" Saya benarkan awak jalankan pembedahan" kata Hazim tersenyum. Sebenarnya dia sendiri tidak dapat mendiagnosis pesakit itu. Namun Nadia dapat mendiagnosis perkara itu dalam masa tak sampai 1 minit. Dia begitu kagum dengan kebolehan Nadia. Tidak disangkal lagi, dunia perubatan memerlukan doktor seperti Nadia.
" Tapi doktor, dia bukannya orang sini. Lagipon kita tak kenal dia ni. Entah-entah musuh pesakit ni" kata juru rawat itu lancang. Nadia hanya menggeleng kepala. Entah apa yang dia tak suka sangat dengan dirinya.
" Saya doktor atau awak doktor? Siapa ketua sekarang ni? Saya kan? Saya benarkan dia membedah pesakit itu. Tak faham maksud benarkan? kejap saya cari maksud benarkan. Menurut kamus dewan edisi keempat, bermaksud mengiakan, menyetujui atau membolehkan. Dah faham? " kata Hazim sambil mencari makna 'benarkan' di aplikasi Kamus Pro.
Semua juru rawat tersenyum. Nadia turut tersenyum dengan kata-kata daripada Hazim. Dia menggelengkan kepala lalu menolak katil pesakit itu. Juru rawat yang lain membantu Nadia untuk menolak katil itu ke dewan pembedahan.
Nadia membasuh tangan dengan sabun yang disediakan. Dia membilas dengan air paip automatik. hal ini kerana tidak mahu bakteria atau kuman yang melekat di tangan. Selepas itu dia menolak pintu dengan menggunakan kakinya. Juru rawat di dalam bilik pembedahan menyarungkan sarung tangan kepada Nadia. Juru rawat itu juga memakaikan baju pembedahan kepada Nadia.
" Terima kasih" ucap Nadia di sebalik pelitup mukanya. Juru rawat itu tergamam sebentar. Nadia pelik lalu bertanyakan kepadanya.
" Kenapa macam tergamam ja? Saya ada buat salah apa-apa ke?" tanya Nadia sopan.
" Eh takde salah doktor. Cuma ini pertama kali doktor yang mengucapkan terima kasih dekat saya. Doktor lain hanya diam dan melakukan kerja mereka. Sebab tu saya terkilan sedikit. Dan saya nak ucapkan sama-sama, menjadi tugas saya untuk membantu doktor" kata juru rawat itu. Nadia senyum disebalik pelitup muka. Dia mengangguk lalu bergerak ke arah pesakit.
" Doktor bius, boleh saya mulakan?" tanya Nadia kepada doktor bius yang terlibat. Doktor itu mengangguk menandakan Nadia boleh mula untuk membedah.
" Kita akan membedah pesakit lelaki berumur 50 tahun yang mengalami serangan jantung. Arteri koronari pesakit ini perlu dirawat, begitu juga dengan injap jantung dan ventrikel kirinya yang kian membesar," kata Nadia menyebut satu persatu pesakit dan penyakit yang dihidapi oleh pesakit ini. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kesalahan ketika membedah.
" Skalpel" minta Nadia sambil menghulurkan tangan. Juru rawat terlibat memberikan skalpel atau bahasa kita pisau bedah. Nadia membelah dada pesakit itu dengan menggunakan skalpel. Darah yang keluar dilapkan dengan menggunakan kapas bedah. Nadia cekap menggunakan peralatan yang lain. Selepas satu jam, pembedahan selesai. Nadia menjahit semula ikatan dengan kemas dan baik. Nadi dan tekanan pesakit kembali normal. Nadia menghembus nafas lega. Dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan pembedahan itu. Nadia kembali ke bilik Hazim. Hazim tersenyum dan menepuk tangan.
" Tahniah Dr Nadia atas pembedahan yang berjaya itu," ucap Hazim ikhlas.
" Hahaha terima kasih . Belanja makan eh harini" kata Nadia dalam nada gurauan.
" Alah setakat benda tu, boleh je" kata Hazim sambil membuka laptopnya. Dia perlukan pendapat Nadia.
" Erm, boleh tengok imbasan CT ni? Apa pandangan awak?" tanya Hazim kembali serius. Nadia melihat imbasan CT itu dengan teliti.
" Pesakit ini ada tanda-tanda penyekatan salur darah di otak. Arteri koronarinya juga menyempit dalam masa yang lama dah. Cuba lihat sini, disebabkan arteri koronarinya telah lama menyempit, sebahagian besar ventrikel kirinya mengalami fibrosis. " Nadia mengangguk sambil berkata-kata.
" Wahh, sekejap je tengok dah dapat diagnosis. Awak betul-betul hebatlah Nadia. Boleh kerja dengan saya? Saya akan jadikan awak pembantu pengarah. Saya akan pastikan awak menjadi terkenal" kata Hazim menghulurkan surat tawaran. Nadia hanya sekadar memerhatikan surat itu lalu menolaknya.
" Takpelah, terima kasih. Saya taknak lah jadi doktor. Saya dah ada suami yang boleh beri saya duit hehe. Ini pon secara kebetulan je saya bedah" kata Nadia menolak dengan baik.
" Erm kalau macam tu, tak boleh la nak kata apa. Saya tak suka memaksa. Tapi ambil la surat ni. Mana tahu nanti awak akan terima kembali," kata Hazim memberi semula surat itu. Nadia pada awalnya ingin menolak namun biarlah dia terima. Kesian seniornya yang tak putus asa memberi tawaran. Dia menyimpan surat itu di dalam begnya. Sejurus itu, juru rawat yang biadab dengannya tadi masuk di dalam bilik Hazim.
" Assalamualaikum dr Hazim, dr Nadia." Juru rawat itu memberi salam. Mereka menjawab salamnya dan tersenyum.
" Erm, saya nak minta maaf pasal tadi. Saya betul-betul minta maaf. Maafkan saya ye dr. Dr jangan ambil hati dengan kata-kata saya" ucap juru rawat itu sambil menundukkan kepalanya. Nadia tersenyum.
" Siapa nama awak?" tanya Nadia dengan baik.
" Nama saya, Adila" jawab juru rawat itu.
" Oh Adila, sedap nama tu. Takpe saya tak ambil hatilah. Teruskan usaha awak ye. InsyaAllah awak boleh jadi juru rawat yang terbaik" ucap Nadia ikhlas.
" Dr ... tak marah?" tanya Adila risau. Dia dah biadab tadi takkan la dr ni maafkan dia macam ni ja?
" Buat apa saya nak marah. Saya pon minta maaf kalau terkasar atau terguris hati awak ye, semoga suatu hari nanti kita jadi pembantu bersama-sama" kata Nadia tersenyum. Adila menghembuskan nafas lega. Dia tersenyum lalu beredar dari situ.
" Awak sangatlah baik, dia buat macam tu pon awak maafkan?" tanya Hazim agak pelik.
" Saya ni mudah memaafkan orang lain. Lagipon dia tu muda lagi ... masih banyak dia perlukan pengalaman. Biarlah. Orang muda biasalah" kata Nadia sambil tergelak kecil.
" Ye lah" kata Hazim mengalah.
SKIP
Nadia memandang telefonnya malam itu. Adam langsung tidak membalas mesejnya mahupon menelefonnya. Adam kata dia akan sentiasa menelefonnya. Hm patut ke dia telefon eh? Tapi tak ganggu ke eh? Selepas berkira-kira dia akhirnya menelefon Adam.
TUT TUT TUT TUT
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi
Nadia menghembuskan nafasnya. Mungkin Adam dah tidur? Tidur apanya lah hai Nadia, baru pukul 9 malam. Lamunannya terhenti apabila telefonnya berdering.
Panggilan daripada Abang rawr
Nadia terus mengangkatnya.
" Assalamualaikum abang, abang kenapa tak angkat telefon?" tanya Nadia gembira. Rindunya dia akan suara Adam.
" Waalaikumusalam, maaf tadi abang keluar hehe. Ha ada apa?" tanya Adam.
" Amboi takkan lah nak sembang suami pon perlu ada sebab?" tanya Nadia dalam nada agak merajuk.
" Hehe okaylah. Abang mengalah" kata Adam di talian.
" Abang tahu tak tadikan sayang beda-
" Ar, nanti sayang cerita eh, abang sibuklah. Selamat tinggal. Abang letak dulu" kata Adam lalu mematikan talian.
" Ok" kata Nadia sambil menghembuskan nafas. Nampaknya Adam sibuk, takpelah nanti dia akan cerita.
********
" Siapa telefon?" tanya Kamilia
" Oh erm client. Jom sambung makan" kata Adam tersenyum.
************
Jangan lupa vote XD
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...