Siapa Dia?

1.3K 71 9
                                    

Aku menyediakan bahan untuk membuat ayam masak lemak cili api yang dipinta oleh ayah mertuaku sebentar tadi. Bahan-bahannya adalah, 1 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 20 biji cili padi dan 1 inci kunyit hidup. Semua ini ditumbuk. Seterusnya, sebatang serai diketuk, 3 sudu besar minyak masak, 1 ekor ayam, 2 biji kentang, 2 keping asam keping, 500 ml santan kotak, 1.5 liter cawan air, garam, gula, 1 biji tomato, 1 biji lada merah dan 1 helai daun kunyit.

Aku memanaskan periuk dan memasukkan sedikit minyak dan menumis serai yang sudah diketuk bersama bahan tumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan ayam dan tumis sebentar sehingga ayam sedikit garing. Masukkan kentang dan biarkan dalam masa 5 minit.

" Sayang" Adam memanggilku lalu memelukku dari belakang. Alahai, masa ni la sibuk nak memeluk pon.

"Ye abang, Nampak tak sayang sibuk ni"

" Hehe sayang nampak seksi la, hm" kata Adam sebelum meletakkan dagunya di bahuku. Aduh nak romantik pon agak-agak la. Kang anak-anak dia masuk nanti, tak pon Mak Temah, malu la dia.

" Jangan la kacau. Nak masak ni!" Aku cuba menghalaunya.

"Ala nak tolong. Please!" Adam cuba memujukku. Haih.

" Ye la, pergi masukkan air dan asam keping tu kemudian renehkan bagi kentang dan ayam sedikit empuk okay" Aku mengarahkan suamiku untuk melakukan apa yang aku sebutkan tadi.

" Baik kapten!" kata suamiku lalu tangkas membuat kerja. Tak dinafikan Adam sememangnya agak hebat dalam memasak dan selalu menolongnya memasak tetapi kerja yang sepatutnya siap dalam masa 30 minit akan menjadi 1 jam jika bersama dengan dia. Sekejap ganggu, sekejap manja, sekejap merajuk. Aku mengerling sebelah. Dilihat Adam sudah memasukkan santan dan garam serta gula mengikut cita rasa. Kemudian dia masukkan cili hidup yang dipotong, tomato dan hirisan daun kunyit sebagai hiasan. Aku meneruskan hidangan yang seterusnya iaitu daging masak kicap untuk anak-anak aku yang tak makan pedas.

Ting Tong Ting Tong

Bunyi loceng rumah kedengaran.

" Kejap, sayang pergi bukakan ye"

Adam sekadar mengangguk. Aku membuka pintu. Kelihatan seorang wanita tersenyum kepadanya. Dibelakangnya terdapat dua bagasi beg.

" Ye, cari siapa?" tanya aku sambil tersenyum.

" Erm, Adam ada?" tanya perempuan itu.

" Cik ni siapa ye? Boleh saya tahu?" tanya aku sopan.

" Awak ni siapa pula?" tanya perempuan itu kembali. Eh eh, tumbuk satgi kot, orang tanya dia, dia tanya orang balik.

" Kenapa ni?" tanya Adam. Pelik tadi dia di dapur kenapa Nadia mengambil masa yang lama.

" Abang Adam!" panggil perempuan itu. Eh eh suka suka hati je nak panggil suami aku abang.

" Tengku Sharifah Aini?" panggil Adam dengan mata terbeliak dan mulut ternganga.

Sharifah Aini? sapa pula ni?

" Ye abang Adam! I dah balik" kata perempuan yang bernama Sharifah Aini tu dengan gembira.

" Sapa tu abang?"

" Jom la masuk, jom jumpa ayah" ajak Adam gembira. Jelas nampak di raut mukanya sehingga mengabaikan aku. Hm. sokay. Nanti Adam ceritalah tu.

Aku meneruskan masakanku. Aku mengerling ke arah jam dan melihat jarum jam sudah berada di angka 8. Dari pukul 7 lagi, suaminya dan perempuan itu belum turun. Malas la dia ingin ambil tahu. Aku segera pergi menguruskan diri lalu pergi memanggil mereka untuk turun makan.

" Abang, ayah, erm Aini? Jom turun makan. Hidangan dah dihidangkan" kata aku tersenyum manis.

" Jom Aini, jom pergi makan. Nanti malam kita sembang lain okay" kata Adam. Mereka berdua turun dahulu. Aku membantu ayah untuk turun bersama-sama.

"Kamu ok Nadia?" tanya Tengku Airil.

" Erm okay, kenapa ayah?" tanya aku sopan.

" Ayah tahu, kamu mesti tertanya-tanya siapa dia kan?" kata Tengku Airil. Dia dapat baca reaksi Nadia apabila melihat kemesraan antara Aini dan Adam.

" Takdelah, hehe" kata aku tersenyum kelat. Di mulut kata tak tapi dalam hati?

" Tengku Sharifah Aini Binti Tengku Kamal, satu-satunya sepupu, rakan dan adik Adam. Dahulu sewaktu isteri ayah meninggal, Adam masih kecil dan menangis teruk kerana rindukan emaknya. Dan secara tiba-tiba ayah terpaksa berhijrah ke Jepun selama 2 tahun. Ayah tidak dapat bawa Adam ke sana kerana tiada sesiapa yang boleh menjaganya disamping dia masih belum mahir berbicara dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris. Jadi ayah terpaksa menyuruh keluarga Tengku Kamal, iaitu adik lelaki emak Adam. Selama dua tahun tu, mereka sentiasa bersama. Bermain, tidur, makan...semua bersama. Mereka selalu berjumpa sehinggalah Adam besar dan waktu umur 13 tahun kalau tak silap ayah, Aini tu berpindah ke negara lain dan terus hilang contact. Jadi Adam agak sedihlah. Hampir 10 tahun mereka tak berjumpa jadi bila dah berjumpa macam ni, rindulah kenangan lama. Ayah ni banyak berhutang budi dengan diorang. Jadi Nadia jangan risau sangatlah ye. Insya-Allah takdak apa-apa berlaku" cerita Tengku Airil.

Aku hanya meng'oh'kan saja. Rupa-rupanya sedih juga kehidupan Adam. Sudah tiada emak di usia setahun jagung. Dia patut membuang perasaan cemburu dari dirinya. Sebentar tadi, siapalah yang tak cemburu bila suami berkepit dan bersenyum dengan mesra dengan orang luar. Sekarang dia taknak ada perasaan itu lagi. Aku turun bersama Tengku Airil ke meja makan. Aku lihat Adam masih berborak mesra dengan Aini, langsung tidak mempedulikan aku. Sewaktu aku ingin mengambil mangkuk yang berisi nasi, Aini terlebih dahulu mengambilnya.

" Oh maaf Nadia, I dulu selalu buatkan semua ni, harap U tak marah" kata Aini.

" Ha ah sayang, kalau nak tahu dulu Aini lah siapkan semua ni" kata Adam.

Ha baru perasan ke isteri ada, ingat tak perasan dah. Nak ja hambur, tapi apakan day aitu suaminya, dia berhak berkawan dengan sesiapa sahaja. Dulu pon dia ada ja kawan dengan Ilyas. Hm, rindunya kawan baiknya.

" Hai mama, papa, tokwan dan er" kata Safia sejurus tiba di meja makan.

" Hai sayang, perkenalkan nama akak, Aini. Boleh panggil akak Aini. Sayang nama apa?"

" Hai kakak cantik, nama saya Safia" kata Safia. Kemudian anak-anaknya yang lain turut beramah mesra dengan Aini. Aku seketika rasa gembira kerana jarang anak-anak aku ni bergaul dengan orang lain. Selalu melekat dengan telefon ja. Aku rasa kehadiran Aini membawa seribu kebaikan selain menggembirakan hati suaminya dan anak-anaknya. Aku akan cuba bergaul dengan dia nanti, mungkin boleh dijadikan kawan. 



***********

Maaf lambat publish, saya terlupa hehe. Btw korang suka ka dengan kehadiran Aini tu? Korang rasa dia baik ka jahat?

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now