" Berhenti abang Adam." kata Aini di luar pintu. Semua orang terus melihat siapa gerangan orang yang menyuruh pengantin lelaki itu berhenti.
" Aini?" panggil Adam.
" Abang, jangan kawin dengan perempuan ni. Dia jahat" kata Aini mula merangka ayat.
" Apa yang kau mengarut ni Aini. Kau tak payah ganggu lah majlis ni" marah Nadia.
" Kau diam, aku berurusan dengan abang Adam sekarang" kata Aini sedikit kurang ajar.
" Eh perempuan, kau jangan ganggu boleh tak. Dah pergi sana" halau Alya. Eh suka hati ja ganggu majlis nikah. Cemburu la tuh.
" Kau diam la perempuan" marah Aini.
" Aini, apa ni?" tanya Tengku Airil risau. Sudahlah majlis ini pon sudah nak luruh jantungnya ... tambah lagi dengan perkara ni
" Abang Adam jangan sesekali nikah dengan perempuan ni. Dia ni jahat. Abang jangan nikah dengan dia" kata Aini. Tetamu mula berbisik sesama sendiri. Kamilia terkejut dengan kata-kata daripada Adam. Dia menangis di samping Nadia.
"Apa yang Aini mengarut ni. Jangan fitnah" kata Adam sambil menggelengkan kepala.
" Dah la abang, kita teruskan majlis ni. Alya, Sofea ... ko pergi pegang perempuan ni" arah Nadia. Alya dan Sofea terus memegang tangan Aini dan megheretnya keluar. Walaupun dironta-ronta berkali-kali ... Awie dan Aiman membantu isteri mereka.
" Kita teruskan?" tanya tok kadi. Adam melihat Nadia lama sebelum Nadia mengangguk dan senyum kepadanya.
" Baik, kita teruskan" kata Adam.
" Tengku Adam Firash Bin Tengku Airil ... Aku nikahkan engkau dengan Seri Kamilia Binti Abdul Hadi dengan mas kahwin sebanyak RM1000 tunai" lafaz tok kadi lancar.
" Aku terima nikahnya Seri Kamilia Binti Abdul Hadi dengan mas kahwin sebanyak RM1000 tunai" lafaz Adam lancar.
Nadia menangis terharu. Alhamdulilah kini dia sudah bermadu. Dia harap Kamilia boleh menjaga suaminya dengan baik. Dia amat perlukan Kamilia untuk menjaga Adam bersamanya. Nadia memeluk Kamilia dan mengucapkan tahniah. Adam membuat solat sunat sebelum datang ke arah Kamilia dan menyarungkan cincin. Kamilia tunduk mencium tangan Adam. Adam teragak-agak untuk mencium dahi Kamilia namun selepas Nadia menjegilkan mata, Adam akhirnya akur dan mencium dahi Kamilia. Kini tanggungjawabnya semakin besar.
Malam itu, Adam mandi di bilik Nadia. Walaupun puas Nadia memarahinya, Adam tetap berkeras. Katanya belum terbiasa. Kamilia juga tidak pernah berbunyi. Seusai mandi, Adam menyalin pakaian lalu baring di katil. Nadia mencekak pinggang.
" Apa?' tanya Adam.
" Abang dah lupa ka abang tu dah ada dua isteri. Malam ni kan malam pertama abang dengan Kamilia. Pergi bilik dia dan jalankan tanggungjawab sekarang!" kata Nadia.
" Taknak lah. Hm" kata Adam malas.
" Abang ..." kata Nadia berjeda.
" Ye lah. Sayang okay ke duduk sorang-sorang?" tanya Adam.
" Amboi, habis selama ni yang abang tinggalkan sayang dulu, sayang tidur berdua ke? Bila abang outstation sayang tidur berdua ka?" tanya Nadia sambil menaikkan keningnya.
" Hehehe ... ye lah. Abang pergi dulu. Sayang jaga diri" kata Adam sambil mencium dahi Nadia. Nadia tersenyum. Adam berlalu pergi selepas diarah oleh Nadia. Nadia terduduk di atas katil dan tersenyum kelat. Walaupun dirinya sakit, namun dia nak kebahagiaan daripada Adam. Dia tidur berbantalkan bantal Adam.
Pagi itu, Nadia merancang untuk membuat sarapan pagi. Selepas menyiapkan diri dia turun ke bawah. Dia kemudian terlihat Kamilia yang sudah siap menggoreng nasi goreng.
" Uish ... kau dah siap masak. Kau bangun pukul berapa? Baru kul 7:30 pagi kot. Aku ingat aku orang pertama yang bangun" kata Nadia.
" Oh Nadia, hm aku terjaga awal haritu. Kemudian bosan tak tahu nak buat apa ... jadi masaklah. Lagipon tadi Adam kata dia nak ke pejabat sekejap. Ada hal. Jadi aku masakkan je lah" kata Kamilia tersenyum manis. Nadia mengangguk. Dia rasa sedikit tenang kerana Adam sememangnya perlu makan sarapan kalau tidak kena gastrik.
" Okaylah, terima kasih hehe. Esok biarlah aku masak pula. Asyik air tangan kau je. " kata Nadia.
" Alah, tengah hari dan malam kadang kala kau masak kan. Aku ni waktu sarapan ja boleh ha. Hahaha dah la kau pergi kejutkan anak-anak kau kejap lagi. Kau pergilah tidur dulu." kata Kamilia menyuruh Nadia berehat.
Nadia mengangguk lalu tersenyum. Tak sia-sia dia suruh Adam nikahi Kamilia. Sememangnya Kamilia sangatlah baik. Dia harap Kamilia dapat memberi kebahagiaan kepada Adam.
" Erm Nadia ... aku minta maaf tau kalau buat kau bersedih. Aku tak sanggup nak terima tapi kau yang paksa aku kan. Aku minta maaf eh" kata Kamilia sambil memeluk Nadia. Nadia tersenyum dan menepuk belakang Kamilia perlahan.
" Tak lah ... jangan minta maaf. Aku yang patut ucap terima kasih dekat kau sebab kau terima. Lagipon kan kita dah kenal lama. Dan aku tahu kau boleh jaga dia dengan baik" kata Nadia tersenyum. Kamilia tersenyum dan menangis kerana terharu dengan kebaikan Nadia.
" Terima kasih. Aku akan jaga Adam macam mana kau jaga Adam. Kita sama-sama menjaganya okay?" kata Kamilia. Nadia sekadar mengangguk.
" Amboi ada drama apa ni?" tanya Adam yang baru tiba.
" eh abang ..." kata Nadia sebelum menyalami Adam. Kamilia turut menyalaminya.
" Awal bangun harini sayang," kata Adam melihat Nadia.
" Oh ingatkan harini sayang nak masakkan sarapan tapi Kamilia dah masak dah. Abang makan la dulu dengan Kamilia. Sayang nak naik kejap tengok anak-anak" kata Nadia sebelum menaiki tangga. Adam dan Kamilia terus makan nasi goreng yang dibuat oleh Kamilia.
Nadia pergi ke bilik anak-anaknya. Dia tersenyum dengan anugerah yang Allah berikan kepadanya.
" Ariff dan Haris ... kamu kena panggil kakak Kamilia sebagai ibu okay?" kata Nadia. Harini mereka bangun awal kerana selepas ini Kamilia akan mengajar mereka membaca surah-surah lazim. Ariff dan Haris mengangguk lalu memeluk Nadia kemas.
" Jangan risau, kami sentiasa ada untuk mama. Mama jangan bersedih tau" kata Ariff sebagai anak sulung. Nadia mengangguk lalu mencium pipi mereka berkali-kali. Nadia terus bergerak ke bilik anak-anak perempuannya.
" Arisa ... Safia ... dah bangun ke?" tanya Nadia di luar pintu.
" Dah mama ... masuklah" panggil mereka.
" Dah mandi?" tanya Nadia.
" Dah ... kejap lagi kan kakak Kamilia nak ajar kami." kata Arisa. Nadia menggelengkan kepala.
" Ibu ... bukan kakak. Faham?" kata Nadia. Mereka mengangguk lalu turun bersama-sama untuk bersarapan. Akhirnya satu meja itu penuh dengan gelak ketawa mereka sekeluarga. Nadia tersenyum dengan keadaan sekarang dan mendoakan rumah tangganya semakin utuh. Selesai makan, Adam bergerak ke pejabatnya manakala anak-anak dibahagikan tugas untuk membersihkan rumah. Nadia dan Kamilia bersama-sama membasuh pinggan sambil berborak-borak. Selesai membasuh mereka membantu anak-anak untuk membersihkan rumah. Satu keluarga yang lengkap dan gembira!
********
Dah nikah dah guys, jangan bersedih atau marah okay sebab author dah buat jalan cerita dah. Kalau Adam dan kamilia tak nikah, maka jalan cerita akan jadi lain dah hehe. Jangan lupa untuk vote!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...