Di dalam kereta, aku memandang suamiku. Dari tadi tersengih macam kerang busuk.
" Abang ni okay tak" tanya aku. Mana la tahu ada suprise kat aku lagi ka?
" Hah?" kata Adam macam mamai.
" Abang ni okay tak? duk sengih-sengih seseorang dari tadi"
" Oh, hehe. Tak abang rasa gembira sangat sebab Aini dah pulang. Abang dulu sedih sungguh bila dia pindah" terang Adam.
" K " jawab aku sepatah. Entahlah, dia dah cuba untuk buang perasaan tu tapi tak boleh.
" Sayang, abang ada buat salah ke?" tanya Adam sambil memandang sekilas ke arah aku.
" Takde" jawab aku kemudian mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Rasa nak nangis tapi entah la takdak mood.
Adam terdiam sebentar. Mungkin memikirkan kesalahannya.
" Hm, abang tahu, salah abang. Abang minta maaf eh" kata Adam sambil memegang tanganku. Dicium lama tanganku.
" Sokay, takpe. Sayang faham, dia penting dalam kehidupan abang" kata aku perlahan.
" No sayang, no . Sayang dan anak-anak adalah paling penting dalam kehidupan abang. Please sayang, awak sorang sahaja yang saya sayang, yang saya cintai. Lihat langit sekarang. Apa yang sayang nampak" pinta Adam.
Dahi aku berkerut. Apa kaitan langit dengan situasi sekarang? Tanpa banyak soal, aku memandang langit. Ada apa? Ada bintang ja.
" Nampak apa?" tanya Adam.
" Bintang?" jawab aku perlahan. Masih keliru.
" Cuba kira bintang tu ada berapa" kata Adam yang dalam masa yang sama masih memegang erat tangan aku. Sekali lagi dahiku berkerut. Gila apa?
" Abang ni gila ka apa? banyak tu, tahun depan pon belum tentu habis" kata aku malas ingin melayannya. Apa kaitan kira bintang dengan situasi sekarang. Apa dia nak hantar Aini tu ke bintang?
" Tak terkira kan? macam tulah cinta abang kepada sayang, seluas-luas langit terbentang di bumi, seluas itu cinta abang kepada sayang, sebanyak-banyak bintang tersebar di langit, banyak lagi cinta abang kepada sayang, seindah-indah gerlipan bintang, sayang lagi indah dan berseri di mata abang." kata Adam penuh romantis.
Aku terkedu sekejap. Hm nak cair ke taknak. Aduh! Tetiba mood aku dah baik. Muka aku rasa hangat sebab ayat semut daripada suamiku. Nasib baik anak-anakku sudah terlentang tidur akibat keletihan.
" Meh sandar kepala dekat bahu abang. Tidur, nanti sampai abang gerak. Lambat lagi ni. Jammed teruk. Abang nyanyikan lagu ye" kata Adam sambil meletakkan kepalaku di bahunya.
Kau aku cinta
Kau aku puja
Lahirnya di mana aku tidak tahu
Yang aku pasti mulai ini
Kasih bersemi selamanyaAkan hadirnya hari menduga
Betapa sukarnya aku tidak tahu
Cekal dan sabar mengharunginya
Hidupkanlah mimpi bersamaJanji padaku sepenuh kasihmu
Ikrar cinta tulus setia
'Ku janji ke hujung nyawa
Menjadi kekasih teragung duniaBertahun terbentang menyambut kita
Ke hari terakhir itulah kutahu
Semoga cinta membimbing kita
Menuju hinggalah ke JannahJanji padaku sepenuh kasihmu
Ikrar cinta tulus setia
'Ku janji ke hujung nyawa
Menjadi kekasih teragung duniaDemi cinta akan kucuba sedaya
Pertaruhkan seluruh jiwa dan raga
Keranamu apa saja 'ku sanggup
Untuk bahagia selama-lamanyaJanji padaku sepenuh kasihmu
Ikrar cinta tulus setia
'Ku janji ke hujung nyawa
Menjadi kekasih teragung dunia
Kekasih teragung dunia
Kekasih teragung dunia( Kekasih Teragung Dunia, Adira)
" Aku terdiam menghayati lagu yang didendangkan. Sungguh Adam merupakan lelaki yang sweet dan mudah untuk memujukku.
" Saya sayang abang sepenuh hati" kata aku ringkas sebelum memejamkan mata.
" Abang pon sayangkan sayang sepenuh hati. Walaupun abang gembira kerana Aini dah pulang, tapi sayang dah memiliki abang, tak sama seperti dia okay?" kata Adam sambil membelai lembut rambutku. Aku terbuai dengan suaranya sehingga terlelap.
Adam tersenyum melihat isterinya. Maaf sayang, abang tak terniat nak lukakan hati sayang. Sesampai sahaja di rumahnya, tidak mahu menganggu tidur Nadia, Adam mengangkat isterinya dengan gaya bridal masuk ke dalam rumah. Kemudian didukung pula anak-anaknya sehingga ke katil mereka. Dicium sekilas anak-anaknya sebelum menyelimutkan mereka. Adam menutup lampu dan menapak ke biliknya. Dilihat Nadia begitu nyenyak tidur, dicium dahinya sekilas lalu turut menyelimut isterinya. Dia memalapkan lampu lalu berbaring di atas katil. Dia memeluk Nadia sehinggalah terlena dibuai mimpi.
Keesokan harinya...
" Abang, jom bersarapan" panggil aku apabila melihat suamiku turun.
" Terima kasih sayang" ucap suamiku sebelum aku menyalaminya.
" Erm abang...tengah hari ni makan kat rumah okay? sayang masak...erm abang ada nombor Aini? boleh saya berborak dengan dia, mungkin kami boleh jadi kawan? bosanlah...anak-anak pergi sekolah"
" Boleh je, kejap lagi abang hantar nombor tu ye" kata Adam sambil makan nasi goreng yang aku buatkan. Suamiku memang suka makan makanan berat pagi-pagi. Katanya menyesallah kalau tak makan makanan hasil air tangan isteri. Selepas selesai bersarapan, Adam bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Aku segera bersalaman dengan anak-anak kerana mereka akan dihantar oleh Adam. Aku menyalami Adam dan dia mencium dahiku sekilas.
" Jaga diri, bawa elok-elok kereta tu" nasihat aku kepada Adam.
" Ye sayangku yang busuk hehe" gurau Adam.
Aku menunjukkan penumbuk kepadanya. Nak? Adam sekadar ketawa sahaja sebelum melambai-lambai tangan kepadaku. Aku membalas lambaian tersebut sebelum telefonku berbunyi.
Abang Rawr
Sharifah Aini
012-1234567
Thank you abangku sayang yang hensem
Aku menyimpan nombor itu lalu cuba untuk menelefonnya. Aku mengambil nafas yang agak lama lalu menghembusnya.
Tut...tut...tut
" Hello?" jawab Aini
" Assalamualaikum" aku memberi salam. Tak...bukan acah nak bagi sentap tapi memang niat nak beri salam
" Waalaikumusalam...siapa ni?" tanya Aini.
"Oh ni aku, Nadia, isteri Adam" jawab aku serta merta
" Oh...Engku Nadia Emelda Binti Engku Haqiem" panggil Aini dengan menyebut nama penuhku. Aku mengerutkan dahi. Macam mana dia tahu nama penuh aku?
" Macam mana kau tahu nama penuh aku? aku rasa kita tak kenal" tanya aku aga curiga
" Oh, abang Adam la yang bagitahu, hm kenapa ye telefon?" jawabnya ringkas.
" Er macam ni, aku bosan la, jom keluar minum? kemudian makan tengah hari kat rumah aku. Aku masakkan. Adam balik makan tengah hari kat rumah harini. Kita boleh jadi kawan?" jawab aku atas soalan yang ditanya tadi.
" Hm, boleh juga. Aku bosan ni. Jom...20 minit aku sampai" kata dia sebelum mematikan talian.
Belum sempat aku beritahu alamat rumahku, dia dah tamatkan talian. Aduh, tak kan la dia tahu alamat rumahku sedangkan dia baru ja balik? Pelik. Mungkin Adam ada beritahu atau dia tanya kepada ayah. Aku tanpa berlengahkan masa terus bersiapkan diri sebelum Aini tiba selepas 20 minit tepat yang dijanjikan. Kami bergerak ke AmanJaya Shopping Mall.
************
Maaf lambat update! agak busy dua tiga hari ni. Enjoy dan jangan lupa tekan vote!
YOU ARE READING
Abang Pengawas Garang 2✔
Romance🏆 TOP 12 IN THE ROSABELLE AWARD 2021 🥈Top 2 in #menarik ( Januari 2021) Kehidupan Adam dan Nadia semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. Mohd Ariff Hakimi, Nur Neldia Arisa dan Safia Athirah menjadi pelengkap keluarga. Perangai anak-ana...