Kanser Otak atau Masalah Jantung?

1.9K 60 19
                                    

3 bulan sudah berlalu. Nadia kini sudah menerima semua kenyataan. Nadia dan Hazim makan malam bersama-sama di sebuah restoran. Namun mata Nadia tertumpu kepada seorang lelaki yang masuk ke dalam restoran itu.

" Sayang nak makan apa?" tanya Hazim. Namun apa yang pelik ialah Nadia tidak merespond apa-apa. Hazim melihat melalui mata Nadia apa yang dilihatnya. Hazim berpusing ke arah belakang dan terlihat Adam. Hazim memusingkan semula badannya dan tersenyum tawar.

' Nampaknya perempuan yang dicintainya masih belum dapat melupakan lelaki yang bersamanya dahulu. Betulkah keputusan aku? Dan tentang kanser Nadia ... patutkah dia beritahu Adam?' desis Hazim di dalam hati.

" Sayang," panggil Hazim sedikit kuat. Dia sengaja tidak mahu bertanya lebih lanjut.

" Eh, ada apa?" tanya Nadia sedikit kelam kabut. Hazim tersenyum. Ya Allah, andai kau takdirkan cinta Nadia hanya untuk Adam, aku terimanya. Tapi biarlah dia menatap muka Nadia untuk kali terakhir. Dia sudah membuat keputusannya.

.

.

.

Petang itu Hazim berjumpa dengan Adam seperti yang dijanjikan.

" Ada apa bro?" tanya Adam sambil menyedut minumannya. Hazim tersenyum.

" Aku rasa Nadia masih cintakan kau. Dan aku tak sanggup menjadi penghalang cinta korang. Aku nak kau kahwin dengan dia," kata Hazim tiba-tiba.Perasaan Adam kini bercampur baur. Dia tidak tahu dia perlu menangis kerana dapat semula cinta Nadia atau sedih kerana melukakan hati lelaki di hadapannya ini.

" Tapi kau kan suka dia? Tak apalah Hazim. Allah dah tetapkan jodoh aku dengan dia tak panjang. Lagipun selama ni aku yang bersalah juga. Aku tak jaga rumah tangga aku dengan baik. Aku biarkan orang lain ambil kesempatan," kata Adam tersenyum pahit.

" Aku memang cintakan dia. Jadi aku akan berkorban demi dia. Kau dah lafazkan tiga talak kan? Jadi syarat untuk kau orang nikah semula ialah Nadia perlu dinikahi oleh lelaki lain dahulu. So aku akan nikah dengan Nadia terlebih dahulu kemudian aku akan bagi dia dekat kau. Tapi ingat, kau kena berjanji untuk jaga dia sebaik mungkin. Aku nak dia gembira dan bahagia di samping kau. Dia sudah cukup lemah sebelum ni dan aku harap kau akan jadi suaminya yang baik. Aku harap sangat kau layan dia baik-baik dan jangan biar orang lain musnahkan rumah tangga kau lagi. Faham?" ujar Hazim.

Adam was-was untuk mengangguk. Bukan was-was kerana tidak dapat mengikut apa yang dikatakan oleh Hazim tetapi betulkan apa yang dikatakan oleh lelaki di hadapannya ini? Benarkan dia akan melepaskan cintanya begitu sahaja? Betulkah yang dia mengorbankan cintanya kepada dia? Benarkah dia serius?

" Kau serius ka?" tanya Adam. Hazim mengambil nafas yang dalam lalu menghembusnya. Dia tersenyum lalu mengangguk.

" Aku janji aku akan lepaskan dia demi kebahagian dia. Buat apa dia bersama aku kalau dia tak gembira? Buat apa dia bersama aku kalau dia ada lagi perasaan dekat kau?" kata Hazim. Dia akan cuba menerima realiti ini.

" Terima kasih bro. Aku janji aku akan menjaganya dengan baik. Kali ini aku akan mempercayai dan menurut sahaja perintahnnya. Aku betul-betul sayang dan cintakan dia. Aku akan jaga dia. Aku janji dengan kau," kata Adam.

Hazim tersenyum lalu mengangguk. Dia memperayai lelaki di hadapannya ini. Lelaki ini pasti menerima peluang ketiga daripada Nadia. Bukan peluang kedua tetapi peluang ketiga dan terakhir.

" Kenapa kau nak pergi lepas ni?'' tanya Adam. Hazim tersenyum.

" Aku akan ada dalam diri Nadia," kata Hazim. Adam mengerutkan dahi tidak memahami apa yang dikatakan oleh lelaki di hadapannya.

" Apa kau cakap ni?" tanya Adam.

" Aku akan dermakan otak aku dekat Nadia," kata Hazim tersenyum manis. Kerutan Adam semakin bertambah. Untuk apa Hazim nak bagi otak untuk Nadia?

" Apa kau cuba nak bagitau ni. Aku tak fahamlah. Kenapa kau nak bagi otak kau dekat dia?" tanya Adam.

" Nadia kata dia ada kanser otak tahap 3. Untuk sembuhkan diri dengan menggunakan otak itu, kemungkinan besar dia akan meninggal. Sebab dah tahap 3. Satu-satunya jalan ialah pemindahan otak daripada penerima organ. Tapi itu tak mungkin berlaku. Sebab mana ada yang berjaya pindahkan benda tu. Aku macam nak fedup tapi aku terus berdoa. Selepas aku semak imbasan CT dia, rupa-rupanya dia menipu aku. Dia bukan ada kanser otak tapi dia ada masalah dengan jantungnya. Jantungnya berlubang dan hampir berhenti berdegup. Jadi aku terus daftar untuk menderma jantung aku dekat dia. Aku korbankan diri aku demi dia," kata Hazim.

Jantung Adam bagai ingin berhenti. Tak sangka rupa-rupanya bekas isterinya itu ada penyakit berkaitan jantung. Ya Allah, macam mana la dia tidak boleh tahu.

" Berapa peratus tahap keberkesanan pemindahan itu?" tanya Adam. Dia ada juga membaca artikel yang jantung yang diderma mestilah sesuai. Kalau tidak jangka hayat penerima organ akan berkurang.

" 60%," kata Hazim yakin. Dia yakin dengan pemindahan ini dan kelangsungan Nadia untuk hidup akan bertambah. Jika benarlah Nadia memang ada kanser otak, alamatnya Nadia tidak dapat diselamatkan. Hal ini kerana sel-sel otak adalah lain dari sel-sel lain. Penerimaan otak tidak dapat berlaku kerana tidak dapat bersatu dengan sel utama. Nasib baiklah Nadia hanya menipu.

.

.

.

Hazim membawa Nadia ke pantai pada petang itu. Hazim ingin meluangkan masa sebelum dia pergi meninggalkan Nadia.

" Boleh saya tanya sesuatu?" tanya Hazim. Nadia tersenyum lalu mengangguk.

" Boleh je. Ada apa?" tanya Nadia.

" Kenapa sayang cakap sayang ada kanser otak? Tahap 3 pula tu? Sayang sendiri tahukan tiada rawatan yang boleh sembuhkan semula?" tanya Hazim. Nadia tersengih. Akhirnya rahsianya terbongkar juga.

" Sayang sengaja tipu sebab taknak bagi harapan dekat awak. Sebab kalau boleh sayang taknak buat pembedahan jantung. Kalau boleh nak meninggal dengan tenteram. Tapi tak sangka lama-lama, sayang jatuh cinta dengan awak. Jadi sayang buat keputusan, sayang akan buat pembedahan. Yang awak pun beria kata nak buat pemindahan otak. Ingat senang ka? Saintis dunia pun kata mustahil. Kalau jantung ni sayang tak risau sangat sebab banyakkan simpanan? Cuma sesuai atau tidak saja. Tapi kalau boleh sayang taknaklah buat pembedahan," kata Nadia tersenyum.

" Sayang ... apa kata macam tu. Saya ni macam nak putus nyawa bila sayang cakap sayang ada kanser otak. Saya ni buatlah research tentang tu sebab nak selamatkan sayang. Dan sayang kenalah buat pembedahan," ujar Hazim sambil tersenyum. Nadia mengangguk lalu tersenyum. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung sebulan lagi namun Nadia tidak mengetahui tentang rancangan Hazim dan Adam. 

*********

Dua bab saja lagi! Stay tuned esok! Jangan lupa tinggalkan vote!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now