Tumpas akhirnya

1.2K 64 25
                                    

Atiffa merancang untuk berjumpa dengan Adam di satu tempat. Lebih tepat di pantai pada waktu petang. Adam bersetuju untuk berjumpa dengan Atiffa kerana sudah lama tidak melepak dengannya. Adam bersiap-siap untuk berjumpa dengan Atiffa petang itu. Kamilia yang baru masuk ke dalam bilik berasa hairan apabila suaminya ingin keluar.

" Pergi mana abang?" tanya Kamilia.

" Oh, nak pergi jumpa Aini kejap. Katanya ada hal mustahak nak cakap. Bila suruh cakap dekat telefon katanya dia ada nak beri sesuatu. Lagipun abang lama tak lepak dengan dia. Jadilah sehari ni," kata Adam sambil tersenyum. Dia mencium dahi Kamilia lalu bergerak pergi dari situ. Kamilia menggempal tangannya.

" Tak kanlah perempuan bodoh tu nak pecah rahsia? Tak boleh jadi ni. Kau tunggu Atiffa. Aku akan hantar sesuatu dekat kau," kata Kamilia sebelum mengunci pintu biliknya. Takut Safia dan Haris memasuki bilik itu. Dia mengeluarkan sebuah peti dari salah satu almari yang terkunci. Hanya dia sahaja ada kunci almari tersebut. Dia membuka peti itu lalu mengeluarkan satu patung yang dibalut dengan kain kuning. Dia membaca satu jampi sebelum menampalkan gambar Atiffa di patung itu. Diambil jarum dari kotak itu lalu mencucuk-cucuk patung itu sambil mulutnya terkumat kamit membaca mantera. Selepas selesai membaca, dia menyimpan semula patung itu dan mengunci almari itu. Dia mengoyakkan senyuman puas. Terima nasib kau perempuan!

.

.

.

Adam tiba di pantai terlebih dahulu. Dia duduk di sebuah restoran di bahagian luar. Bukan apa dia nak lihat ombak. 5 minit mengelamun, Atiffa sampai dan duduk di hadapannya. Ketika itu, matahari belum terbenam dan masih lagi panas. Sebabkan itu, Atiffa membuang topinya.

" Panas hehe, abang dah lama sampai ka?" tanya Atiffa sambil tersenyum menggoda.

Adam menggeleng.

" Baru sampai ja. Eh kenapa dengan muka Aini?" tanya Adam apabila melihat kesan jahitan di muka Atiffa.

" Oh Aini buat pembedahan sikit. Hehe," kata Atiffa sambil tersenyum. Namun dia dapat merasakan sesuatu. Kalau pakai makeup waktu panas begini memang cair. Tapi masalahnya dia tak pakai makeup. Tiba-tiba jahitan daripada mukanya mula tertanggal satu persatu. Adam terkejut apabila melihat kesan jahitan terbuka perlahan demi perlahan. Atiffa yang takut mukanya terdedah terus berlari namun Adam yang risau mengejarnya. Atiffa berjaya menyembunyikan diri dalam semak samun tanpa ditangkap oleh Adam. Atiffa mengeluarkan telefon dan membuka aplikasi kamera. Dia melihat wajahnya kembali pada asalnya. Kulit muka Aini sudah tertanggal dan jatuh ke atas tanah.

" Apa jadi ni? Kenapa kulit aku?" tanya Atiffa perlahan sambil memegang wajah Aini. Adam yang kebetulan ternampak Atiffa terus memanggilnya dengan kuat.

" Kenapa tu Aini? Okay ke?" tanya Adam risau. Atiffa menutup mukanya dengan tangan. Adam yang geram kerana sepupunya itu tidak menyahut terus merentap tangan yang menutupi muka sepupunya itu.

" A ... apa ni? Kau ... Atiffa? T-tapi macam mana? Bukan kau Aini ka? Ka abang mimpi? Apa dekat tangan tu?" tanya Adam sedikit kasar. Adam merampas 'sesuatu' di tangan Atiffa. Apabila Adam melihat 'sesuatu' itu dia terus terkedu dan terkaku.

" Ini wajah Aini? Apa semua ni? Aku tak faham. Atiffa? Macam mana kau boleh hidup balik? Kau dah matikan? Dan apa semua ni?" tanya Adam bingung.

" Ya aku Atiffa. Itu memang wajah sepupu kau. Aku bunuh dia dan rampas wajah dia. Sebab? Untuk dekat dengan kau. Aku nak harta aku balik. Tapi sayang kau bodoh! Kau percayakan aku ni Aini walaupun bekas isteri kau dah bagitau kau macam-macam. Nak kata bodoh, ni lebih dari tahap bodoh. Senang sangat kau benci bekas isteri kau. Hm ... tapi sayang dia dah mampus. Oh ya, memandangkan dah bocor rahsia aku ni, aku nak bagitau sesuatu pasal Kamilia. Dia tu –" Belum sempat Atiffa menghabiskan kata-katanya dia jatuh rebah. Adam yang bingung waktu itu terus mengangkat Atiffa ke hospital.

.

.

.

Atiffa memicit kepalanya yang sakit. Apa yang terjadi? Macam mana dia boleh ada dekat hospital? Bukankah ini Hospital Hamelda?

" Oh cik dah bangun ya? Er encik Adam suruh cik tunggu dia sebelum beredar. Encik Adam pergi tandas sekejap. Cik berehat ya," kata jururawat itu sebelum keluar. Atiffa meramas kasar rambutnya. Dia tak boleh biar Adam dapatkan dia. Tak pasal-pasal dia akan dipenjarakan nanti. Dia mencabut segala wayar yang ada di badannya dan turun perlahan-lahan. Dia membuka pintu sebelum berlari ke tingkat 7. Dia perlu berjumpa dengan seseorang.

.

.

.

Nadia yang sibuk memeriksa rekod pesakit terkejut apabila pintunya dirempuh masuk oleh seseorang yang dia sangat kenal.

" Dr. Balqis! Kenapa muka saya kembali pada asalnya ni? Kenapa tiba-tiba jahitan yang doktor jahit terbuka? Kenapa rasa macam cair tiba-tiba?" amuk Atiffa. Nadia tersenyum sinis.

" Baguslah. Baru orang tahu rupa kau kan?" kata Nadia dalam nada sarkastik.

Atiffa mengerutkan dahi. Apa yang doktor di hadapannya cuba untuk bercakap?

" Apa yang Dr. Balqis ni cakap? Saya tengah serius ni!" marah Atiffa.

" Tengku Atiffa Binti Tengku Roslan ... " panggil Nadia sambil tersenyum. Atiffa mengerutkan dahi sekali lagi.

" Kejap , macam mana doktor tahu? Itu nama saya yang dahulu." Atiffa bertanya kepada doktor di hadapannya ini.

" Kenal tak Engku Nadia Emelda Binti Engku Haqiem?" tanya Nadia sambil tersenyum.

" Oh kenal sangat. Dia dah mampus. Kejap, macam mana doktor tahu?" tanya Atiffa lagi.

" Are you sure yang Nadia tu dah meninggal? Macam mana kalau saya cakap dia masih hidup huh?" tanya Nadia sambil tersenyum. Dia sudah mula berdiri dan berjalan ke arah Atiffa.

" Mustahil. Dia dah mampus! " tengking Atiffa. Kepalanya rasa berat sekarang.

" Atiffa ... Atiffa. Sayang, muka cantik tapi takdak akal. Aku akan balas balik apa yang kau buat dekat aku. Ayah mertua aku, anak aku, kawan-kawan aku dan mama papa aku! Aku tak akan biarkan kau hidup dengan tenang!" Suara Nadia sudah mula naik seoktaf menandakan dia sedang menahan kemarahan. Atiffa terkejut dan tiba-tiba lidahnya menjadi kelu. Dalam masa yang sama tiba-tiba dia ternampak satu lembaga hitam di satu sudut bilik Nadia. Lembaga hitam itu tersenyum kepadanya dan merangkak laju ke arahnya. Tiba-tiba muncul semua bayangan orang-orang yang dia dah bunuh.

" Kau bunuh aku dan mak ayah aku! Kau gunakan muka aku! " kata satu lembaga berwajah Aini.

" Kau bunuh aku dengan letak racun dekat bahan makanan dan salahkan anak menantu aku!" marah lembaga berupa Tengku Airil.

" Kau letupkan kereta aku dan bunuh kami dengan tangan kau. Kau kelar anak-anak kami dengan kejam! Kau lagi teruk dari binatang!" marah lembaga yang menyerupai Alya dan Sofea. Terdapat lembaga kanak-kanak berlari di sekelilingnya.

" Atiffa kau patut mati! Kamu bunuh kami. Dan kamu menyalahi Nadia! Mati! Mati! Mati! " kata lembaga yang menyerupai papa dan mama Nadia. Mereka mengelilingi Atiffa sambil tersenyum. Namun apa yang paling menakutkan ialah satu lembaga bayi yang merenungnya tajam. Lembaga itu mula ketawa mengekek sambil merenung tajam Atiffa. Atiffa jatuh terduduk lalu menutup muka dan telinganya dengan tangan. Dia menjerit sebelum matanya menjadi gelap gelita. 

*******

Jangan lupa vote! Atiffa dah kena kacau huhu. Sekarang Atiffa dah tumpas. Puas tak? Lepas ni Kamilia pula! Dan  di sini nak cakap yang cerita ni dah nak habis! Tinggal beberapa bab lagi!

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now