Berita Baik

1K 64 80
                                    

" Ha ... hamil?" tanya aku bagai tak percaya. Syukur alhamdulillah.

" Alhamdulillah, terima kasih sayang" ucap Adam dengan tangisan. Kali ni dia tekad untuk menyambut kelahiran anaknya.

" Ye puan, sudah 3 bulan. Jadi disarankan puan tak lakukan kerja berat dan banyakkan rehat." nasihat doktor sebelum membiarkan kami keluar dari bilik.

" Mama, okey ke?" tanya Ariff risau. Begitu juga dengan yang lain.

" Mama akan dapat baby baru!" kata Adam dengan seronok. Anak-anak aku yang lain kemudiannya bersorak kegembiraan. Aku tersenyum manis, alhamdulillah. Lagi sorang anak.

" Abang, jom lawat Ariff Haikal? Lama tak lawat anak syurga kita" kata aku sedikit sebak bila teringatkan anak sulungku.

Adam sekadar mengangguk. Adam membawa kereta ke arah kawasan perkuburan Sungai Labu, tempat anak aku dikebumikan.

" Assalamualaikum sayang, anak mama buat apa tu? Mama nak bagitau satu berita baik. Mesti sayang suka. Mama ... mama me ... ngandung. Mesti sayang nak tengok adik-adik kan? Semoga sa ... yang bersemadi dengan aman. Mama akan tunggu sayang di Syurga ya. Ma ... mama rindu sayang, dulu sayang selalu tendang perut mama ... mama waktu tu teruja tau ... ma ... mama minta maaf sebab tak dapat selamatkan kamu ... mama minta maaf" Aku menangis sambil terkenangkan kisah dahulu. Sesungguhnya ketika itu aku amat membenci insan bernama Adam kerana dia, anak aku mati. Namun ada hikmahnya, lelaki yang aku benci sekarang adalah lelaki yang aku amat cinta. Adam datang memelukku.

" Maafkan abang atas dosa lama abang. Abang ... abang tak sedar atas perbuatan abang ... Ariff Haikal ... papa minta maaf ... pa...pa minta maaf. Papa tahu papa salah, maafkan papa. Papa akan jaga mama kamu dengan baik. Papa janji. Maafkan papa. Dulu kamu selalu masuk mimpi papa, papa menyesal sangat. Maafkan papa" kata Adam sambil mengesat air mata jantannya yang keluar.

" Abang, adik rindu abang. Adik tacod malam-malam tido sorang. Kalau ada abang mesti abang teman adik kan?" kata Haris seperti mengerti.

Aku menangis teresak-esak. Mungkin pembawaan bayi jadi aku lebih beremosi.

" Sayang dah, jom kita sedekahkan bacaan Yassin kepada anak kita.

Aku mengangguk sekilas. Selesai pembacaan kami terus pulang ke rumah. Sebelum pulang kami singgah untuk memberitahu berita baik ini kepada ayah Adam kemudian pulang ke rumah mak ayah aku sekejap.

" Assalamualaikum" panggil aku sambil mengetuk pintu.

" Waalaikumusalam" jawab Aini sambil membuka pintu.

" Eh abang Adam, hai Ariff,Arisa, Safia dan baby boy ... masuklah" Aku membuat muka menyampah. Habis aku tak payah pelawa masuk ke? Aku terus bergegas ke bilik Tengku Airil.

" Assalamualaikum ayah, ayah sihat?" tanya aku sambil memeriksa tekanan darah Tengku Airil. Lupa ka? Aku ni kan keluaran doktor, cuma berhenti sebab nak fokus bisnes dan keluarga.

" Waalaikumusalam, sihat lah kalau ada doktor yang selalu periksa" kata Tengku Airil tersenyum.

" Ada-ada je la ayah ni"

" Ayah, sihat?" tanya Adam sambil menyalam tangan Tengku Airil.

Tengku Airil sekadar mengangguk. Kemudian si biawak hidup tu datang. Sapa lagi kalau Sharifah Aini tu. Heh!

" Abang Adam nak makan apa harini? Jom Aini masakkan" kata Aini tersenyum menggoda.

" Er takpe la Aini, kejap lagi abang nak pulang rumah mama papa akak Nadia pula" kata Adam menolak.

" Kenapa datang ni?" tanya Tengku Airil.

" Amboi ayah, kenapa kami tak boleh datang ke?" tanya Adam dalam nada gurauan.

" Bukan tak boleh, tapi kamu tu selalu kalau nak datang, kamu telefon. Ni datang terus ni, ayah hairan la" jawab Tengku Airil.

" Sebenarnya, Nadia mengandung 3 bulan dah" kata Nadia sambil memegang tangan Tengku Airil. Tengku Airil tersenyum. Murah rezekinya kerana dapat cucu ramai.

" Apa?" kata Aini agak kuat.

Kami mengerutkan dahi. Dah kenapa terkejut macam beruk lagi. Oh lupa dia memang beruk.

" Kenapa macam terkejut besar je?" tanya Tengku Airil.

" Eh tak la uncle ... cuma rasa seronoklah. Dapat anak buah lagi. Mesti comel kan!" kata Aini tersenyum kelat.

" Mestilah comel, akak kan cantik, digabung pula dengan suami akak yang kacak ni" kata aku tersenyum sinis.

Aini terdiam. Dia terus meluru keluar dari bilik.

" Ayah jom la ikut kami pulang, mesti papa Nadia rindu ayah. Nanti kami hantar la balik" ajak aku sambil tersenyum. Tengku Airil sekadar mengangguk. Lama benar tak jumpa besannya.

Adam memandu kereta dengan cermat hinggalah tiba di rumah mama papaku. Biawak? tinggal je la, ingat bayi ke nak usung.

" Assalamualaikum mama ... papa" aku memberi salam. Mama aku menjawab salam dan membuka pintu.

" Nadia, Adam, wah cucu-cucu nenda pon ada. Airil? ramainya meh masuk" ajak Engku Raisha.

" Sapa datang tu?" tanya Engku Haqiem.

" Airil, Nadia dan Adam dengan cucu-cucu kita abang" kata Engku Raisha.

" Ye ke, masuk ... masuk, Airil? Sihat?" tanya papaku. Mereka memeluk sesama sendiri. Lama.

" Aku macam ni lah, dah tua. Sakit tu biasalah, kamu sihat?" kata Tengku Airil.

" Sihat alhamdullilah" kata Engku Haqiem.

" Papa" panggil aku lalu menyalaminya. Diikuti Adam dan anak-anak aku.

" Ha ada apa datang ni? ramai-ramai pula. Mama tak sempat nak masak" kata Engku Raisha.

" Takpelah mama, nanti kita masak sama-sama. Er sebenarnya macam ni," kata aku sambil mencucuk-cucuk pinggang Adam supaya dia yang memberitahu berita gembira ni.

" Sakit la sayang, Eh, erm sebenarnya ... mama papa akan dapat cucu lagi. Nadia mengandung ... dah 3 bulan" kata Adam sambil tersenyum.

Mama dan papaku berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum. Alhamdulillah.

" Kalau macam tu, sayang duduk je la rehat. Biar mama masakkan, mama akan masak makanan kegemaran kamu." kata Engku Raisha gembira.

**********

Done! Jangan lupa vote ye!!!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now