" Sayang, buat apa tu?" tanya Adam selepas selesai mandi.
" Tengok instagram je ni. Abang tahu tak Sajat dah ada boyfriend . Mat salleh pula tu. Bukan main lagi ."
" Uish, nanti nak kawin macam mana tu, boleh ke mengandung?" tanya Adam sambil berbaring di sebelah aku.
" Tak tahu la abang, biarlah. Janji ... " kata aku tergantung.
" Janji?" tanya Adam inginkan penjelasan.
" Janji kita bahagia" ucap aku sebelum memeluknya. Adam tersengih.
" Ni bermanja ni, mesti ada apa-apa kan?" tanya Adam curiga.
Aku tersengih. Aku buka galeri di telefon aku lalu menunjukkan kepadanya.
" Maggie kuah? Kenapa?" tanya Adam sambil menggaru-garukan kepalanya.
" Mengidam hehe. Tapi dah malam hm, takpelah. Sayang nak bersihkan muka dulu eh"
Adam terdiam. Isteri aku mengidam nak makan maggie. Apa salahnya aku tolong masakkan? Adam segera turun dari katil dan menuju ke dapur. Sewaktu melintasi bilik tetamu, dia mendengar Kamilia membaca Al-Quran. Sejuk hatinya mendengar. Dia kemudian terus melakukan kerja-kerjanya.
Aku selesai membersihkan muka. Ahh segar! Aku mengerutkan dahi bila Adam tiada di atas katil dan terdengar bunyi bising di bahagian dapur. Aku segera turun lalu terserempak dengan Kamilia yang memakai telekung. Barangkali baru selesai solat.
" Nak pergi mana tu?" tanya Kamilia sambil memegang tanganku.
" Oh, tu ha bunyi apa tah kat dapur. Aku nak pergi tengokla ni"
" Samalah, aku pon baru ja nak pergi tengok. Ingat kau masak apalah lagi. Baru nak bagi ceramah percuma" kata Kamilia tersengih. Tidak dinafikan Kamilia seorang wanita yang cantik dalam tudung labuhnya. Entah bilalah dia akan berhijab. Dia bertekad akan menyuruh Kamilia untuk mengajarnya bertudung. Biarlah orang nak kata tak malu ke apa ka ... malu bertanya sesat jalan. Tak pasal-pasal nanti salah belok masuk longkang.
Kami berdua berjalan bersama-sama ke arah dapur. Dilihat Adam sedang bertungkus lumus memasak maggie kuah yang baik untuk kesihatan. Aku bagai berada di dalam alam lain bila terbau aroma kuah maggie itu. Baunya asyik sangat.
" Just for my wife ... abang boleh buat apa je yang sayang minta." kata Adam dalam nada yang lembut. Aku sedikit terharu. Sanggup dia masakkan walaupun seharian dia bekerja.
" Untunglah kau tu, dapat suami yang baik macam ni kan. Pandai masak pula tu haha" kata Kamilia.
" Kan, untung betul isteri aku." kata Adam memuji diri sendiri.
" Ye lah, aku sangat beruntung dapat suami yang baik ni, yang mampu bimbing aku hehe, thanks abang untuk segala-galanya" kata aku ikhlas.
" Uwekk, ahem. Aku masih ada dekat sini tau haha. Takpelah korang boraklah, aku nak sambung baca Al-Quran dulu ye. Selamat malam" ucap Kamilia sebelum meninggalkan kami.
" Apa pandangan abang terhadap Kamilia?" tanya aku sejurus Kamilia pergi meninggalkan aku.
" Hm, dia seorang yang kuat agama dan mempunyai suara yang sedap. Tadi waktu dia alunkan bacaan merdu je. Dia pon baik je ... tadi siap layan kerenah anak-anak" jawab Adam jujur.
"Kan, betul tu. Dia memang baik. Kalau nak tahu waktu abang ceraikan sayang dulu, selepas lahirkan Ariff dan Arisa ... sayang ambil tiket penerbangan ke London. Dekat sana, sayang pergi satu pantai ni dan menangis teresak-esak. Kemudian seseorang datang beri tisu dekat sayang dan dia bagi kata-kata nasihat dan dorongan kat sayang. Dia tu Kamilia lah. Dia selalu ajak berborak dekat rumah dia." cerita aku mengenai kisah dahulu.
" Hm suami dia kacak tak?" tanya Adam berbaur cemburu.
" Erm, hehe kacak lagi suami saya" jawab aku jujur. Adam kembali tersenyum. Mengada ek.
" Hm abang, abang suapkan boleh? hehe"
" Boleh je sayang, abang akan buat je apa yang sayang cakap" kata Adam sebelum mengambil sedikit maggie dan meniupnya perlahan lalu menyuakan kepadaku. Diulang perkara sama setiap kali. Aku merampas sudu dan garfu daripada dia lalu meniru perlakuannya. Kali ini aku pula yang suapkan Adam. Kami bergilir-gilir suap sehinggalah habis.
" Alhamdulillah, sedap sangat!" puji aku.
" Terima kasih sebab makan makanan abang walaupun tak sedap." kata Adam sedikit muram. Aku tersenyum. Tadi masakan Adam agak tawar kerana terletak banyak air. Tapi aku ni jenis yang bukan cerewet. Aku makan je, janji makanan tu dimasak dengan kasih sayang.
" Mana ada, okay la. Lagipun okay la tu baik untuk kesihatan. Kalau masin sangat nanti darah tinggi, kalau pedas sangat nanti tak habis pula makan. Jangan risau ... makanan abang sentiasa sedap janji dibuat dengan ikhlas dan penuh kasih sayang" kata aku ikhlas. Adam tersenyum lalu mendukung aku secara mengejut. Aku menampar bahu Adam perlahan. Terkejut oi.
" Apa ni abang, nanti Kamilia nampak nanti!" marah aku.
" Biarlah, abang nak bermanja dengan isteri abang bukan dengan orang lain" jawab Adam sambil bergerak menaiki tangga perlahan-lahan.
" Abang, perlahan-lahanlah ... sayang takut jatuh." nasihat aku. Lepas aku cakap macam tu, lagi dia naik laju-laju. Macam nak sepak je haih. Dah la aku gayat.
" ABANGGGGG" jerit aku sepuas hati. Adam ketawa besar dengan jeritan aku. Kamilia tersenyum dengan gelagat pasangan ini. Moga tuhan kekalkan mereka.
Keesokan harinya...
Aku bangun lewat pada hari ini. Ni semua salah Adam! Dia duk membawang dengan aku pasal sajat ... sajat ... aliff syukri. Sampai kul 3 pagi kami gosip. Jawabnya pagi ni memang terlajak lena. Aku bangun dan segera membersihkan diri. Selepas selesai membersihkan diri, aku pergi mengejutkan Adam.
" Abang ... bangun! Dah lewat ni. Pergi kerja cepat" aku menggerakkan Adam. Adam menguap lalu mengambil tuala untuk membersihkan diri. Aku segera turun untuk siapkan sarapan buat suamiku. Nasib baik harini sekolah mereka cuti , jadi anak-anak aku tak sekolah. Kalau harini hari bersekolah, jawabnya cuti la diorang tu. Anak-anak aku semua ikut perangai Adam, kena kejutkan baru bangun. Aku tergesa-gesa turun untuk siapkan breakfast kerana Adam ni kalau tak makan pagi, dia akan gastrik.
" Kamilia? Buat apa tu?" tanya aku sejurus tiba di dapur.
" Oh, aku masakkan nasi goreng. Korang makan kan makanan berat pagi-pagi?" tanya Kamilia.
" Ha makan je. We susahkan kau je perlu masak bagai" kata aku memegang tangannya.
" Alah, aku ni tumpang rumah kau ... jadi mana boleh duduk saja. Btw aku kejap lagi pergi cari kerja tau." kata Kamilia. Aku menghidu aroma nasi goreng yang dibuat. Hm sedapnya bau.
" Erm Kamilia, boleh aku bungkuskan nasi ni kat Adam?" tanya aku.
" Tak payah tanya, tu aku dah masukkan" kata Kamilia sambil menunjukkan bekas makanan di atas meja.
" Wah terima kasih we" kata aku lega. Adam kemudian turun lalu mengucapkan terima kasih kepada Kamilia kerana membantu aku. Sebagai ucapan terima kasih, Adam mempelawa Kamilia untuk menumpangnya dan menghantarnya ke destinasinya.
*********
DONE! Jangan lupa vote! Korang yang kata Kamilia jahat tu, haa minta maaf cepat. Dia baiklah, dia banyak tolong Nadia tau. Apa-apapon tunggu next bab ye!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...