Kamilia masuk ke dalam sebuah restoran untuk berjumpa dengan seseorang. Masuk sahaja di ke dalam restoran itu, dia terpandang muka orang yang dicarinya. Dia mengambil kerusi di depan tempat duduk orang itu.
" Kenapa lambat sangat?" tanya Atiffa. Dia janji untuk berjumpa jam 4 petang tapi sekarang dah 4:30 petang.
" Kau tahulah Adam tu macam mana. Puas nak lari dari dia. Ha ada apa nak jumpa aku? Nadia kan dah meninggal. Itu yang kau nak kan?" tanya Kamilia.
" Amboi ... amboi. Lepas dah dapat Adam kau nak buang aku macam tu saja? Perjanjian kita menetapkan yang aku akan dapat duit juga. Mana duit tu?" tanya Atiffa sambil menyilangkan tangannya.
" Sabarlah. Adam belum tukar nama lagi. Nanti aku pujuk lah dia. Kau pun tahu dia dah semakin tunduk dekat aku," kata Kamilia. Perempuan di depannya ni tak habis-habis duit.
" Kau jangan tipu aku Kamilia. Hari itu Adam ada tukar nama kereta dia kan dekat kau? Kemudian aku dengar hari itu dia ada hadiahkan kau gelang emas. Takkanlah Adam nak bagi emas yang berharga ribu. Mesti puluh ribu atau ratus ribu. Bak sini aku gadaikan. Aku perlukan duit untuk pembedahan aku ni," tutur Atiffa. Dia perlukan duit segera untuk pembedahannya.
" Memang la betul Adam ada hadiahkan dekat aku. Tapi itu hadiah dia. Nanti kalau aku bagi dekat kau, apa pula dia kata kalau aku tak pakai. Soal kereta tu baru dalam proses. Haih kau ni tak sabar-sabar. Nasib baik Nadia tu dah mampus," ujar Kamilia sambil memandang keliling. Bukan apa takut Adam ada ternampaknya.
" Kau jangan sampai aku sebarkan dekat Adam dan balai polis yang ini semua kerja kau eh," ugut Atiffa. Kamilia tersenyum sinis. Dia mengeluarkan telefon lalu menunjukkan satu rakaman video.
" Apa kau nak cakap pasal ni?" tanya Kamilia. Atiffa melihat rakaman video itu. Dia terkilan apabila rakaman video itu jelas menunjukkan yang dia memasuki ruang bilik Nadia ketika Nadia mengandung dahulu.
Flashback
Atiffa masuk ke dalam bilik Nadia dengan membawa ubat cecair yang mampu menggugurkan kandungan. Nadia menyapanya namun dia buat tidak endah. Dia memasukkan cecair itu ke dalam badan Nadia melalui alat bantuan.
Di satu sudut, Kamilia merakam semua perbuatan Atiffa. Jangan lupa yang dia dan Nadia bersama dalam satu bilik. Atiffa langsung tidak menyedari dirinya telah dirakam. Kamilia hanya membiarkan Atiffa memasukkan cecair itu. Dia tidaklah membenci Nadia namun bila difikirkan bila bayi itu mati maka kasih sayang Adam kepada Nadia akan menjadi kurang. Dan ketika seseorang beremosi, ia lebih mudah untuk menghantar sihir.
End Flashback
" Kau nak aku tunjuk ka? Huh?" tanya Kamilia sambil tersenyum. Atiffa tersenyum balik. Dia mengeluarkan satu foto dari begnya.
" Apa kau nak cakap tentang ni?" tanya Atiffa pula. Kamilia meneliti gambar itu lalu merenung Atiffa. Di dalam gambar itu jelas Kamilia memasuki satu rumah usang. Rumah itu merupakan rumah yang mengajarnya semua ilmu hitam ini. Satu lagi gambar pula adalah gambarnya sewaktu kecil. Terdapat juga barangan seperti kain kuning di belakang rumah Adam.
" Baiklah. Jadi kita simpan rahsia masing-masing. Aku akan cuba dapatkan duit tu segera. Kau nak berapa?" tanya Kamilia sambil menjelingnya.
" Tak banyak. RM 2 juta saja," kata Atiffa sambil tersenyum. Kamilia terkejut dengan amaun yang disebut oleh Atiffa. Sikit? Tak banyak? Budak di depannya ini tak belajar math ka?
" Tengkorak kau. Tak banyak kau kata? Kau tahukan yang Adam gaji dia pun sebulan baru RM10k. Yang kau nak minta RM2 juta. Gilakah?" tanya Kamilia.
" Suka hati kaulah. Ingat, aku tak dapat duit boleh lagi cari tapi kau nak ke Adam terima? Hm? " tanya Atiffa sebelum berdiri. Sebelum bergerak pergi dia berkata sesuatu kepada Kamilia.
" Aku nak duit tu secepat mungkin atau rahsia kau terbongkar," kata Atiffa tersengih. Kamilia mengetap gigi dan mengempalkan penumbuk. Kau tunggu Atiffa! Aku akan buatkan kau merana!
SKIP
Hazim mengajak Nadia untuk keluar makan malam di sebuah restoran. Nadia berpakaian cantik pada malam itu. Hazim pada awalnya terkaku melihat kecantikan Nadia.
" Wow! Kenapa cantik sangat?" tanya Hazim sambil tersenyum.
" Mana ada cantik. Biasa sajalah," kata Nadia sambil tergelak kecil.
" Tak harini lain. Lagi cantik dari sebelum ni," puji Hazim ikhlas. Nadia hanya tersengih.
" Oh kalau saya tak cantik, awak tak nak keluar dengan saya lah?" tanya Nadia sengaja menguji lelaki di hadapannya.
" Eh mana ada. Kalau awak tak cantik sekalipun awak tetap cantik di mata saya. Awak tetap menjadi buah hati saya kalau awak bermuka huduh. Awak sebenarnya bukan setakat cantik di luaran tapi cantik dalamannya juga. Awak baik hati, selalu tersenyum, tak pernah tinggikan suara, cepat memaafkan ... " puji Hazim. Nadia tergelak kecil.
" Dah tak perlu nak puji lebih-lebih. Saya biasa sajalah," kata Nadia.
" Apa pendapat awak terhadap saya?" tanya Hazim tiba-tiba.
Nadia pada mulanya mendiamkan diri namun apa yang keluar dari mulut Nadia membuatkan Hazim berasa sangat gembira.
" Awak kacak dan baik hati. Selalu tolong orang yang alami kesusahan dan sentiasa menggembirakan hati saya," kata Nadia jujur. Memang Hazim sentiasa menggembirakan hatinya saat dia baru nak feel sedih. Bila nak sedih saja, Hazim datang. Maka hilanglah kesedihan tu. Dia memang tak pernah rasa bosan dan sedih bila dekat dengan Hazim. Dia sudah mula selesa apabila lelaki itu di sebelahnya.
" Jadi awak dah suka saya?" tanya Hazim berani. Lidah Nadia menjadi kelu. Soalan itu sering menjadi tanda tanya dia.
" Saya ... belum pasti. Maaf," kata Nadia perlahan. Dia menundukkan muka seolah-olah dia melakukan kesalahan.
" Sokaylah. At least, awak dah mula selesakan dengan saya? Cepatlah makan. Saya nak bawa awak ke satu tempat. Jangan risau saya tak akan bawa ke tempat yang bukan-bukan dan saya tak akan apa-apakan awak. Jadi jangan risau akan hal itu ya?" kata Hazim. Nadia mengangguk tanda bersetuju. Tidak tahu mana Hazim akan membawanya pergi. Nadia menghabiskan makanan malam itu dengan senyap tanpa berbual langsung.
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...