Dera

1.5K 63 26
                                    

Selepas kehilangan Atiffa, Adam pulang ke rumah dengan beribu-ribu soalan di fikirannya. Kini sudah 3 bulan, Adam semakin tidak terurus. Manakala Kamilia semakin melampau dengan mengasari anak-anak Adam.

" Kau datang sini budak, kau nak mampus ka?" tanya Kamilia kepada Safia. Safia terjatuhkan cawan kaca milik Kamilia semasa bermain tadi. Tidak disangka yang ibunya akan marah begitu. Safia menggelengkan kepala kerana takut. Bekas lebam lamanya belum pulih akibat dipukul oleh Kamilia.

" Taknak ibu ... sakit," rintih Safia sambil menangis. Kamilia yang berang mengambil tali pinggang Adam lalu melibas paha kecil Safia. Safia merintih kesakitan. Arisa dan Ariff hanya mampu untuk mendengar sahaja rintihan adiknya. Haris yang tidak melakukan sebarang kesalahan pun turut terkena tempis.

" Eh budak, kau ni kan. Tak habis-habis tengok cerita kartun. Kau naik atas sekarang. Aku nak tengok cerita aku pula," halau Kamilia. Haris terus berlari ke atas kerana takut akan ibunya itu.

" Menyusahkan aku betul budak-budak ni. Harap mampus saja lah," kata Kamilia sambil membuka rancangan kegemarannya. Dia sudah mula menunjukkan taringnya.

Tetapi Kamilia hanya berbuat begitu apabila Adam tiada di rumah. Sekiranya Adam ada, dia akan berlakon berbuat baik dengan anak-anak itu. Tidak sampai 5 minit, Haris turun semula.

" Ibu, abang dan kakak lapar. Tadi Haris dengar perut mereka berbunyi." Lancar Haris berkata. Kamilia rimas dengan bebelan dari Haris itu.

" Lantaklah dekat mereka. Aku dah penat masak. Biar mereka kebulur. Aku nak layan cerita aku ni," kata Kamilia lalu menghalau Haris. Haris mencebik lalu naik ke atas. Dia membuka televisyen di atas dan terpapar satu iklan. Dalam iklan itu, ada promosi dari Hospital Hamelda dan tukang promosi itu ialah Nadia. Haris menatap lama wajah yang terpapar di kaca televisyen.

" Mama?" panggil Haris perlahan. Dia cuba membaca perkataan yang tertera di kaca televisyen itu. Walaupun usianya boleh dikatakan masih kanak-kanak namun Adam dan Nadia amat menitik beratkan pembelajaran anak-anak.

" Sila hubungi Dr. Balqis di talian ... " sebut Haris satu persatu. Dia pasti itu mamanya walaupun dia memakai tudung dan solekan. Dia mengambil telefon rumah dengan berhati-hati dan mendail nombor itu.

" Assalamualaikum, siapa di talian?" tanya Nadia.

" Mama?" sebut Haris. Nadia terdiam. Bukankah itu suara anaknya?

" Siapa ni?" tanya Nadia berpura-pura.

" Ini Haris mama. Haris tahu ini mama. Mama ... Haris rindu mama. Mama pergi mana? Baliklah. Ibu jahat," kata Haris. Nadia sebak. Ya Allah dia amat rindukan anak-anaknya. Tapi kenapa dia kata Kamilia jahat pula? Dia perlu siasat perkara ini dan dia perlu teruskan lakonannya.

" Adik ni salah oranglah. Saya bukan mama awak," kata Nadia perlahan. Dia sebenarnya tak sanggup nak menipu dengan anak-anaknya.

" Tapi Haris tahu ini mama. Mama selalu nyanyi dekat Haris waktu tidur tapi ibu taknak. Ibu kata kami menyusahkan. Abang dan kakak sekarang sakit. Mereka tidur atas katil ja," kata Haris lagi. Kali ini Nadia kembali sebak. Ya Allah benarkah anak-anaknya sakit? Nadia terus mematikan talian kerana dia sudah tidak tahan lagi.

Hazim masuk ke dalam bilik Nadia bersama seorang lelaki dan seorang perempuan yang bertudung. Nadia mengelap air matanya lalu menjemput mereka untuk duduk.

" Silakan ustaz, ustazah. Sila duduk," kata Nadia. Ustaz dan ustazah itu duduk selepas dipelawa.

" Saya Ustaz Rizqi dan ini isteri saya Ustazah Aminah. Kami dapat tahu tentang kes salah satu pesakit doktor daripada Internet. Jadi kami datang untuk membantu kerana kami rasakan ini merupakan kes yang sangat berat," tutur Ustaz Rizqi dengan sopan. Nadia mengangguk memahami tujuan mereka.

" Jadi sebenarnya apa yang berlaku dengan kawan saya?" tanya Nadia tidak sabar.

" Saya ringkaskan. Kawan doktor terkena sihir dengan orang lain. Sebenarnya saya ni ada deria keenam dan sebenarnya benda itu masih berkeliaran. Dan saya dan suami telah kesan dari mana punca sihir ini berlaku," kata Ustazah Aminah. Nadia terkejut dengan apa yang dikatakan oleh kedua-dua orang di hadapannya. Masih ada lagi yang guna ilmu hitam di zaman sekarang?

" Boleh ke bawa saya ke sana? Saya nak langsaikan segala hutang Allahyarhamah. Mungkin orang yang menghantar sihir itu ada motifnya dan saya nak kawan saya pergi dengan aman," kata Nadia. Ustaz dan ustazah itu mengangguk tanda bersetuju.

Mereka menaiki kereta Hazim untuk pergi ke rumah orang yang menghantar sihir itu. Namun apa yang pelik bagi Nadia ialah, kereta ini berhenti di rumah lamanya.

" Ustaz ... betulkah ini rumahnya?" tanya Nadia. Ustaz itu mengangguk. Nadia menelan air liur. Takkanlah Kamilia dalangnya?

Ustaz dan isterinya memberi salam. Adam dan Kamilia yang baru selesai makan terkejut apabila ada orang datang ke rumah mereka.

" Waalaikumuslam ... masuklah." Adam menjemput mereka masuk. Namun entah mengapa hatinya berasa berdebar-debar apabila melihat perempuan yang bertudung. Mukanya ada iras isteri lamanya.

" Ada apa ya kedatangan semua?" tanya Kamilia gusar. Entah kenapa makhluk peliharaannya mengamuk sebentar tadi.

" Saya tahu ini seperti biadab dan tak masuk akal. Tapi ada orang yang hantar sihir dekat kawan saya. Jadi saya datang ini untuk membayar hutang kawan sayalah kalau ada," kata Nadia sambil tersenyum. Kamilia sudah rasa gelabah.

" Beginilah. Sebenarnya dalam rumah ni ada banyak penghuni lain selain manusia. Saya datang sini untuk merawat kamu semua. Saya harap kamu semua dapat memberi kerjasama," kata Ustaz Rizqi.

" Walaupun nampak macam tiba-tiba tapi memang kebelakangan ini saya rasa macam nampak sesuatu. Bila malam, rasa macam kena tindih. Diri saya pun macam tak terurus," kata Adam.

" Eh, takperlulah. Rasanya ustaz dan ustazah salah rumah kot. Saya okay ja!" kata Kamilia tersenyum.

" Memang lah okay sebab awak yang hantar 'benda' tu dekat orang lain. Awak juga telah buat macam-macam di rumah ini," kata ustazah Aminah.

***********

Jangan lupa untuk vote!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now