" Mesti you bertuah sangatkan dapat suami macam Adam?" tanya Aini semasa kami sedang menikmati minuman.
" Betul, Adam seorang lelaki yang amat sweet and caring... dia selalu gembirakan aku dan anak-anak. Dia lelaki yang terbaik pernah aku jumpa selepas arwah kawan baik aku."
" Siapa tu?" tanya Aini tampak berminat.
" Ilyas...dia kawan baik aku yang sentiasa support aku...sentiasa mempercayai aku, baik dan berlemah lembut " jawab aku sambil terkenang kisah lama.
" Oh, apa jadi dekat dia? Maksud I macam mana dia boleh meninggal?" tanya Aini lagi.
Aku tersenyum kelat. Aku menutup mata sambil mengambil nafas yang berat.
" Dia ditembak oleh adiknya, merangkap kawan baik saya juga. Tembak demi harta. Tamak...sehingga membunuh ahli keluarga sendiri. Mungkin balasannya, kereta yang dipandunya jatuh ke dalam gaung. Tapi kisah tu dah lama, jadi saya sudah maafkan dia."
Sungguh aku sebenarnya jenis yang mudah memaafkan orang. Tak sampai hati.
" Kejamnya, dia tak sepatutnya buat begitu...demi harta dia sanggup bunuh abangnya? OMG!" kata Aini seperti tidak mempercayai.
Aku hanya terdiam...melayan kenangan lampau. Selepas minum, kami segera membeli barangan untuk memasak nanti. Aku tidak menyangka, semanja-manja Aini...dia tahu membeli barangan untuk masakan. Nampaknya Aini memang gemar memasak.
" Erm, kau buat nasi ayam boleh? sedaplah. Rasa macam dulu." kata Aini sambil memejamkan mata mencuba merasai keenakkan nasi ayam.
" Macam dulu? Aku rasa aku tak pernah jumpa kau selama ni, macam mana kau tahu dulu aku ada masakkan nasi ayam?" tanya aku kehairanan.
Memang dulu dia ada buat nasi ayam. Dia buat nasi ayam bersama Alya, Sofea dan Atiffa dan ketika itu Adam datang untuk latihan sukan untuk ke London. Seingatnya, itu masakan nasi ayam terakhir yang dia buat kerana anak-anaknya kurang suka akan nasi itu.
" Oh, erm Adam ada cerita haritu. Dia kata nasi ayam yang you buat, sedap. I ni penggemar nasi ayam" kata Aini
" Oh hahaha, boleh je." kata aku tersenyum.
Bunyi deheman seseorang menyebabkan aku memandang ke belakang. Terdapat satu patung teddy bear berwarna pink yang besar dipegang oleh seseorang.
" Cak" Adam menunjukkan kepalanya di sebalik teddy bear yang besar itu. Aku tersenyum.
" Apa ni abang, malulah sayang" kata aku sambil memandang sekeliling. Dah la dekat bahagian sayur, boleh pula dia beri teddy bear ni. Agak-agak la nak sweet pon, tak kena tempat.
" Hehe, saja la hadiah...tadi waktu abang nak ke sini, abang nampak. Comel macam sayang. Sebab tu abang belikan" kata Adam tersenyum. Orang yang ada di sekeliling mengambil gambar dan ada yang merekod video. Mereka berbisik sesama sendiri sambil tersenyum.
" Terima kasih abang rawr" kata aku sambil memeluk suamiku. Apa pandang-pandang? biarlah...suami aku
" Sama-sama sayangku aumm" kata Adam membalas pelukan ku.
" Erm abang Adam, Aini nak juga hm" kata Aini tiba-tiba.
Aku melepaskan pelukan dan memandang pelik dengan Aini. Dah kenapa tetiba minta dekat suami aku. Pergi la beli sendiri.
" Please...please...please nak jugaaa" kata Aini dengan gedik. Geli aku tengok!
" Sayang siapkan dulu apa yang sayang buat, abang nak pergi beli dekat budak manja ni kejap! Sibuk je, orang nak dia pon nak. Nanti balik dengan abang tau, nanti dah habis telefon. Jangan lupa tau " kata Adam sebelum menyuakan tangan. Aku memegang tangan Adam dan menciumnya.
" Yeay, jom!" kata Aini sebelum memegang lengan suamiku. Amboi...amboi...amboi, banyak cantik lu! suka suka hati je nak pegang. Adam pon tak halang. Dah la malas fikir! Aku mencari bahan-bahan masakan untuk tengah hari ini.
Aku berjalan hampir 2 jam di dalam shopping mall ini. Kelibat batang hidung suamiku dan Aini pon tak nampak. Bukan hidung je tak nampak, bayang pon tak nampak. Aku dah call berkali-kali...tak angkat. Pergi mana suami aku ni! Dah satu mall aku jalan, bukan setakat kedai jual teddy bear, tandas pon aku masuk cari. Haih. Penat lah. Sedang aku ralit membebel sorang-sorang, aku nampak dua makhluk sedang minum santai sambil bergelak ketawa. Okay tu suami aku dan Aini. Tubir mataku mula dipenuhi dengan air mata. Bodoh! Aku penat cari, kat sini korang duduk. Dah la kalau aku tahu, aku balik dengan teksi je. Menyesal tadi naik kereta Aini. Disebabkan aku bebal, aku terus menapak keluar dan menahan teksi. Bagai nak mengamuk, tiada teksi yang lalu. Aku buka aplikasi grab dan malang bila bateri aku is about to die! Perjalanan dari sini ke rumah aku ambil masa 15 minit kalau naik kereta. Kalau jalan kaki? 30 minit. Penat bodo! Patah tulang kaki aku. Dengan dua beg penuh bahan masakan lagi.
Malas nak berfikir dan malas menganggu suamiku, aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam orang hulurkan bantuan untuk menumpang. Bukan berlagak atau jual mahal, cuma manusia sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Aku takut. Jadi aku menolak dengan cara baik. Sambil berjalan, sambil teringat apa yang dia nampak tadi. Suaminya duduk bersenang, bergelak ketawa dengan Aini sedangkan aku cari dia hampir 2 jam! Konon suruh telefon la, tunggu la, balik dengan dia lah. Penat. Satu perkataan aku boleh kata sekarang. Bukan penat sebab jalan kaki, tapi penat hadap perangai suaminya. Tolonglah hormat aku sebagai isteri. Isteri mana yang suka lelakinya dipeluk oleh perempuan lain.
Sambil membebel dan menangis, akhirnya aku sampai. Aku lihat kereta Adam sudah terpacak di depan rumahku. Angin aku menjadi-jadi lagi apabila melihat kereta Aini turut ada. Aku semak telefon aku...tinggal 1% , aku buka kalau-kalau Adam ada call. Takdak weyh! Sumpah nak kena maki ke? Sabar Nadia...tu suami kau. Syurga di bawah tapak kakinya.
" Assalamualaikum" aku memberi salam. Adam dan Aini membalas salam. Reaksi Adam bagai terkaku kejap.
" Sa...sayang balik naik apa?" tanya Adam terketar-ketar.
" Naik motosikal" jawab aku selamba sambil meletakkan bahan-bahan di atas meja dapur.
" Serius please..." pinta Adam
" Jalan kaki" jawabku sepatah sambil mengeluarkan ayam lalu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
" Ya Allah, sayang...kenapa jalan kaki? Kenapa tak call abang?" tanya suami seolah-olah menyalahkan ku.
" Heh, tak telefon? cuba awak tengok telefon awak tu" kata aku dah tukar panggilan abang-sayang kepada saya-awak. Sikit lagi aku-kau terus.
Adam terus mengeluarkan telefonnya. Dia menepuk dahi. 35 missed call from sayang. Kenapa dia silent? Seingatnya dia tak pernah silent.
" Abang betul-betul lupa. Maafkan abang" ucap Adam rasa bersalah.
" Mana tak lupanya, dah seronok bergelak ketawa dengan sepupu awak tu" sindir aku. Ambik kau! Aku terus berlari naik ke atas. Adam tanpa menunggu terus berlari ke arahku cuba menerangkan.
Di sebalik dinding, ada seseorang yang mendengar. Dia tersenyum.
******************
Okay done! Sorry agak sibuk sehingga tak update cerita. Pengakhiran bulan 12 dan awal bulan 1 saya akan kerap update ( InsyaAllah) . Btw siapa yang tersenyum? kenapa dia senyum? macam mana dengan Adam dan Nadia? Nak tahu? kena la vote!!!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...