Dengan berbekalkan duit yang ada, Nadia membuat sedikit touch up dan make over terhadap dirinya. Dia sudah mula bertudung. Dia tidak melakukan sebarang pembedahan plastik kerana wajah aslinya pun sudah cukup cantik. Jurumekap terkenal diupah untuk menukarkan gaya fesyen Nadia kepada lebih baru. Nadia mempelajari sedikit sebanyak fesyen yang terlibat.
" Macam mana Dr. Hazim?" tanya jurumekap itu. Hazim memandang Nadia lalu terkaku. Ya Allah sungguh cantik bidadarimu ini. Dengan memakai tudung maka bertambah lagi cantik Nadia.
" Amboi Dr. Hazim ... janganlah tengok macam tu. Tahu lah cantik, tak perlu la sampai ternganga mulut tu." Jurumekap itu menyakat Hazim. Hazim tersipu malu dan Nadia sedikit ketawa dengan kelakuan Hazim.
" Jom kita pergi kerja. Mulai harini identiti awak bukan lagi Nadia Emelda. Tetapi Dr. Balqis ya." Hazim memperkenalkan dirinya yang baru. Nadia mengangguk lalu tersenyum. Dia suka akan namanya itu.
Hazim dan Nadia mula memasuki ruang hospital. Ketika itu semua orang memandang mereka. Yang perempuan memandang Hazim yang segak dan tampan manakala yang lelaki memandang Nadia yang cantik berseri. Kedua-dua mereka melemparkan senyuman manis kepada orang ramai. Kawan Hazim iaitu Zakwan merangkap pengerusi hospital ini mula memperkenalkan semua doktor dan jururawat akan kehadiram mereka.
" Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baiklah seperti yang kamu tahu, saya telah mengajak kawan saya yang merupakan doktor pakar terkenal datang bekerja di hospital kita. Nasib kita lebih bertuah apabila kita mendapat lagi seorang doktor pakar perempuan. Mungkin kamu kenal kawan saya tetapi tak kenal doktor perempuan ini kerana doktor perempuan ini banyak bekerja di luar negara. Dia datang ke sini dengan ajakan kawan saya. Baiklah mari kita memperkenalkan mereka. Kawan saya merangkap doktor pakar pertama ialah Dr. Syed Hazim Muzafar dan doktor pakar kedua kita ialah Dr. Balqis Zaherah. Mereka akan mula bertugas pada hari ini," ucap Zakwan selaku pengerusi dan pemilik kepada hospital itu.
Orang ramai mula bersorak kegembiraan. Mereka banyak berbisikan bahawa Nadia ialah isteri Hazim.
" Nampak secocok kan Dr. Balqis dengan Dr. Hazim? Aku rasa nak shipkan merekalah,"
" Cantiknya Dr. Balqis. Mesti suaminya beruntungkan dapat isteri yang cantik dan pandai pula tu,"
" Kacaknya Dr. Hazim. Bilalah aku nak dapat suami macam tu?"
Semua bisikan dan perbualan didengari oleh Hazim dan Nadia. Mereka menggelengkan kepala dan tersenyum.
" Oh ya, terima kasih kepada Dr. Zakwan sebab jemput kami berdua. Kami sangat berbesar hati bekerja dengan kamu semua. Bagi yang tanya status Dr. Balqis, dia single but not availabe sebab saya akan tackle dia dulu ya. Jadi janganlah rampas dia nah," seloroh Hazim. Semua doktor dan jururawat ketawa dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Hazim. Nadia menggelengkan kepala.
" Dr. Balqis ada nak cakap apa-apa?" tanya Zakwan. Nadia mengambil mikrofon lalu berucap.
" Saya harap semua orang di sini dapat bekerja dengan baik. InsyaAllah hospital ini akan menjadi nombor satu di Malaysia. Kita sama-sama menjadikan hospital ini terbaik di antara terbaik. Fighting !" ucap Nadia memberi semangat. Semua orang bersorak dan berazam apabila mendengar ucapan Nadia. Sememangnya setiap hospital ingin menjadi yang terbaik di antara terbaik. Hospital Zakwan tidak pernah melepasi top 10 dalam hospital terbaik di Malaysia. Hazim dan Nadia menjanjikan tempat kepada Zakwan dengan menjanjikan yang hospitalnya akan mendapat tempat dalam kedudukan terbaik. Zakwan mengharapkan Nadia dan Hazim untuk menaikkan status hospital ini.
SKIP
Sebelum pertukaran identiti Nadia
" Sapa yang telefon abang?" tanya Kamilia. Dia melihat wajah Adam yang begitu gembira.
" Oh ni ha, pegawai polis telefon. Dia kata perempuan tu dah mati. Mungkin tertekan sehingga ambil dos yang banyak. Jadi polis itu tanyalah urusan pengebumian macam mana ... jadi abang katalah suruh mereka yang uruskan. Abang taknak lihat wajah dia. Semak dan serabut," kata Adam.
" Astagfirullah abang ... kenapa kata macam tu. Mana tahu anak-anak abang nak pergi tengok," kata Kamilia risau. Dia terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Adam. Benarkah Nadia sudah meninggal? Dia perlu melawat kuburnya nanti apabila sudah habis berpantang.
" Mereka tak akan pergi lawat pembunuhlah. Jangan risau," kata Adam yakin.
" Tapi abang –"
" Takpe ibu. Betul kata papa ... kami taknak pergi," kata Ariff.
" Betul tu. Buat apa pergi tengok pembunuh yang bunuh ayah dan mamanya sendiri?" sokong Arisa. Adam tersenyum.
" Pandai anak papa. Jangan risau ... papa dan ibu akan jaga kamu dengan baik dan sempurna," kata Adam.
*********
" Apa? Perempuan bodoh tu dah mati? Kenapa secara tiba-tiba?" tanya Atiffa.
" Saya belum pasti. Tapi apa yang kami dapat makluman, perempuan itu mati sebab depresan. Dia ambil ubat yang berlebihan," kata anak buah Atiffa. Atiffa mengangguk. Walaupun matlamatnya sudah tercapai namun dia berasa sedikit kesal kerana tidak membunuhnya dengan tangan sendiri. Atiffa sekarang perlu rangka rancangan untuk hapuskan musuhnya sekarang iaitu Kamilia. Lepas selesai dengan Kamilia, semua harta Adam akan jadi haknya. Nasib baik Nadia sudah melepaskan semua hartanya kepada Adam dan anak-anaknya.
SKIP
Nadia dan Hazim menjadi doktor terhebat di hospital itu. Kehebatan mereka bertambah apabila melakukan pembedahan bersama-sama. Angka kematian disebabkan pembedahan semakin berkurang saban hari. Selepas 3 bulan bergandingan, angka kematian disebabkan pembedahan menjadi 0. Zakwan berasa sangat gembira kerana matlamatnya sudah tercapai. Hospitalnya kini di tangga ke 11 dan hanya satu tangga sahaja lagi dia akan masuk ke senarai 10 terbaik.
" Harini ada pembedahan apa?" tanya Nadia kepada jururawat di kaunter.
" Oh Dr. Balqis. Harini ada pembedahan penting melibatkan pesakit VIP. Macam biasa Dr. Balqis dengan Dr. Hazim. Bilik pembedahan nombor 2. Pembedahan melibatkan penukaran jantung palsu kepada pesakit." Jururawat itu membaca rekod pesakit. Nadia mengangguk lalu bersiap. Dia menukar bajunya dan membasuh tangan. Dia lihat Hazim sudah bersedia untuk melakukan pembedahan.
" Imbasan CT menunjukkan pesakit tiada mengalami masalah apa-apa. Keputusan FAST juga tidak menunjukkan ada pendarahan dalaman. Pasangkan 1 liter salina hangat sekiranya ada masalah. Oh ya nurse tolong ambil dua pek darah dan kain kasa yang banyak sebab pesakit ini ada tekanan darah yang rendah jadi banyak darah akan keluar. Sediakan payung sebelum hujan," kata Nadia penuh sopan. Dia tidak pernah menengking atau memarahi doktor atau jururawat di situ. Sebab itulah dia dikenali ramai dan ramai orang memuji perilakunya.
" Sedia?" tanya Hazim. Nadia mengangguk lalu meneruskan pembedahan.
**********
Jangan lupa untuk vote!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...