Keadaan menjadi kucar kacir. Keadaan menjadi lebih keruh apabila anak-anaknya datang dan menangis melihat keadan datuk mereka. Aini juga datang melihat kekecohan yang terjadi.
" Apa yang berlaku abang Adam? " tanya Aini cemas.
" Tak tahu, selepas uncle makan, terus keluar buih macam ni" kata Adam sambil mendukung ayahnya. Dia harus segera ke hospital. Kamilia tanpa berlengah mengikut jejak suaminya. Nadia terkaku di dalam bilik itu. Dia ... dia tak buat apa-apa.
" Hey perempuan! Apa yang kau buat dekat uncle aku hah! Dia ada salah apa. Kau racun dia ke? Kau jangan sampai uncle aku mati! Kalau dia mati, siap kau aku kerjakan. Dasar pembunuh! Bodoh! " tengking Aini puas. Dia terus membawa anak-anak Nadia ke hospital juga.
" Shuh, korang jangan menangis ye. Akak tak tahu kenapa mama kamu sanggup buat begini dekat tokwan. Kamu sabar ye. Jangan menangis ... jom ikut akak pergi hospital" ajak Aini sambil tersenyum puas melihat Nadia menjadi buntu. Anak-anaknya mengangguk lalu mengikuti jejak Aini.
Nadia masih terdiam bak batu. Dia tidak mampu bersuara mahupon bergerak. Tangannya diangkat ... tangannya bergetar teruk dek kejadian ini. Dia beristigfar lalu cuba bertenang. Dia tidak buat salah ... buat apa dia nak takutkan? Nadia mengambil teksi lalu bergerak ke hospital yang terdekat. Dia pergi ke kaunter pertanyaan dan menanyakan bilik Tengku Airil yakni bapa mertuanya.
" Pesakit bernama Tengku Airil masih berada di bilik kecemasan puan. Puan belok ja kiri selepas kaunter ni dan pusing kanan. Puan akan jumpa bilik kecemasan." Juru rawat itu menerangkan satu persatu. Nadia mengucapkan terima kasih lalu tersenyum. Dia bergerak perlahan-lahan dan cuba berzikir. Nadia akhirnya sampai di bilik kecemasan. Dia lihat Adam dan lain-lain masih berada di luar bermakna ayahnya masih di dalam bilik kecemasan.
" Nadia" panggil Kamilia. Kamilia terus berjalan ke arah Nadia lalu memeluknya.
" Kamilia ... aku ... aku tak buat apa-apa. Macam mana dengan keadaan ayah?" tanya Nadia dalam keadaan resah.
" Shuh ... biar doktor buat kerja. Ayah masih dalam bilik kecemasan. Belum ada tanda-tanda dia akan keluar, kau okay tak ni?" tanya Kamilia prihatin. Nadia sekadar mengangguk lemah. Dia berjalan ke arah Adam. Adam kelihatan tertekan dan sedih. Mana taknya, pesakit di dalam bilik kecemasan itu adalah ayah kandungnya. Siapa sahaja yang tak sedih.
" Abang," panggil Nadia. Namun tiada balasan daripada Adam. Nadia menahan air matanya daripada keluar. Tiba-tiba doktor keluar daripada bilik kecemasan. Adam terus berdiri dan bertanya tentang keadaan ayahnya.
" Maaf, pesakit bernama Tengku Airil sudah meninggal. Dia meninggal kerana sejenis racun yang bahaya iaitu Skripholine. Racun ni sebenarnya susah untuk dapatnya dekat kedai-kedai di Malaysia ni. Racun ni selalu ada di hospital swasta sahaja. Kami mohon maaf ye kerana tak dapat selamatkan pesakit" kata doktor sebelum pergi dari situ.
" Innalillah" kata Kamilia dan Nadia.
Adam terduduk lemah. Kamilia memeluk Adam untuk menyalurkan kekuatan. Anak-anaknya menangis kerana datuk mereka sudah pergi menghadap Ilahi. Aini mengambil kesempatan ini untuk mengeruhkan keadaan lagi.
" Dasar pembunuh. Kau kan yang letak racun tu dalam makanan uncle. Kau tahu tak aku anggap uncle tu macam keluarga aku sendiri. Tergamak kau bunuh uncle ! Kau sorang ja yang masak waktu tu kan? Dan waktu tu aku dengar ada bunyi bising macam bunyi pergaduhan. Kau gaduh dengan uncle kan then kau letak racun. Doktor tu cakap racun tu hanya didapati di hospital swasta kan? Bukan ke kau pergi sana haritu?" kata Aini sambil berpura-pura menangis. Nadia akhirnya jatuh terduduk. Dia mengesot ke arah Adam dan memegang kaki Adam.
" Abang ... tak kan saya nak bunuh ayah. Tergamak ke saya nak bunuh. Abang ... saya tak bersalah ... tsk ... tsk ... saya tak bersalah abang. Saya sayang ayah. Walaupun ayah kata macam tu tapi saya dah terima dengan ketentuan Allah. Saya dah terima apa yang ayah katakan. Benar kata ayah ... tepat perbuatan ayah, sayang tak bersalah abang." Nadia menangis sambil memeluk kaki Adam namun Adam segera menepis. Tiba-tiba datang tiga orang pegawai polis ke arah mereka.
" Tengku Adam, saya Inspektor Amirul, ini Inspektor Haris dan Inspektor Aulia." Pegawai polis itu memperkenalkan diri.
" Saya Tengku Adam. Perempuan ini yang didapati paling ada banyak peratus untuk menjadi seorang pembunuh. Sebab? Sebelum kejadian ini berlaku, ada sedikit pertelingkahan antara mereka berdua. Selain itu, dia adalah orang yang satu-satunya memasak pada hari itu dan dia pernah pergi ke satu hospital swasta, jadi racun itu mungkin dari situ." Adam menerangkan satu persatu.
" Terima kasih. Kami akan menyiasatnya" kata Inspektor Aulia sambil menggarikan tangan Nadia. Nadia menggelengkan kepala tanda dia tidak bersalah.
" Bukan saya yang bunuh. Bukan saya. Jangan tangkap saya" kata Nadia menangis. Kamilia yang melihatnya menangis-nangis.
" Abang, kenapa panggil polis. Janganlah tangkap dia. Abang!" panggil Kamilia namun tidak diendahkan oleh Adam.
Aini tersenyum sinis. Rancangannya sedikit sebanyak sudah berjaya. Padan muka orang tua bodoh tu. Kalau dia tak ganggu rancangannya, sudah pasti dia akan hidup. Bye Nadia! Duduklah dalam penjara tu!
Flashback
Tengku Airil gembira dengan kedatangan menantunya. Aini yang kebetulan lalu pelik dengan sikap Tengku Airil.
" Uncle ... okay ke tu? Kenapa tersenyum je" tanya Aini.
" Oh , kejap lagi Nadia dan Adam nak datang ... nak masak dekat sini. Lagipon uncle ada lah nak cakap sesuatu dekat Nadia" kata Tengku Airil. Aini sekadar meng'oh'kan sahaja. Dia ingin berlalu pergi namun ditahan oleh Tengku Airil.
" Uncle nak cakap sesuatu ni. Tadi ayah kamu telefon dan dia tanya sesuatu tentang kamu" kata Tengku Airil sambil tersenyum.
" Apa?"
" Dia kata kamu hilang tanpa dijejak selama hampir sebulan. Dan akhirnya mayatnya ditemui mati dibunuh. Kulit mukanya hilang dan hanya tinggal tulang temulang. Berdasarkan DNA, itu adalah Aini. Jadi uncle pelik dan suruh orang menyiasat. Rupa-rupanya kamu Tengku Atiffa Binti Tengku Roslan yang disahkan meninggal beberapa tahun lalu. Tergamak kamu membunuh seseorang yang rapat dengan Adam. Kamu malah membuat pembedahan plastik! patut uncle rasa kamu ni agak pelik" kata Tengku Airil sambil memandang tajam.
Aini atau sebenarnya Atiffa terkejut. Sh*t. Macam mana orang tua ni tahu.
" Maaf, nanti Ai ... Atiffa pergi balai. Tapi biarlah Atiffa minta maaf dulu ye?" kata Atiffa sambil berpura-pura menangis. Dia hanya berlakon untuk melepaskan diri. Dia mesti hapuskan orang tua ni!
" Baiklah, uncle harap kamu dah insaf" kata Tengku Airil tidak mencurigai apa-apa. Atiffa keluar lalu mengeluarkan racun yang diseludup masuk dari negara luar dan meletakkan dalam bahan masakan. Biar Nadia masak dan dia akan dituduh menjadi pembunuh. Sambil orang tua tu mati, sambil Nadia meringkup dalam penjara!
End Flashback
Tidak disangkanya, berlaku pertelingkahan antara Tengku Airil dan Nadia mengukuhkan lagi motif pembunuhan. Sekarang dia selamat, tiada siapa tahu dia adalah Atiffa. Dia sudahpon mengupah orang luar untuk membunuh mak ayah Aini daripada membongkarnya. Rancangan untuk membalas dendam atas perkara lalu akan menjadi kenyataan.
************
GUYS! Aini tu Atiffa! Atiffa bunuh Aini yang sebenar dan buat pembedahan plastik! Lepas ni jangan keliru eh kalau ada Atiffa dan Aini dalam masa yang sama hehe. Macam mana Atiffa boleh hidup? Tunggu nanti dia cerita hehe. Jangan lupa untuk teruskan vote
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Storie d'amore🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...