Majlis Perkahwinan

2.1K 67 13
                                    

Majlis pernikahan antara Nadia dan Hazim tinggal lagi seminggu. Segala persiapan sudah pun siap dijalankan. Nadia sudah bersedia untuk menjadi isteri kepada seniornya sendiri. Dia akan membahagiakan Hazim sedaya upaya. Pembedahannya ditangguh dahulu atas kehendaknya sendiri.

" Alhamdulillah awak ... majlis kita dah nak siap," kata Nadia sambil tersenyum. Hazim mengangguk tanda bersetuju. Segala persiapan sudah siap.

" Boleh saya cakap sesuatu?" kata Hazim. Nadia mengangguk.

" Saya tahu yang sayang masih cintakan bekas suami sayang kan? Saya faham. Tak mengapa saya rela lepaskan awak demi kebahagiaan awak sendiri," tutur Hazim. Nadia menggigit bibirnya.

" Jujur saya cakap ... saya cintakan awak tapi dalam masa yang sama saya tak dapat buang perasaan cinta saya kepada dia. Saya minta maaf. Saya tahu awak sedih tapi percayalah saya mencintai kedua-dua orang. Tapi saya pilih awak akhirnya," ucap Nadia perlahan. Dia kesal dengan hati dan perasaannya.

" Saya faham ... sebab itulah saya akan biar sayang dengan dia bersama. Saya akan pastikan hubungan kau orang akan menjadi nyata dan telus," tutur Hazim sambil memandang wajah Nadia. Demi cinta, dia akan korbankan dirinya untuk Nadia.

" Apa ni? Sayang tak fahamlah. Apa yang awak cuba sampaikan?" tanya Nadia.

" Lepas saja kita kawin, saya akan lepaskan sayang untuk kembali bersama Adam. Saya taknak sayang pura-pura bahagia dengan saya. Saya tahu ini sukar tapi demi cinta saya terhadap awak, saya sanggup buat apa sahaja. " Hazim berkata sambil tersenyum manis.

Mata Nadia berkaca apabila mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki di hadapannya. Dia sebenarnya tidak tahu adakah keputusan Hazim betul atau salah. Dia buntu. Dia tidak tahu sama ada mahu kembali pada Adam atau tidak.

.

.

.

Malam itu Hazim membawa Nadia ke sebuah restoran mewah. Bagi Hazim dia perlu membahagiakan Nadia sebelum dia pergi. Biarlah dia menatap wajah kesayangannya berkali-kali sebelum riwayatnya ditamatkan. Dia belum memberitahu Nadia bahawa jantungnya lah yang akan didermakan.

" Saya ada hadiah untuk sayang," kata Hazim sambil tersenyum.

" Apa dia?" tanya Nadia sambil memerhatikan sekeliling. Hazim menyuruh Nadia melihat ke arah luar. Mereka duduk di sebelah cermin yang luarnya ada pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Restoran itu terletak di sebelah KLCC yang menjadi tarikan orang ramai. Nadia melihat ke luar. Tiada apa-apa namun tiba-tiba lampu KLCC itu terpadam. Malah apabila dibuka semula, ia membentuk bentuk hati. Dalam masa yang sama bunga api dilancarkan dan terbentuk namanya. Terdapat juga orang ramai beratur di bawah dataran dan membentuk namanya.

Air mata Nadia bertakung. Tidak sangka baginya Hazim seorang yang sweet.

" Terima kasih, sayang suka hadiah awak," kata Nadia gembira. Namun yang paling buatkan Hazim ni sweet ialah panggilan mereka.

Flashback

" Erm Nadia ... memandangkan awak dah terima ni kan. Apa kata kita tukar panggilan harian kita?" tanya Hazim memberi pendapat. Nadia tergelak kecil.

" Nak guna apa?" tanya Nadia. Hazim tersenyum suka.

" Saya panggil awak sayang dan awak kena biasakan diri awak dengan sayang," kata Hazim tersenyum. Nadia mengangguk bersetuju. Walaupun kekok tapi dia akan cuba demi lelaki di hadapannya.

" Habis saya nak panggil apa dekat awak? Abang? Biy?" tanya Nadia. Hazim tiba-tiba menelan air liur. Alamak.

" Erm , panggil awak ja la hehe." Hazim berkata malu. Tidak pernah dia bersweet begini.

End Flashback

" Sama-sama. Demi sayang. Apa saja saya boleh buat, makanlah. Lusa kan majlis kita," kata Hazim. Nadia mengangguk

.

.

.

Majlis akad nikah akan berlangsung tidak lama lagi. Nadia sudah bersiap cantik dengan baju berwarna merah. Tema mereka ialah merah pada hari ini. Hazim segak dengan sepersalinan baju melayu. Adam turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pernikahan ini.

Tok kadi sudah bersiap sedia. Nadia turun dari tangga perlahan-lahan dan duduk di atas pelamin. Disebabkan kecantikan yang terserlah oleh Nadia, semua orang terpegun melihat Nadia. Hazim tidak terkecuali terkedu melihat kecantikan Nadia.

" Semua dah bersedia?" tanya tok kadi. Hazim mengangguk.

" Syed Hazim Muzafar bin Syed Ali , aku nikahkan engkau dengan Engku Nadia Emelda Binti Engku Haqiem dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu tunai," ucap tok kadi.

" Saya terima nikahnya Engku Nadia Emelda Binti Engku Haqiem dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu tunai," ucap Hazim lancar.

" Sah,"

"Sah,"

Dua saksi mengesahkan itu maka sahlah kini hubungan Nadia dan Hazim sebagai suami isteri. Mama Salmiah yang duduk di sebelah Nadia menangis kerana terharu. Ibu bapa Hazim telah meninggal sejak kecil lagi dan dia dihantar ke pusat kebajikan anak-anak yatim. Hazim dijaga oleh Puan Salmiah sudah lama dan akhirnya anaknya itu sudah menjadi suami orang. Dia bangga dan terharu dengan anaknya itu. Alhamdulillah dia menitik beratkan pendidikan dan agama Hazim.

" Tahniah sayang. Mama bangga kerana kamu menjadi isterinya. Jaga dia dengan baik ya," kata Puan Salmiah. Nadia pun turut mengalirkan air mata kerana sekali lagi dia sah menjadi isteri orang dan dia perlu memikul tanggungjawab besar.

Selepas Hazim solat sunat dua rakaat, dia datang untuk menyarungkan cincin. Hazim tersenyum manis dan bersyukur kerana dia sudah sah menjadi suami kepada perempuan yang dicintainya.

" Terima kasih kerana memilih saya," kata Hazim sambil menyarungkan cincin. Nadia tersenyum lalu menundukkan kepalanya untuk menyalami Hazim. Jurukamera menjalankan tugasnya untuk menangkap gambar. Kemudian giliran Hazim pula untuk mencium dahi Nadia. Orang ramai terutamanya rakan-rakan hospital tersenyum melihat adegan itu. Adam tersenyum tawar. Dia melihat senyuman yang terpancar di wajah Hazim dan Nadia.

Tiba-tiba muka Nadia menjadi pucat dan kepalanya terasa berat. Dia cuba untuk bertahan namun dadanya terasa sangat sakit. Pernafasannya juga akan terganggu. Dia sukar bernafas lalu jatuh pengsan. Hazim yang menyedari terkejut apabila isterinya jatuh pengsan. Dia mencari nadi Nadia dan mendapati sudah lemah kadar denyutannya. Nadia perlu dibedah segera!

" Nadia perlu dibedah segera. Hubungi pihak hospital untuk sediakan bilik pembedahan," kata Hazim sebelum mendukung isterinya itu. Dia masuk ke dalam kereta dan menyuruh pembantunya untuk memandu. Di dalam kereta Hazim tidak putus-putus menyayangi dan mencium tangan Nadia dan berdoa supaya semua selamat.

'Ya Allah, kenapa kau beri kebahagiaan kepada aku terlalu singkat? Biarlah aku bersamanya lebih lama. Namun aku pasrah. Aku harap Nadia akan terima kenyataan jantung aku akan diberi kepadanya. Nadia ... aku cintakan kau,' bisik hati Hazim.

*************

Guys hm. Satu lagi bab maka tamatlah APG. Hope korang ready!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now