" Macam mana dengan kehidupan awak sekarang, okay?" tanya Hazim.
" Kehidupan dia bahagia je dengan aku," jawab Adam berbunyi agak kasar. Aku menampar bahu Adam.
" Ish apa abang ni, hm tipulah kalau nak cakap semuanya bahagia. Dalam alam perkahwinan ni, gaduh-gaduh tu mematangkan kita." kata aku tersenyum.
" Alhamdulillah. Sekarang dah berapa bulan tu?" tanya Hazim.
" Nak masuk 4 bulan dah. Saya rasa ni last. Penat hahaha."
" Ala anak tu pembawa rezeki." kata Hazim sambil makan strawberi coklat itu.
" Senior tu, bila nak nikahnya. Membujang ja" seloroh aku.
" Belum jumpa jodoh yang sesuai. Zaman sekarang ni asal ada duit ... beratur. Semua masuk. Bila tak dak duit? Habis madu sepah dibuang."kata Hazim.
Aku sekadar mengangguk. Benar apa yang dikatakan oleh Hazim. Nak cari isteri ni untuk selamanya. Bukan sehari dua. Jadi kena cari yang betul-betul ngam dengan kita. kalau seorang api, carilah yang air. Bukan apa kang kalau dua-dua api, terbakar rumah.
" Kerja kat mana sekarang?" tanya aku sambil menyuap anak aku buah strawberi yang dipotong kecil-kecil.
" Erm saya jadi Ketua Pengarah Hospital Elizabeth. Alhamdulillah. Selain pengarah saya jadi ketua pakar bedah kat sana." kata Hazim sopan. Hazim sememangnya orang yang sopan, berlemah lembut, kacak dan mahir dalam bidang kedoktoran.
" Alhamdulillah. Hm nanti saya nak lahirkan anak, saya pergi hospital seniorlah. Dapat diskaun kan." kata aku sekadar berjenaka.
" Eh boleh. Layanan VVIP saya bagi. Khas buat junior saya." kata Hazim sambil ketawa. Aku turut ketawa bersamanya.
" Bukan hospital tu ja yang beri layanan VVIP. Kalau sayang nak, abang tempah satu hospital khas untuk sayang." kata Adam.
" Ish abang ni. Orang melawak ja la," kata aku tersenyum. Rasanya dia bau 'cemburu' ni.
" Takpelah, saya gerak dulu. Cuti sekejap ja. Esok dah nak gerak. Malam ni jom makan malam sama-sama? Saya belanja." kata Hazim sambil berdiri. Aku dan Adam sama-sama berdiri.
" Maaf, malam ni kami nak makan berdua dengan anak-anak ja" kata Adam dalam nada sedikit ketegasan. Aku memandang tajam. Dia ni! Aku mencubit kaki Adam secara senyap. Aku dapat melihat muka Adam sedang menahan kesakitan.
" Erm, tapi dah kau ajak, boleh ja. Makan malam bersama anak-anak hari lain pon boleh lagi. Kami cuti seminggu kan sayang?" kata Adam dalam nada agak kesakitan.
"Betul tu abang. Nanti Hazim hantar location okay. Ada tak nombor saya?" tanya aku.
" Rasanya ada, kejap saya cari." kata Hazim sambil mengeluarkan telefonnya. Dia mencari-cari nama Nadia dan menjumpainya.
" Ha ada, okay malam ni saya hantar lokasi restoran. Kita jumpa malam ini. Btw ni kad nama saya ... mana tahu nanti awak nak kerja ka balik sebagai doktor. Boleh datang. Saya akan terus terima awak sebab saya tahu awak mahir" kata Hazim sambil memberi kad namanya. Nadia telah mendapat pelbagai anugerah termasuklah Anugerah Kedoktoran Wanita yang mengalahkan banyak doktor pakar dari pelbagai negara. Kemahiran tangannya membedah dan menjahit tidak dapat disangkal lagi. Sekiranya Nadia tidak berhenti dari dunia kedoktoran, sudah pasti dia akan menjadi Pakar Bedah Negara Malaysia. Namun sudah tegas dengan keputusannya yang ingin melabur dalam bisnes membuatkan semua akur dengan keputusannya.
" Haha tak kot. Tapi saya ambil je la. Lagipun dah lama tak pegang pisau bedah oi. Dekat 6 tahun dah. Habis lupa dah hahaha"
" Ye la tu. Okay la saya gerak dulu. " kata Hazim tersenyum. Sebenarnya dahulu waktu dia menjadi senior Nadia, dia pernah tersuka Nadia. Dia jatuh cinta pandang pertama dan dia sebenarnya pernah memberitahunya tetapi ditolak secara baik kerana katanya walaupun ketika itu Adam sudah menceraikan dia, dia tetap menyayangi suaminya dan katanya Adam adalah cinta pertama dia dan tak akan mensia-siakan perkara itu. Hazim menerima keputusan itu dengan baik dan hubungan mereka menjadi lebih rapat. Namun dia berasa bahagia melihat orang kesayangannya bahagia. Dia mendoakan hubungan Nadia dan Adam kekal sehingga jannah.
" Terima kasih sekali lagi. Kalau ditakdirkan awak tak beli strawberi coklat ni dan orang lain yang belinya, memang tak dapat merasalah harini." kata aku sambil tersenyum. Mengidamnya sudah habis hehe selepas makan strawberi coklat itu.
" Sama-sama. Anything for you." kata Hazim sebelum bergerak ke keretanya.
"Seronok ye berbual dengan senior sampai lupa suami sendiri kat sebelah ni." kata Adam dengan muka ketatnya. Aku tersenyum.
" Abang, kenapa air ni tawar eh?" tanya aku.
" Hm kejap abang pergi tukar" kata Adam.
" Cuba abang senyum sikit, jangan masam je muka." kata aku sambil meletakkan jari di mulut Adam. Aku melakar senyuman menggunakan jari aku. Adam tersenyum.
" Hm manisnya air ni HAHAHAHA" ketawa aku. Adam terhibur dengan pickupline aku.
" Mengada ek sayang, nah rasakan" kata Adam sambil mencalitkan coklat di muka aku. Okay yang ni mendatangkan kemarahan aku. Aku mencelup tangan aku dalam bekas yang berisi coklat itu lalu melumur di muka Adam. Habis muka Adam dipenuhi dengan coklat. Aku ketawa besar, hahaha rasakan. Anak-anak turut ketawa apabila muka papa mereka dipenuhi dengan coklat. Adam turut ketawa bersama. Dia mencelup tangannya senyap-senyap lalu
" Ahhh lari," kata aku. Adam tidak sempat untuk mencalitkan coklat di muka aku kerana aku sudah lari. Ingat aku tak nampak ke hahaha. Aku mengunci kereta dan menghantar mesej kepada Adam.
Sayang
Basuh tangan, baru sayang buka.
Baik sayang buka
atau abang merajukWek, merajuk la. Nanti mama cari papa baru.
( Sticker menari)
Cuba la cari papa baru.
Bapak singa ni
mengamuk nanti.Dah pergi basuh tangan cepat.
Malam ni nak pergi makan malam lagi.Ye la mama singa . Rawr.
Aum. Rawr. Dah pergi basuh cepat.
Aku tersenyum bila Adam sudah membasuh tangan. Fuh, kalau tak habis malam ni muka aku kena gigit semut. Aku membuka kunci kereta lalu membiarkan Adam masuk. Adam tersenyum. Aku yang merasakan ada sesuatu terus menutup muka.
" Haha sayang dah kenapa?" tanya Adam.
" Baik abang bagitau, abang ada nak buat apa lagi hah? Baik mengaku" kata aku.
" Mana ada lah. Dah la oi" kata Adam sambil menarik tanganku. Aku mempercayainya.
Tiba-tiba ...
" ABANGGGG, PERGI LETAK JAUH-JAUH ... SAYANG GELI" jerit aku sekuat hati. Mana tak gelinya, dia pergi kutip ulat apa tah, geli ah.
Adam dan anak-anak hanya mengetawakan aku. Tunggu ye abang! Nanti sayang balas dendam balik.
*******
Jangan lupa untuk vote! Double Update!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...