSH

" ABANG!" jerit aku sekuat hati. Adam dan anak-anak aku ketawa mengekek. Ooo nak kena ni. Aku tarik tangan Arisa, Adam tarik tangan Ariff.

" Papa!"

" Mama!"

Aku dan Adam menepuk tangan. Kami terus mencari mangsa seterusnya. Safia dan Haris.Safia cuak lalu lari. Arisa dan Ariff tidak akan membiarkan begitu sahaja. Mereka mengejar Safia yang berlari. Apabila dapat mereka mencampaknya ke dalam kolam. Alah bukan dalam pon. Lagipon aku dan Adam ada. Haris yang melihat kakak-kakak dan abangnya sudah berada di dalam kolam merasa agak terancam apabila semua orang memandangnya.

" No mama, no papa. Haris taknak. Nanti kena mandi lagi. Sejuk la ... tacod mama, papa" kata Haris sambil membuat muka comelnya.

Aku ketawa mengekek. Maaf sayang. Aku mendukung Haris lalu memberi kepada Adam. Haris membuat muka masam. Akibatnya dia memercik air kepada aku dan Adam. Maka bermulalah peperangan kami.

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now