Nadia bangun awal pada pagi itu. Anaknya, Tengku Mohd Ariff Hakimi Bin Tengku Adam dan Tengku Nur Neldia Arisa Binti Tengku Adam sudah memasuki sekolah menengah manakala Tengku Safia Athirah Binti Tengku Adam sudah berusia 10 tahun dan anak bongsunya merangkap anak terakhirnya, Tengku Haris Iskandar Bin Tengku Adam berusia 6 tahun. Nadia terimbas kembali kata-kata suaminya bulan lepas.
Flashback
“ Sayang, erm...tak nak tambah anak baru ka” kata Adam sambil tersengih-sengih
“ Amboi abang, ingat saya ni kilang buat baby ka? cukup-cukuplah empat anak tu, itupun penat jaga”
“ Ala abang ingat nak 10 anak hehe” sakat Adam lagi
“Banyak cantik abang, tak tahu ke sakit nak mengandung tu macam nak putus nyawa. Lainlah abang yang beranak. Takut kalau abang yang mengandung, ditendang doktor-doktor tu” Aku dah malas nak layan kerenah miangnya!
“ Hm, cantiknya sayang. Bagai bidadari syurga” puji Adam
“ Dah tak payah melalut, pergi kerja...dah nak masuk waktu kerja dah.” Aku cuba ‘menghalau’nya. Bukan apa, hm segan la cakap bab-bab ni.
“ Ye lah, hm sayang...” kata Adam meleret.
Auch, jangan la buat suara macam tu. Erm.
“ A...apa?” kataku tergagap.
“ Ikat tali leher kejap boleh? hehe then suapkan makan boleh?” Adam cuba bermanja di pagi hari ini.
“ Mengada. Ye la. Sini” panggil aku sambil menggerakkan jari telunjuk ke depan dan ke belakang
Aku mengambil tali leher di dalam almari dan memilih warna yang sesuai dipadankan dengan baju biru. Hm selepas berfikir, dia memilih tali leher warna biru muda berhiasan garis-garis berwarna hitam.
“ Rendahlah sikit, tahu la dia tu tinggi” Aku membuat muka. Nak suruh orang pakaikan, tapi berdiri tu ya Allah, macam galah.
“ Alolo, sian. Pendek hahaha” Adam menyakat aku lagi. Ni nak merajuk ni!
Adam barangkali melihat perubahan mimik muka aku terus merendahkan badannya.
“ Maaf babyku yang manis lagikan jelita. Merajuk pon comel tau.” Adam cuba memujuk.
Hm macam manalah aku tak terpikat?
Aku menyarungkan tali leher ke lehernya. Kemudian tangan Adam melingkari perutku. Setelah siap aku mengikatkan tali leher, aku cuba merungkaikan pelukan itu namun Adam memegang daguku sehingga mataku bertentang dengan matanya.“ Ingat sayang, walau apapun yang terjadi, abang tetap akan mencintai sayang dan memilih sayang. Walaupun diberi kekayaan seluruh dunia, abang tetap pilih sayang. Kalau diberi pilihan antara nyawa abang dan nyawa sayang, abang akan pilih nyawa sayang untuk diselamatkan. Because I love you very much. Abang cinta sayang melebihi nyawa abang. Cinta abang terhadap sayang tidak berbelah bagi dan tidak boleh dibeli.”
Sejurus ucapan ringkas itu Adam
mencium dahiku. Lama.Air mataku menitis kerana dapat dirasakan aura keikhlasan itu.
“ Abang”
“ Shuh, jangan menangis. Abang tetap mencintai sayang walau apa yang terjadi. Ingat tu.” kata Adam sambil mengesat air mataku.
End Flashback
Bercakap tentang suami, mana Adam? Harini hari sabtu jadi tak mungkin dia pergi kerja. Aku segera mencari suamiku. Aku menjenguk ke bilik anak-anakku, juga tiada. Aik semua tinggal aku ka? Aku bergerak ke dapur dan di peti sejuk kelihatan satu nota yang ditampal.
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romansa🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...