Rancangan

793 55 23
                                    

3 bulan sudah berlalu. Kini Nadia sudah kembali pulih sepenuhnya. Kamilia juga sudah kembali sihat dan semakin bertenaga. Kini dia menjadi ustazah di surau berdekatan rumah Adam dan Nadia. Setiap malam, Kamilia akan mengajar anak-anak mereka mengaji. Kamilia sudah mengatakan yang dia akan berpindah namun Nadia menyuruh Kamilia tinggal dengannya.

" Abang, sayang nak pergi lawat anak-anak kita kejap ye, abang pergi kerja baik-baik," kata Nadia sambil membetulkan tali leher Adam. Adam sekadar mengangguk dan mencium dahi Nadia memberi kekuatan.

" Sayang kena kuat okay!" pesan Adam. Nadia sekadar mengangguk lalu tersenyum. Nadia memandu kereta ke tanah perkuburan anak-anaknya.

" Assalamualaikum anak-anak mama. Ariff Haikal ... mesti kamu dah jumpa dengan adik kamu kan? Mesti dia cantik kan? Kamu gembira tak ... sayang mama, Balqis ... mama minta maaf sebab tak sempat lahirkan kamu. InsyaAllah nanti tunggu mama tau di syurga. Mama sayang kamu berdua. Mama ... tsk ... mama rindu kamu berdua. Anak sulung mama ... tolong jagakan adik okay. Mama pergi dulu ye. Assalamualaikum" kata Nadia sambil mengesat air matanya. Dia terus masuk ke dalam kereta lalu melepaskan tangisannya.

SKIP

Aini masuk ke dalam sebuah restoran. Apabila ternampak seseorang dia terus duduk di hadapannya.

" Apa kau nak?" tanya seseorang di depannya.

" Hahaha ... aku tahu kau pon ada dendam dengan Nadia kan? Tak perlulah sembunyi lagi. Aku dah tahu. Aku dah siasat semua pasal kau." kata Aini sambil menyerahkan dokumen kepada orang yang berada di depannya.

Orang itu mengambil dokumen itu lalu membacanya.

" Ma ... macam mana kau tahu?" tanya orang itu.

" Bila ada duit ... semua benda boleh dapat. Okaylah kita pergi terus dengan apa yang aku nak. Aku taknak banyak ... aku cuma nak harta ja. Harta sahaja. Kau nak Adam tu silakan. Tapi misi kita sama, iaitu hapuskan Nadia betul?" tanya Aini tersenyum. Orang di depannya mengangguk.

" Jadi apa kau nak dengan aku?" tanya orang itu.

" Kita bekerjasama. One day, aku dapat apa yang aku nak, kau dapat apa yang kau nak dan kita dapat apa yang kita nak. Clear?" tanya Aini. Orang di depannya berfikir sejenak lalu tersenyum. Dia berjabat tangan menandakan persetujuan. Mereka mula merancang rancangan jahat mereka.

SKIP

" Sayang, abang pergi jumpa dengan client dulu ye. Tidur awal okay." pesan Adam. Nadia mengangguk.

" Kamilia pergi dengan siapa?" tanya Nadia. Ye Kamilia masih lagi personal assistance Adam kerana Adam belum berjumpa dengan PA baru. Malam ini mereka akan berjumpa dengan client besar untuk projek Adam yang seterusnya.

" Dia kata dia nak naik grab ja. Biasalah sayang bukan tak tahu dia tu kan tak selesa bila duduk berdua ja dalam kereta. Nak ajak sayang, sayang mesti letih." kata Adam segak berpakaian hitam harini. Kacaknya suami aku.

" Okay lah kalau macam tu. Berhati-hati ye" nasihat Nadia. Adam mengangguk lalu terus bergerak ke destinasi. Tidak lama itu Kamilia keluar dari bilik.

" Amboi cantiknya kawan aku ni, macam nak pergi bernikah" kata aku memuji kecantikan Kamilia.

" Ish mana ada. Cantik ke aku ni. Kau lagi cantiklah. Aku gerak dulu eh, dah lewat ni." kata Kamilia. Aku mengangguk lalu bergerak ke bilik tidur.

Malam itu Adam dan Kamilia nampak cekap mengendalikan mesyuarat itu. Mesyuarat itu diadakan di Hotel Seri Jaya yang merupakan salah satu hotel Nadia. Setelah selesai mereka menjamu selera dan sedikit demi sedikit para client yang hadir beransur pulang. Di sebalik dinding, Aini mula tersenyum manis. Ini saatnya dia memulakan rancangannya yang pertama. Dia mengambil dua minuman lalu meletakkan ubat tidur dalam air itu. Dia berpakaian seperti pramusaji pada malam itu untuk mengelakkan dirinya dikesan. Dia menyerahkan dulang berisi air itu kepada orang lain kerana gusar Adam mengecamnya.

" Kau ingat benda ni. Gelas yang berada di sebelah kiri ni ada ubat tidur dan ini untuk Adam, yang sebelah kanan untuk perempuan bodoh tu. faham?" kata Aini sambil menjegilkan mata. Perempuan pramusaji itu mengangguk terketar-ketar. Dia terus membawa minuman itu kepada Adam dan Kamilia.

" Tahniah Kamilia. Bagus kau malam ni" Adam memuji kehebatan Kamilia.

" Takdelah, biasa ja. Alhamdulillah." kata Kamilia.

" Tuan ... p-puan. Minum" kata pramusaji itu. Akibat ketakutan dia tersalah beri air itu. Aini menyumpah seranah di belakang sana.

" Hello Salim, kau pergi pukul Adam sampai dia pengsan dan bawa dia ke bilik hotel" kata Aini.

Adam dan Kamilia minum air itu. Tiba-tiba Kamilia merasa pening yang teramat.

" Adam aku pulang dulu. Aku rasa pening kepala" kata Kamilia lalu berdiri. Namun tidak sampai seminit, Kamilia jatuh rebah. Adam yang panik terus mengangkat Kamilia dan menyuruh pekerja menyediakan satu bilik kepada Kamilia. Adam membawa Kamilia ke bilik yang disediakan. Dia mengeluarkan telefon untuk memaklumkan kepada Nadia tentang Kamilia namun kepalanya rasa sakit lalu dia pengsan. Aini menutup pintu lalu tersenyum. Rancangannya malam ini pasti akan berjaya.

********

Nadia pergi ke dapur akibat kehausan. Dia mengambil gelas namun entah mengapa gelas itu jatuh dari genggamannya.

" Aduh kenapa rasa tak sedap hati eh." kata Nadia sambil menggelengkan kepala. Namun telefonnya berbunyi berulang kali. Nadia melihat nama pemanggil dan dia terus mengangkatnya.

" Assalamualaikum Engku Nadia, erm diminta Engku datang hotel sebab ada pegawai dari Jabatan Agama Islam nak bercakap dengan Engku." kata salah seorang pekerja hotel.

" Baiklah sekejap lagi saya sampai." kata Nadia lalu mematikan talian. Dia merasa tidak sedap hati dengan kehadiran pegawai majlis agama itu.

10 minit kemudian Nadia tiba di hotelnya. Dia segera pergi ke pejabatnya.

" Maaf tuan dan puan. Maafkan saya kerana lewat. Ada apa ye?" tanya Nadia tersenyum manis.

" Begini Engku, kami semua pegawai pencegah maksiat. Kami dapat laporan mengatakan suami Engku ada di bilik hotel dengan perempuan lain." kata salah seorang wakil kumpulan itu.

" Apa yang tuan-tuan mengarut ni? Suami saya? Mengarutlah." kata Nadia tidak percaya.

" Sebab itu kami panggil Engku untuk sama-sama jadi wakil. Kami pon tidak mempercayai seratus peratus." kata pegawai itu. Nadia mengangguk dan dalam masa yang sama dia takut bahawa kenyataan itu benar. Mereka bergerak ke bilik yang dikatakan itu. Pegawai itu membuka pintu dengan kunci pendua. Nadia melihat keadaan sekeliling dan dia berasa lega kerana tiada Adam di dalamnya. Namun hanya ada Kamilia yang berpakaian lengkap tidur di atas katil. Salah seorang pegawai memeriksa setiap tempat dan mereka menemukan seorang lelaki yang terketar-ketar di dalam tandas.

" Kamilia ... Kamilia ..." Nadia memanggil Kamilia dengan kuat. Kamilia tersedar dan membuka mata perlahan-lahan. Dia memegang kepala yang masih lagi sakit.

" Aku kat mana? " tanya Kamilia dalam separa sedar.

" Kau dalam bilik hotel aku ... tapi ada seorang lelaki dalam bilik ni juga. Mana Adam?" tanya Nadia risau.

" Hah? A ... pa kau merepek ni. Ada lelaki? Dia buat apa dekat sini?" tanya Kamilia ketakutan.

" Shuh jangan risau. Biar aku selesaikan semua ni. Boleh kau terang apa yang terjadi?" tanya Nadia sambil memeluk Kamilia.

" Habis ja mesyuarat tu ... lepas minum aku nak pulang ... tapi aku rasa sakit sangat kepala aku ni. Kemudian aku dah tak ingat apa-apa" kata Kamilia.

" Mana Adam?" tanya Nadia kembali. Kamilia sekadar menggelengkan kepala tanda dia tidak tahu.

" Sayang" panggil seseorangdi luar bilik

************

Fuh Adam takdelah guys. Nasib baik lagi. Jangan lupa vote

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now