" Engku Nadia Emelda Binti Engku Haqiem, awak dijatuhkan hukuman selama 10 tahun. Walaubagaimana pun, awak boleh diikat jamin dan dilepaskan hukuman dengan bayaran sebanyak RM 10 juta." Hakim memberi kata putus di mahkamah itu.
Nadia hanya duduk termenung di tempatnya. Sudah tiada harapan untuk dia membayarnya kerana RM10 juta bukannya sedikit. Ditambah lagi dengan semua nama syarikatnya sudah jatuh di atas nama Adam dan anak-anaknya. Maka dia tidak mempunyai apa-apa lagi. Dia mesti kuat dalam masa 10 tahun ini. Alya dan Sofea turut hadir di mahkamah. Mereka mendapat panggilan daripada suami mereka yang mengatakan Nadia ditangkap kerana membunuh. Apa lagi, mereka terus datang. Sewaktu Nadia ditangkap pada kali pertama, mereka tidak dimaklumkan dan nak dijadikan cerita mereka tiada di Malaysia.
Selepas selesai membuat hukuman, kini masa untuk Alya dan Sofea boleh berbicara dengan Nadia.
" Nadia ... aku minta maaf sebab lambat tahu yang kau ada dalam penjara. Kami akan cuba bantu kau bayar ikat jamin tu okay? Jangan risau ... kami akan tolong kau. Dan aku tak sangka Adam menjadi lebih bodoh dari dahulu," marah Alya. Dia sangat bersedih dengan nasib yang diterima oleh Nadia.
" Betul tu, alah kami akan kongsilah dalam RM5 juta. Kemudian kami akan tolong. Tapi ambil masa sikitlah sebab banyak tu. Syarikat pun dapat keuntungan RM 80,000 sebulan. Jadi perlukan masa hampir setahun juga. Kau sabar ya? Kami akan cari jalan penyelesaiannya," kata Sofea pula.
" Tak perlu lah korang. Biar aku duduk sini selama 10 tahun. Lagipun 10 tahun sahaja kan? Bukan seumur hidup. Aku akan membiasakan diri," kata Nadia. Dia tidak mahu menyusahkan kawan-kawannya.
" Apa yang terjadi sebenarnya? Aku belum dapat cerita dari kau," tanya Alya.
" Aku nak kau orang berhati-hati dengan Aini. Aini tu sebenarnya Atiffa. Aku tahu kau orang pelik. Tapi memang dia adalah Atiffa. Dia buat pembedahan plastik dengan mencantumkan wajah Aini kepada dirinya. Dia adalah dalang di sebalik semua ni. Jadi aku nak kau orang berhati-hati dengan dia. Dia datang untuk membalas dendam. Dia dah buat keluarga aku jadi kucar kacir dan bunuh mama papa aku . Dan aku rasa dialah dalang disebalik kematian ayah mertua aku. Dia juga yang datang ke hospital dahulu ... yang menyamar sebagai jururawat untuk menggugurkan kandungan aku. Aku nak kau orang jaga diri dan keluarga dengan baik," kata Nadia sambil memeluk mereka.
" Fuh, walaupun macam tak masuk akal, tapi aku percaya dengan kau. Kalau betul dia buat comeback ... kenapa kau tak report kat polis?" tanya Sofea pula.
" Aku tiada bukti yang kukuh Sofea. Mesej yang dia hantar pula sejenis mesej yang mampu terpadam dalam masa yang ditetapkan. Semua rancangannya berjalan dengan lancar dan baik tanpa meninggalkan bukti. Dia memang seorang yang licik! " kata Nadia lemah. Dia dah tak boleh buat apa pun.
" Haih, kau kena bersabar ya. Aku akan tolong kau untuk keluar dari sini," kata Alya. Alya dan Sofea akhirnya pulang meninggalkan Nadia. Nadia dimasukkan ke dalam lokap sekali lagi. Nadia duduk di atas lantai dan hanya memerhatikan dinding. Tiada televisyen mahupun radio di situ maka apa yang dia boleh buat hanya tidur.
Keesokan harinya, Sofea sudah bersiap-siap untuk melawat Nadia di penjara. Dia sudah memasak makanan untuknya. Sofea dan Aiman serta anak-anaknya sudah bersiap sedia. Apabila buka sahaja pintu, tercegat Atiffa di muka pintu. Sofea yang sudah tahu perkara sebenar menyuruh anak-anaknya dan Aiman untuk memasuki kereta terlebih dahulu.
" Kau nak apa Aini ... atau aku kena panggil Atiffa?" tanya Sofea sambil mencekak pinggang.
" Wow ... nampaknya perempuan tu dah cerita ya? Hm ... aku cuma nak berunding dengan kau. " Atiffa tersenyum sinis.
" Apa yang kau nak ni? Cepatlah. Aku nak lawat kawan baik aku. Kau tu kata ja kawan ... tapi tikam belakang kawan sebab harta. Bodoh betul. Aku tak sangka aku kena kawan dengan kau yang perangai macam syaitan ni," hambur Sofea.
" Aku nak buat rundingan untuk menjadi geng aku. Kalau kau sertai, jangan pergi lawat Nadia. Kalau kau pergi juga, terima lah padahnya." Atiffa memberi amaran kepada Sofea.
" Aku taknak. Aku akan berkawan dengan orang yang tak pernah tikam belakang. Kau tu layak masuk neraka teruslah," kata Sofea sebelum masuk ke dalam kereta. Kalau dia duduk situ terus, alamatnya dia akan jadi gila.
" Okay, see you in the hell." Atiffa tersenyum puas.
Di dalam kereta, Sofea membuka pendingin hawa untuk menyejukkan hatinya yang panas.
" Macam manalah sayang boleh kawan dengan perempuan tu?" tanya Sofea kepada suaminya.
" Haih, entahlah. Tak sangka Atiffa jadi begitu." Aiman berkata lalu fokus kepada pemanduan. Anak-anaknya sedang seronok bermain di tempat duduk belakang.
Tiba-tiba kereta yang dinaiki oleh Sofea meletup. Letupan itu menyebabkan semua yang ada di dalamnya terlambung ke luar. Sofea yang dalam keadaan kritikal mengucapkan kalimah syahadah.
" Ma ...afkan aku Nadia," kata Sofea perlahan lalu menutup mata. Ajalnya sudah tiba. Terdapat sebuah kereta di belakang mereka. Di dalamnya ada Atiffa yang tersenyum sinis.
" Satu dah mati. Tinggal lagi satu," kata Atiffa. Dia terus memandu ke rumah Alya pula untuk berunding dengannya.
Alya baru selesai mengemas rumah. Loceng rumahnya yang berbunyi menarik perhatiannya. Dia segera bergerak ke pintu dan membukanya. Kelihatan Atiffa tersenyum di depan pintunya.
" Hai, kawan lama. Taknak jemput masuk ka?" tanya Atiffa sinis.
" Nak apa?" tanya Alya malas.
" Cuma nak buat rundingan. Kalau kau nak, aku akan pastikan kau selamat. Kalau tak, hidup kau akan jadi macam Sofea. Pilih la," kata Atiffa.
" Apa yang kau buat dekat Sofea hah perempuan? Kau jangan buat hal!" marah Alya.
" Tak banyak, cuma letupkan kereta dia saja. Jadi kau pula, nak bersama aku atau Nadia?" tanya Atiffa. Alya yang ketakutan terus menelefon polis menggunakan telefon di belakangnya.
" Jangan cuba nak telefon polis. Jadi aku rasa kau jawab tak kan? Ambil ni! Pergi mampus dengan Sofea," kata Atiffa sebelum menembak tepat di kepala Alya. Alya jatuh rebah dan menutup mata. Awie yang mendengar bunyi tembakan terus bergegas ke hadapan. Alangkah terkejutnya dia apabila isterinya mati ditembak. Belum sempat berbuat apa-apa, Awie turut ditembak berkali-kali. Atiffa masuk ke dalam rumah dan mengarahkan anak buahnya untuk mengangkut mayat mereka ke dalam kereta. Atiffa masuk ke sebuah bilik dan melihat anak-anak Awie dan Alya. Atiffa tersenyum.
" Hai adik-adik. Adik-adik nak jumpa mama dan papa adik dak?" tanya Atiffa. Mereka yang naif mengangguk tanda bersetuju. Atiffa mengeluarkan pisau lalu mengelar leher mereka. Darah memercik keluar lalu mereka akhirnya mati di tangan Atiffa.
" Bersihkan rumah ini. Jangan tinggalkan sebarang bukti. Dan humban mereka ke dalam gaung. Pastikan gaung yang dalam supaya mayat mereka hancur." Atiffa berpesan kepada anak buahnya. Anak buahnya mengangguk dan membuat kerja mereka.
" Mampus pun dua orang ni. Biar perempuan tu rasa bagaimana kawan-kawan dan orang yang rapat dengan dia meninggal! " kata Atiffa tersenyum sinis.
***********
Jangan lupa vote! Okay, first nak cakaplah Happy New Year dan semoga azam korang menjadi nyata pada tahun 2021. Azam saya adalah untuk habiskan APG 2 dan buat banyak cerita lagi! Apa azam korang? Cer komen!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...